Monday, March 8, 2010

Pening

Last week adalah hari yang sangat seronok bagi saya, dapat coti 2 hari, (elleh, dapat coti 2 hari pon kecoh) ye le, letih ler, nikmat betol dapat tengok tv walaupon hanyalah cerita-cerita bodoww (ooppsss)

Okeh, sebelum tuh adalah hectic week bagi saya, gila! Tapi malas lah nak cerita bab-bab gila kat sini.. hehehe.. Lepas tu mintak permission dari bos saya untuk berehat.. Pakat sama BFF (perghh BFF kaedahnye, mujo tak B2B, oopss) saya untuk ke spa (perghhh, riak sangat tu) hahaha..

Bincang punya bincang kami ke Serenity Spa di Setiawangsa, service adalah sangat bagus, dilayan sangat baik sekali, kami ambil pakej 4 steps promosi untuk 2 orang, dimulakan dengan Herbal Steam (ala-ala siakap kukos okeh, merasa ai jadi ikan setelah cita-cita nak dolphin tak berapa nak kesampaian)selama 20 minit, peloh-peloh menetes nyah, saya rasa nak pengsan pon ada.. hahaha, lepas keluar je dari serkop kain tuh, ya rabbi, segarnya.. toksin jahat banyak dalam badan gamaknye.. kekeke

Lepas tu Swedish Massage, tapi saya minta adik tu untuk tidak mengurut saya kerana saya telah mengurut badan saya 2 hari sebelum itu, makanya adik itu cuma sapu-sapu minyak je lah kat badan saya, dia pun serba salah, tapi takpe je saya cakap.. hehehe

Lepas tu Scrub dengan garam, buleh pilih antara garam, coffee, atau boreh, boreh ni dari segi penerangan dia wrap badan dengan mende ntah, tapi saya dengan Yan memilih garam, mula-mula macam nak ambil coffee, tapi saya fikir logik je, setakat pegi 3 tahun sekali, betterlah amik garam.. hahaha, ambil coffee kang tak berapa nampak le perbezaan dia, ntah la, saya tak pernah kerja spa, saya ikut logik saya sahaja :P

Okeh, akhir sekali masuk tub, mandi susu.. rilek 20 minit, dah habis.. Gambar adalah tiada kerana tidak dibenarkan mengambil gambar..

Siap-siap semua kami ke Wangsa Walk, pekene TGI Friday which is SUCK!!!, PR tak bagos langsung! Jadinya, pangkah dah TGI, next time takmoh pegi lagi..

Lepas tu bergegas ke Jalan TAR, Yan nak carik tudong, saya mengambil kesempatan juga untuk membeli selendang juga anak tudong syria, anak tudung syria saya sudah macam kaler pensel.. LOL

Sangat seronok sekali sekala spent time dengan kawan kawan.. Next time ingat nak pergi lagi..

Esoknya saya cuti lagi, pagi cuci kain, tengahari keluar p The Weld jumpa adik ipar saya, lantas ke Jalan TAR untuk menukar tudong saya yang terkoyak sedikit.. hehehe

Makan A&W, huhuhu, lama sangat tak makan Coney Dog, Root Beer Float n Curly Fries.. sedapnyeeee.. borak-borak, sembang-sembang sampai hujan reda tunggu pula Cik Lelabah untuk mengangkut saya pulang tapi kami tak terus pulang Cik Lelabah ajak saya makan bubur berlauk di Kampung Baru, rindu Kg Baru katanye :P

Esoknya saya siap memulakan tugas seperti biasa, tapi semangat saya masih kurang :P




Wednesday, February 10, 2010

Saya yg Mengkada (mengada)

Okeh, hari ini sudah okeh sepenuhnye.. lega dapat berbual dengan Cik Lelabah, banyak sangat legaaaaanya.. phewww.. kekeke..

Saya benonya tak tau nak tulis apa dah, semua benda mengarut semua dalam "muka buku" saya.. hahaha.. seronok bercekengrama dengan kawan-kawan.. selain itu saya main game, biasalah.. sekarang dah bosan main game, tak tau nak buat mende..

Owhh ya, kawan saya Syerah telah selamat melahirkan seorang putera bernama Muhammad Luqmanul Hakim.. Tahniah Syerah dan Zainul, sangat gembira untuk kalian berdua.. Malas dah nak ulang ulang pasal 'rezeki'.. ye belom rezeki kami.. rasanya dah ke arah "redha" kot.. kekeke.. alhamdulillah dah tak sedih sedih lagi..

Saya terasa amatlah lega kerana Allah kurniakan jodoh saya dengan Cik Lelabah, beliau amat memahami (ya saya tahu bukan saya seorang je ade suami, suami anda, anda, dan juga anda semua amat memahami) hahaha.. tapi bila kita bercerita bab zuriat, peel dan tingkah laku.. maklumlah, saya ni brutal, tapi tak baper nak brutal, kuat menangis juga.. hahaha.. belom masok bab mengada-ngada, Cik Lelabah kabo "manja" ptuihhhhhhhhhhh, takde makna, mengada-ngada ye.. hahahha..

Saya tak tau apa nak tulis benonya nih, saje je mengarut, luahan perasaan kaedahnye, saje le nak share, diluar sana adalah yang belom juga mendirikan rumahtangga, takpe, jangan terburu-buru, banyak lagi masa anda, kenal hati budi pasangan anda, tapi awas ya, tidak semestinya anda kenal pasangan anda, bercinta bagai nak rak 10 15 tahun, dah tau perangai dia luar dan dalam, dah kawen, dah dok serumah tuh lah penentunye.. hahahha.. adeeeee je tak kenanya.. tapi takpe, itu permulaan.. lama-lama, u can get used of it.. macam main chess (betoi ke ako eja chess nih? kaedahnya.. wahhh kemain citer pasal chess.. hahaha..

Kadang-kadang, kita tak tahu, apa sebenarnya yang baik untuk kita, kadang-kadang tak salah untuk mencuba sesuatu yang baru.. manalah tau lebih baik dari yang sebelumnya.. (gile poyo) hahahaha..

psstt entry nih ako draft 10.02.10 aritu.. ahahaha.. sekerat jalan.. haihh malas sunggoh ler, tak tau nak kabo mende.. Tu je le kot ek, takde bende nk burak dah.. esok-esok cerita lagi..

Benarnya takde citer best pon.. biasa-biasa je hidup ako lately nih, kes kerja sampai hilang akal, perghh.. sampai tergerak hati nak berenti keje.. tapi dok memikir hutang keliling pinggang, pastu ade pulak hati nak menambah hutang, sunggoh perasaan nak berenti koje (ko ingat laki ko tokey balak ke rohana?) hahaha.. jadi dalam keterpaksaan, saya kerja jugaklah...

Akhir-akhir ni saya rasa sangat tertekan, kadang-kadang menangis sorang-sorang kat opis nih, tak pernah saya rasa sestress nih.. Ada orang kata saya kuat ye lah kerja sorang-sorang kat opis, perempuan pulak tuh.. fuhhh.. cakap je.. mula-mula menangis kat opis, lama-lama menangis kat rumah.. hahaha.. kelakarlah, saya fikir saya seorang yang kental.. owwwhh tidak rupanya.. kalau anda jadi saya confirmed anda juga mahu dirawat dihospital sakit jiwa!. Tapi bila memikirkan boss saya yang baik itu.. haihh.. berbelah bagi hati saya ini...

Saya sebenarnya lebih kepada quality time saya bersama suami, kasihan suami saya (ya saya tahu, bukan saya seorang je yang bersuami), macam terabai je kaedahnye.. dulu ada "musim" yang saya sibok, pada saya.. okeh tidak apa, tapi sekarang nih ya rabbi, dah takde musim, rasa macam, lepas "itu" "ini"... hoihhhhh!!! GILERR!!!!

Takpelah kot, saya cuba untuk menguatkan lagi mental juga fizikal saya, harapnya saya sentiasa bersabar dengan segala ujian yang melanda..

Sampai disini saja.. sehingga bertemu dilain masa.. Luv u ollss..







Tuesday, February 9, 2010

Benci!!!

its been so long.. i don't know why, i feel a tears drop from my eyes.. when i see your photos this morning, i know that there have something missing.. i wanted to hold your hand, i need a shoulder that i can cry on..

arghhh.. i really hate this feeling.. i just wanted to say that i really missed u babe...





Thursday, December 31, 2009

Muka Baru

Salam semua..

Saje je gatey nak tuko template baru, tapi ni le dia kalo tukor-tukor, abih semua ilang dah.. haihhh


Monday, December 21, 2009

Petang yg Cerah

Salam semua..

Tak tau nak tulis apa dah.. lama dah tak hapdet blog.. huhuhu..

Harini paler otak miong-miong sikit, tak tau pasal.. Badan pon kejap sejup kejap panas, nak kata demam, tak jugak.. haihhh..

Tengok cuaca pulak kat luar sana, panas terik, rugi sunggoh tak coci cadar semalam.. (aahhh alangkah bagusnye jika saya seorang suri rumahtangga sepenuh masa)

Hati bercelaru, ada orang kata, pergilah tempat orang, bila lagi nak pergi, walau ianya hanya atas dasar urusan kerja, mula-mula macam suka, tapi sekarang hati banyak kasihankan suami, siapa nak iron baju dia (walau terangan-terangan saya benci iron baju) kekeke.. sapa nak masak untuk dia (walaupon cuma goreng telo mata kebou sahaja) kekeke..

Lama sangat 12 hari tuh.. iskhh..

haihh.. ini la dia perempuan, mana-mana nak pegi mesti teringat suami, tapi suami belom tentu nak ingat isteri ye tak.. deme kalo dapat p mana-mana, harus terlupa yg mereka sebenonya dah berbini.. haihhhh...

Teringin nak jenjalan ke Penang, sehari pon jadik lah, nak naik flight (stetment perasan kaya), nak makan, makan, makan, dan makan.. uhukkk.. sedihh...