Friday, September 11, 2015

Koleksi Satin Tudung Aleena



Seperti yang kita tahu, tudung boleh dikategorikan berdasarkan jenis-jenis material yang digunakan. Ada tudung jenis cotton, shawl, crepe dan juga satin. 

Ok kita ni taste berbeza-beza, ada orang memang suka ikut trend, kalau cotton tengah in, cottonnnnnnnnnn je, kalau crepe tengah in in, crepeeeeeeeee je (durian crepe sedap okeh), kalau satin tu tengah in, memang satinnnnnn je lah kan. 

Macam kakak, kakak bukan ikut trend punya orang, mana kakak rasa selesa, kakak pakai, tak kira lah cotton ke crepe ke satin ke, yang penting cepat dan selesa. 

Tetapi, pada pendapat peribadi kakak sendiri, material tudung jenis satin ni memang lain macam lah impak dia, of course menampakkan si pemakai lebih elegen dan classy, tak percaya?. 

Sila cuba, anda cuma memerlukan jubah hitam dan anak tudung, sehelai tudung satin dan jarum peniti, if nak lagi senang Satin Aleena Tudung ada jual Exclusive Satin Silk Instant Shawl, senang le hidup bagi malas nak berlilit, instant je, siap dah.
 
Kakak geram okeh color2 semua menawan kalbu, yang dwi color macam kat bawah ni kakak memang favourite lah!
 
 
  
 

Tampil ringkas dengan koleksi instant shawl satin kosong yang boleh korang temui dalam pelbagai pilihan warna yang menarik. Bukan sahaja mudah dipakai, koleksi tudung Aleena ini juga memberikan kita penampilan yang cukup menawan!


Kat bawah ni pulak yang plain, pon kakak suka suka, eh asal namanya satin memang kakak suka sebab menyenangkan hidup kakak, dah le menyenangkan, memberikan penampilan menawan dan paling penting memang menyelamatkan hidup kakak tatkala emergency!

 


Ni kakak nak cerita, masa kakak mengandung dulu, kakak memang ada masalah pemalas lipas okeh nak lilit-lilit shawl, nak menggosok baju bagai, tapi at the same time kakak kena pergi meeting untuk jumpa client, abis tu kakak nak buat camna?. Jadi solusi kakak adalah dengan mengenakan sehelai jubah dan matchkan dengan satin shawl atau satin bawal, selalunya satin bawallah sebab dah pemalas lipas nak melilit shawl kan, sangat berbezalah pada kakak impaknya. Korang kena try kalau nak tahu!

 
 
 
 
 
 

Pada sesiapa yang nak cuba dna berminat dengan satin shawl ni ada berita baik untuk korang kerana kini korang berpeluang menemui aneka koleksi tudung satin yang bukan sahaja ditawarkan dengan harga yang amat berpatutan, malah direka dengan rekaan yang pastinya menepati trend terkini. Apa lagi kalau bukan koleksi tudung satin Aleena Tudung!


 

Thursday, September 10, 2015

White Cammellieya - Project Tertangguh

Kakak rasa masa ni kandungan kakak nak masuk 11 minggu ke 12 minggu. Kakak tak berapa nak ingat. Kakak tau kakak pregnant masa nak masuk 7 minggu. Masuk 2nd trimester serious kakak lembik juga. Dengan nak montahnya, dengan peningnya, tapi kutahan Jebat!! 

Sepanjang 5 minggu tu teruk kakak nak menangis sebab tak lalu nak makan, tengok makanan nak montah. Tapi mujorlah kawan2 office kakak walaupon tak kahwin lagi, sangat mengambil berat hal kakak, paksa jugak kakak makan, Aida pulak siap masakkan kakak lauk ikan bilis sambal, ayam sambal, ayam kicap, baru kakak ada selera makan. Takde life sangat hidup kakak time ni, duduk kat kedai makan pon nak nanges sebab penat ke camna ntah. Lepas pada 5 minggu tu tiba2 kakak ok sihat dan kuat, hahaha.. 

Selain dari tak boleh bau minyak wangi dari suami kakak, kawan opis kakak dan bos kakak, kakak tak boleh bau tumisan makanan kedai tomyam dan kakak tak suka sayur kailan.

Itu je lah pon, so far kakak ok ok je, alhamdulillah Allah permudahkan, selama 9 bulan kakak mengandung, tak pernah demam, batuk dan sakit2, selsema pon dapat sehari je itu pon sebab masatu share air dengan kawan office kakak. 

Masa ni sebenarnya photoshoot untuk jubah dan long cardigan untuk White Cammellieya, dah memasing pregnant, ke laut sudahnya, gambar dah ada, tapi suami kakak pulak takde masa nak buat design. Erghh! 
 
 
 


Air Jagung Sedap

Assalammualaikum 

Dulu2 masa kakak kerja dia area KLCC dan suami kerja area Kampung Baru, selalu juga makan dekat ada satu kedai pakcik ni. Tak ingat nama kedainya. Tapi dia masak masakan kampung dalam periuk tanah. Hoi! Sedap nak arwah okehh! 

Lagi satu signature air dia kat sana adalah air jagung. Perghhh, nak arwah juga kesedapan dia. Tapi bila kakak dah tukar kerja kat Batu Caves dan suami di Jalan Tun Razak, memang dah tak jejak kedai pakcik tu.

Tapi ada satu petang tu kakak dan kawan2 opis kakak singgah makan kat ada satu kedai ni kat Taman Batu Muda berdekatan dengan office kakak. Ada air jagung yang kakak pernah minum kat Kampung Baru tu, cuma lauk pauk je takde, dia jual Chicken Chop, Lamb Chop, Nasi Lemak, Laksa, dan Yong To Fu goreng.

Mula-mula makan kat kedai tu cuma macam seronok la tak yah dah nak g Kampung Baru lagi, hilang lah rindu dendam dengan air jagung ni, tapi bila kali kedua datang, kakak tengok muka pakcik tu gaya macam kakak kenal, jadi masa nak bayau kakak tanya, pakcik ada kedai makan kat Kampung Baru? Iye, ada katanya, mana anak tau? hahaha... Kemain la kakak bercerita dulu2 rajin makan kedai pakcik, tapi dah tak pergi dah sebab dah bertukor tempat kerja.


  

Tuesday, September 1, 2015

Kodai Makan Tepi Sawah - Tanjung Ipoh Kuala Pilah









Fuh! Rindu gila nak makan kat sini. Selalu tiap-tiap minggu atau 2 minggu sekali kami akan ke Tanjung Ipoh Kuala Pilah, bawa mak abah mertua pergi berubat alternatif. Sebelum sampai rumah ustaz tu, singgah sini untuk breakfast.

Kakak selalu makan mee goreng (dia goreng panas2) + telo mata, roti canai wajibulgunah sebab roti canai melayu bikin sedap okeh, garing!, kuih muih, karipap, koci, talam, seri muka (kalau tak habis lagi), air mesti teh tarik.

Sebenarnya kan, ni pendapat peribadi kakak lah, takdelah sedap gila sampai termimpi2, cumanya suasana kampung, tepi sawah, angin sepoi2 bahasa tu yang buat nyaman je dok situ.

Selalu kalau balik pulak kami singgah kat kedai makan ulu bendul tu, pon pada pendapat kakak tak berapa umppphh la, mungkin ada tempat lain yang lagi best. Tapi kakak belasah je.

Selain tu kami singgah beli segala menatang salai malai. Tak ingat kedai mana2 satu, kadang tu main berenti jah.






Thursday, August 27, 2015

Kebab Best di Jalan TAR

Pernah makan kebab kat Jalan TAR?

Fuh lagend kebab ni, dari zaman kakak kekecik dulu nih. Sebenarnya bukanlah mengidam sangat pon masa mengandung tu, sebelum2 tu lagi memang nak makan kebab ni, tapi dek kerana takde kepentingan sangat nak pergi Jalan TAR sana, jadi malas le kakak nak berzikir kat telinga suami kakak hari2.

Tapi dek kerana dah termengandung haritu, suami kakak tanpa dipinta dia bawak le jugak kakak meredah lautan manusia kat Jalan TAR nun. Mujor lah kedai kebab ni bukak lagi. Kakak pulun sampai 2 bijik sekali makan.

Dulu kekecik pon kakak pulun sekali 2 biji jugak.

Sedap sangat kebab ni!

Rasa kebab ni pulak masih sama macam dulu-dulu.

Momen momen semasa mengigit kebab ni, sambil pejam2 mata, sambil terbayang wajah arwah mak, bawak bag plastic Globe Silk Store. Arwah mak rajin shopping kat Globe. Murah katanya.

Kakak tak pasti sama ada kakak bebetol favourite dengan kebab ni atau kakak terlalu rindu kat mak kakak. 

Hai mak! Mak dah dapat cucu tau! kikiki