Wednesday, September 18, 2013

Dia Sudah Tiada - Part dengan Anak2 Buah

Situasi berberapa belas tahun dulu

Maksu turun tangga, nak tengok tv, tengok anak buah perempuan yang sulung tengah bersantai diatas kerusi depan tv yang sering digunakan maksunya untuk menonton tv juga.

Lalu maksu teros berkata kepada beliau
“bangun bangun, sorry ye, raja belum mangkat”

Anak buah menjawab kembali
“alaaa.. dila dah duduk sini dulu”

Maksu berkata lagi “takde takde, bangun bangun”

Anak buah teros bangun mengalah..
Maksu seperti biasa buat muka tiada perasaan sambil tengok tv..

Selepas itu terdengar suara emak maksu dari dapur
“Adila, Hariz, mengalah le dengan maksu tu, dia kan BABY..”
^___________________________^

Maksu gelak sampai cramp perot
Emak maksu pon tergelak sama..

Mulai dari hari itu, maksu sedikit sedar diri..
Emak maksu memang pandai reverse psychology..

Terima kasih emak diatas moment yang sangat indah dan kelakar!
Maaf anak2 buah maksu, bukan tak sayang
Lebih kepada menyakat! Ahaks!