Saturday, June 21, 2008

Main Masak- Masak

Dinner malam semalam.. Bawal masak sweet sour sama sawi bak choy. Jom jempot tengok. Terima kasih Cik Lelabah tolong saya siang ikan. Jasamu dikenang.. kekekeke..

Wednesday, June 18, 2008

Jalan-Jalan Cari Pasal@PD

Ahad lepas g PD nama penohnye Port Dickson. Ako sama Cik Lelabah tompang kereta Cik Daruna. Cik Daruna bersama geprennya nama Azra. Kami bertolak lebih kurang dalam pukol 9 pagi, kalau tidak pukol 8.30 pagi, tapi oleh kerana hal² yang tak dapat dielakkan, maka kol 9 pagi le kami bertolak. Kami sampai PD lebih kurang pukol 11.45 pagi, berhenti makan kat Nilai ke kat Sungai Pelek, ntah le, ako pon naik pelek, ekekeke.. Makan nasik lemak sama milo ais, sempat jugak beli kari ikan untuk dimakan dengan roti jala.. kahkahkah.. Dalam pukol 12.30 tghari cmtu, Abg Hatta, Azra dan si comel Jasmin, Abg Wan ngan Siti pulak sampai, deme pon naik 1 kereta jugak.


Lepas derang sampai jek, teros makan.. Siti bawak soon goreng.. huhuhu sedapppp, Azra bawak tuna sandwich, huhuhu.. sedapppp... ako bawak kek ceklat sama roti jala yang tak berkuah.. kahkahkah.. adoii, deyapada.. Benarnya ako ada order kuih frozen kat Atie, kira Jumaat malam minggu lepas dia antar kat ako, kira ako tanya pasal roti jala sekali, dia kata buleh jek antar walaupon pagi, huhuhu, teros le order. Tapi yang menariknya ako nih, ade ke tak order sama kuah, lohhhh.. tak perasan!!!!. Malam minggu tu Siti ada call tanya ako nak bawak apa, ako mamai baru terjaga pasal terlelap sekejap, ako kabo bawak roti jala, kabo dia kasik kuah sekali. Esok paginya ari ako nak ke PD nih, ako boleh teringat pasal Atie pulang duit kat ako banyak, patotnya RM2.. huwaaaaaaaaaaaaaaaaa.... Tu pasal le roti jala Atie ako makan sama kari ikan yang ako beli.. harharhar.. ako ni gaya kurang senonoh betol.

Haa, ini lah dia Princess Azra & Abg Hatta.. Comel kan.. Yang tak tahan tu, kemain peramah, suka sengeh.. ekeke.. Pipi laboh.. ikshh.. rasa nak geget-geget.. Dari dengar berita Azra disahkan peknen, sampai la Ahad lepas, baru berkesempatan jumpa.. Tak dapat tengok perot Azra, tak dapat amik berkat nak pegang perot dia.. kekeke.. Tahniah ya ek korang, sedih pon ada, lama gak menunggu kan..


Haa, siti & Abg Wan jugak bakal bergelar Mama & Papa. Alhamdulillah, gembira untuk korang ok. Haihh.. ako gak belom ada berita.. huhuhuh.. Wat to do..



Nota tapak kaki : Macamana ya nak cakap, seronok benarnya lepak-lepak sama kawan-kawan, tapi sekejap sangat, pukol 3.30 petang dah nak balik.. huhuhu.. camni la nasib kalau tompang orang ye tak.. Ikot je la.. Maaf cakap, ako tak enjoy langsung outing kali nih, ntah hape-hape jek.. Cuba la sekali sekala kaki tu jejak bumi sikit, pandang la orang sekeliling sikit, jangan hanya mahu mementingkan diri sendiri.. Malas nak cakap lelebih, cuba sekali sekala amik pandangan orang lain, tak semestinya diri kita hari-hari betol!!!

Thursday, June 12, 2008

Layan Emosi

Kenapa saya sayang kawan saya?. Ntah.. takde sebab kukoh.. Kenal pon kat dalam tenet, baru je pon kenai, takde la lamaaaaaa macam doblas 12 taon. Pernah juga tersentap, kecil hati, tapi kami selesaikan dengan cara yang sangat dewasa.. acehhh.. cakap depan-depan le maksud ako tuh..

Ni lah muka 2 orang malaun yang sanggup susah payah sama ako.. Takdelah ako nak puji lelebih, karang lain jadinya, kot jadi benda yang melukakan ako, mau tejon tasek.. Tapi hanya Tuhan yang tahu betapa ako hargai keihlasan korang.. Ingat-ingat balik memang ngalir air mata, Yan hari-hari call ako, sms.. AJ amik masa yang lama call ako, enpon sendiri dari Penang sana.

Ako masih ingat kata-kata kawan ako dari Seberang Tambak "sometimes, everybody makes a huge mistake, life must go on". Ye.. kadang-kadang, tapi kesilapan yang amat besar dalam hidup ako dan ako tak pernah kesal dengan kesilapan ako, EGO?.. tak.. bukan masalah ego kat sini, kerana dengan kesilapan yang satu itu barulah ako kenal true colour orang-orang yang berada kat sekeliling ako.. Kawan jadi lawan, saudara mula menyisih, yang ako ada cuma MAK dan dua orang kawan ako di bawah ini. Sayang kat korang oi, ako anggap korang cam sedara sendiri.. mekaseh bebanyak.. Sekarang ni sentiasa beringat, walaupon kita kenal orang dah lama, tidak semestinya orang itu jujor dan ikhlas dengan kita..


Lepas 3 orang, bertambah 4 orang, 5 orang, 6 orang dan 7 orang.. hahaha.. big happy family huh?. Harap-harapnya persahabatan kita kekal buat selama-lamanya kawan-kawan.. ako sayang korang semua...

Wednesday, June 11, 2008

Stujes@Firefly

Sambil sambil dengar lagu Goodbye My Lover, sesambil tengok-tengok cd lama-lama, jumpa pulak gambar-gambar bersama kawan-kawan masa outing kat Kuala Selangor tahon lepas. Seronok betol jumpa kawan-kawan, BBQ, borak-borak, gossip-gossip.. Walaupon gambar lama, tapi kenangan tu tak basi.. ekekek..







Nota tapak kaki : Seronok betoi main-main mendalah PhotoScape ni. Thanks to Yusvogue sudi share mendalah ni kat Blog dia, kalo dia tak share, haram sampai laaaaaaa niii tak tau.. huhuhu.. Sekarang ni tanpa Photoshop pon boleh.. hahahaha... Takde le orang nak kutok-kutok ako lagikan pasal edit gambar pakai Powerpoint.. ekeke.. Ada orang kata "alahai, laki pandai soh laki ajo ler", laaaa.. pakai powerpoint, ntah hape-hape jek, "alaa seb baik ade laki, kalo tak pakai powerpoint je la ko tu"... Suka hati ako le nak pakai Powerpoint ke Power Rangers ke, apa ko susah ati?. Ingat senang nak belajo Photoshop tu, huh, tak yah ler, tengok laki buat keje pon kita yang penen, setakat baru pandai pakai 6 7 layer toksah nak kutok ako le pakai Powerpoint ke Power Rangers.. huhuhuhu.. Penah gak belajo dulu sebelom kawen ngan Cik Lelabah, ikshh.. tak daya ler, ako tak menat keje remeh-remeh, nyusah-nyusahkan kepala otak. Sekali lagi terima kasih kat Yusvogue kerana menyenangkan kerja saya.. hahahha.. rasa nak pelok-pelok.. huhuhuhu

Tuesday, June 10, 2008

Mrs Red Project

Sambil minom kopi o panas (hari ni dapat pujian dari Cik Lelabah.. huhuhuhu), sambil makan kek berkat orang kawen hok minggu lepas, sambil mendengar Wild World, sambil menyanyi-nyanyi, sambil tangan melipat menda alah ini.. ekekeke...

Tak sabar tunggu bulan 7.. Iskhh.. lama betol rasanya...