Tuesday, July 12, 2011

Dia Sudah Tiada Part 2

Salam semua..

Umum dah mengetahui yang bonda saya sudah pulang kerahmatullah pada 8.7.2011 hari Jumaat tempoh hari. Terima kasih saya ucapkan kepada kawan-kawan yang sudi menziarah, menghulurkan pertolongan tak kira dari segi fizikal, wang ringgit, ucapan takziah, semua kami sekeluarga ucapkan berbanyak-banyak terima kasih, kami hargai dan sangat-sangat terharu dengan keikhlasan dari teman-teman semua.

Sebenarnya ingin saya rakamkan memory saya bersama arwah bonda dan juga keluarga juga kenalan rapat saya disini jika ada apa-apa yang saya terlintas teringatkan beliau, akan adalah tajuk "Dia Sudah Tiada Part 2 3 4 5 dan tak tau sampai part berapa, janganlah orang kata saya tak redha dan merintih serta meratap hiba, saya tidak mahu "dia " jauh dari saya walau itu hakikatnya.. Tidak salah rasanya saya ingin mengingati momen-momen lucu serta manis dengan beliau..

Saya menulis nota ringkas ini didalam handphone saya pada 6.7.2011. Saya tak tahu kenapa harini saya begitu emosi, sedih dan sangat-sangat terharu, saya tak peduli orang kiri kanan, saya tak peduli nurse maupun dokter, air mata mencucur laju.. Owh sedih tengok mak sedemikan, lagipun dah lama sangat saya tak berburak dengan mak..

15.6.2011
Tarikh tersebut adalah appointment untuk dibuat ultrasound. Dokter perempuan bahagian ini, aku dan keluarga puji sangat, communication skills dia sangat baik, kami family members sangat senang hati, biasalah sapa-sape yang pernah experience dihospital Ampang akan tahu Dokter dan nurse-nursenya bagaimana *senyum*
Lepas dah buat ultrasound, dokter ni suruh mak buat CT Scan sebab mereka tak nampak apa-apa hasil ultrasound tadi sebab buah oinggang mak bengkak dikedua-dua belah. Sebelum itu mak perlu dimasukkan air, air dalam dibadan mak tak cukup, kena penuhkan air dikawasan pundi kencing, nak cucuk jarum nak masukkan air pon satu hal juga, dengan faktor usia mak, urat pon dah tak jumpa, aduh tak sanggup betul tengoknya, nurse cocok banyak kali tak buleh terpaksalah panggil Dokter Sherry *dengar deme panggey* Dokter, bahasa kamu tak bagus, pegi amik course ke apa pasal communication skill lah dokter, iskhh.. memalukan hospital *deme nih tak dengar cerita ke hospital nih teruk ke saje-saje buat tak tahu?* Tak paham aku orang sekarang nih jadik dokter, ikhlas nak tolong orang ke atau saja-saja ek nak pakai labcoat? Maaf ya dokter-dokter diluar sana, bukan semua, segelintir, tapi yang jumpa kebanyakkannya dihospital ampang semua yang muda-muda begini, saya mintak maaf, saya tekankan lagi bukan semua, tapi segelintir..

Lepas dah buat CT Scan, mereka ada jumpa mass dalam perot mak, mereka nakkan lebih kepastian dan buat ultrasound semula, ini semua diterangkan oleh dokter yang mula-mula yang buat ultrasound pagi tadi, dokter Sherry datang semula untuk menerangkan kepada kakak ipar saya, kakak ipar saya kata ' owh takpe, dokter tadi dah terangkan semua'. Terus dia blah ntah mana-mana.. hahaha..

Lepas tu kami ke wad medical untuk berjumpa dengan ada sorang dokter nih, tak ingat juga nama *peel aku memang ingat nama orang perangai ntah hape-hape*, very nice doctor, bukan islam, tapi baik sangat-sangat, dia advise mak kena ambil darah sekali lagi dan mak kena tahan wad, kali ini diwad pembedahan. Mereka tolak mak diwad gynea, sebab fizikalnya deme suspect mak memang ada kanser servik. Masa nak pergi bilik scan tuh Dokter tanya mak buleh bangun tak?, nak kena naik kerusi roda, mak siap cakap kat dokter "tak buleh ke naik katil nih je dokter?" hahaha.. Aku tanya dokter buleh ke dokter? Dokter cakap, patient request, buleh saje!!.. hahaha.. mak mak..

Dila anak buah saya merangkap cucu sulong mak merangkap buah hati pengarang jantong mak dipertanggungjawabkan menjaga mak saya pada malam hari, kasihan juga beliau, cuti semester dihabiskan dihospital saja, kerapkali juga saya meminta maaf padanya.. "takpelah maksu" kata beliau.. kejar pahala gumam saya dalam hati..

Mak semakin hari semakin lemah, buah pinggang mak rosak teruk juga, sebelah rosak habis, sebelah lagi dokter nak selamatkan, rosak disebabkan kenser itu besar juga saiznya. Dia menganggu dipangkal rahim jadinya saluran air kencing tak dapat lalu dengan betul jadinya dia tolak balik keatas, flow dah tak betol, itu yang jadinya buah pinggang bengkak.

19.6.2011
Adalah hari terakhir aku berborak dengan mak, semalamnya mak banyak nampaknya makan, makan bubur nasik 5 suap, wahh!! suka betul aku. Sampai nafas-nafas terakhir beliau, beliau dah tak cakap-cakap lagi dengan aku.. Aku tak tahu kenapa, mungkin mak takut, sebab dokter berkira-kira nak melakukan nephrostomy pada mak. Benda nih macam tebuk bahagian buah pinggang belakang untuk air kencing keluar melalui tiub.

21.6.2011
Experience naik ambulan, ceh macam hare jah ambulan spital ampang nih pon, agak-agak ler bawak, nak montah ulat taik aku!! Giler, bukan bawak orang eksiden pon..sampai sana, tiba-tiba petang tu mak bersuara "nak balik" aduhh.. aku tanya mak nak balik mana? "rumahla" kata nya, aku punya sayu toksah cakaplah, hati aku nih memang nak suruh mak balik dah, tak sanggup rasanya nak berdepan benda-benda macam nih, abang call aku malam tu, dia cuba menerangkan logicnya benda ni dibuat, okeh lega sikit, aku berborak dengan Yan dengan Syerah, okeh kata-kata mereka melegakan aku. Kami mencuba segala yang terdaya mengikut saranan dokter, dari tidak berbuat apa-apa nanti kesal akan datang tak sudah. Aku doa dan tawakal je lah, harap semuanya berjalan dengan lancar.

22.6.2011
Harini mak buat nephrostomy, aku sama abang aku berkampung diHKL, abang aku tuh nak datang sekejap je katanya, teros tak jadi pegi kerja, condition mak lepas operation.. hmm ntah tak tau nak kata, aku mak lagi suffer, bila pikir-pikir kalau tak buat lagi suffer, ntahlah.. kesian sangat tengok mak, macam fobia pon ye, dengan demam, dengan takut, terbayang-bayang muka mak bila lepas operation tempoh hari..

23.6.2011
Hari ni mak akan dihantar ke Hospital Ampang semula, okeh naik ambulance sekali lagi, bagus ja dia bawak, takde le macam orang gila.. walaupon orang kata HKL macam-macam, tapi pendapat peribadi aku, yang tak selesa mungkin tempatnya sahaja, yang lain-lain termasuk nurse kakitangan apatah lagi dokter, semuanya bagus-bagus belaka, cekap!
2 3 hari lepas operate mak nampaknya macam sehat sikit, cuma mungkin tak selesa ada tiub kat belakang kan, sakit aku agak, ada la sekali dia cakap dengan aku "nak minom" dan adalah sekali aku tu aku tanya mak nak air dia cakap "air apa?" tu jelah.. lepas tuh langsung tak cakap-cakap.. kadang-kadang dia pandang kita lama.. tapi setakat itu sahaja, kalau burak-burak sama dia kadang-kadang air mata dia bergenang.. ada sekali Dila tunjuk video dari henfon dari adik-adiknya, tak dapat naik hospital deme berdua tuh sebab bawah 12 tahun, kanak-kanak tak dibenarkan naik, haihh tak patot betol hospital Ampang nih, tolonglah berubah! Dila kata mak ketawa tengok video tu..

30.6.2011
Mak dah btak buleh bukak mata. Makin hari mak makin lemah, ntahlah, dokter kata kurang input sebab mak tak makan, kena paksa jugak-jugak katanya! okeh paksa, minom air kosong pon muntah! muntah keluar kaler brownish tuh, kabo dengan dokter sama nurse hagham tak buat mende pon.. haihh.. Kakak ipar, aku dan Dila sepakat nak bawa mak balik, aku siap search internet pasal nursing care, yelah mak penuh tiub-tiub kat badan, dengan air semua, kami mana lah reti, jadik aku try survey pasal nursing care. Abang aku masih lagi berfikiran rasional, biasalah kami perempuan-perempuan nih selalunya ikut hati, abang pegang kata dokter, dokter kata masih punya hope, everybody deserve a second chance, setelah berbincang dengan kepala yang tak berapa ramai nih, kami tak jadi bawa balik, betol juga kata abang, jika terjadi apa-apa dirumah macammana kan, dihospital pon panik kat rumah mau lagi kalot.. Hari ahad tuh malam tiba-tiba mak bukak mata, Ya Allah teros menanges aku, cuma mak tak cakap lah, aku teros sms Kak Ipar. Pukul 830 malam suami masuk semual, mak kan dah sedar, mak pandang je dia, dia macam terkejot, ehh katanya, teros salam mak ciom pipi mak, dahi mak.. aku? Bahagia sekali...

6.7.2011
Aku dah pandai nak sorok kesedihan, aku menanges tanpa malu, lap muka mak aku nanges, sikat rambut mak aku nanges,urut tangan mak aku nanges, ciom mak aku nanges, sapu losyen nanges, sapu minyak nanges,, cakap dengan mak nanges, rindu.. ya aku rindu sekali, dah lama rasanya tak berborak sama mak..

7.7.2011
Mak makin lemah aku tengok, malam tu nafas mak dah tak berapa bagus, aku ingat sebab posisi mak, aku betulkan posisi mak, pastu dia terus tido, Dila kata pah tido lena, dia pon takdelah nak tengok-tengok pah dia, dia pon tido katanya sebab nampak pah tido lena sangat-sangat *pah-opah-nenek*





Monday, July 11, 2011

Dia Dah Tiada

Dila kata : nanti dah takde orang nak jahitkan kain-kain koyak lagi

Kak As kata : nanti dah takde orang nak suap-suap makan lagi

Aku kata : nanti dah takde orang ketatkan butang baju, tampal kain/seluar koyak, ketatkan butang baju, jahit sarong bantal, buat kain lap kaki, cucikan baju kaler putih.. arghhh... kes aku macam-macam..




Monday, May 16, 2011

Ipoh Part 1

Salam..

Sudah lama tak bersiaran, sebuk dengan kerja, letih, penat membuatkan tak tau nak tulis apa.

23.4.11 aritu adalah hari yang aku tak akan lupa sampai bila-bila. Aku pergi Ipoh SORANG-SORANG! Diulang SORANG SORANG!!! *giler poyo, orang lain sampai ke oversea nun sorang-sorang* Mengenali aku seorang yang penakot nak mati, mana mungkin buat kerja nih. Tujuan ke Ipoh adalah untuk berjumpa suami, dah nak masuk 2 minggu dia disana, aku mengambil kesempatan untuk berjumpa kawan-kawan yang tinggal di Ipoh, saja nak melepak, lagipon nak serahkan Hadiah Bodek Aku haritu.

Renteten aku ke Ipoh, perghhh gaya nak pergi London tuh, kawan-kawan aku suruh beli tiket awal, sebab ETS (Electric Train Service) bukan selalu ada, kadang-kadang jadual tak sama, balik kerja terus bergegas ke KL Sentral, naik Putra Train sampai ke KL Sentral, itu pon puas segala zikir semua keluar, okeh aku tak biasa berjalan sorang-sorang ye, abis kuat pon KLCC, Masjid Jamek, Kg Baru.. tu je kot pencapaian terbaik takat nih..

Sampai KL Sentral melilau gak carik mana kaunter ETS, pastu terus tanya kat Infomation Counter sana, dah beli tiket terus call Eryn tanya betul tak turun kat Batu Gajah, sebab Eryn suruh turun Batu Gajah nanti senang dia ambik. Okeh ada drama benarnya nak ke Ipoh nih, suami buleh buat lawak sinetron pulak dah, dan dan tak kasik aku pergi, ntah tak percaya aku buleh buat sendiri ke camna ntah.

Aku benarnya letih, naik train sampai Gombak, ambil cab terus balik rumah, okeh ni lagi satu kelakar seram, aku tak pernah naik cab malam-malam okeh! takot gak.. sampai rumah tawakal jek dok umah sorang-sorang, lepak tengok Maharaja Lawak, last-last TV tengok aku, bila aku tutop TV mata celik pulak tak nak tido, kojaq betoi!. Last-last biar je TV bukak sampai pagi, seawal pukul 4 pagi aku bangun dah, ahaha.. tak buleh lena sangat, siap-siap teros amik teksi ke KL Sentral, kowser mak naik tren, mau lambat kang..

Sampai KL Sentral pukol 8 pagi, ceh! awai.. p turun ingat nak breakfast McD, ramai naa umat pon, tak jadik ler, lepak dunkin donuts, makan sandwich sama kopi.





Hanjen Hitam

Saya tak suka anjing. Masih ingat lagi anjing hitam kepunyaan apek tua kat Rasmi Jaya tuh.. Kalau nak pergi pasar malam, tak buleh tidak memang kena lalu depan umah apek tua tu, ntah le anjing tu, takde le kejor ako pon, tapi asal lalu le, dia datang, ttibe terjongol kepala dia ntah dari mana.. eeeiiii.. tak suka!!. Hanjeng itam ni punya pasal, buat ako takot dengan anjing, mau tak, terkejot-kejot dibuatnya.. Sekarang ni asal ako nampak anjing je, mesti perot ako jadi kecot perot.. Bila dah lama-lama anjing itam ni asik terjonggol ntah dari mana, ade sekali tu kaki ako dah naik dah, nak je ako terajang.. kekekeke.. tapi tak berani la pulak..

Masa kecik-kecik dulu, kalau jumpa anjing menyalak-nyalak kat kita, kita baca je "Tabbatyada"... perghhh.. teros anjing tu senyap.. tapi itu cerita zaman kecik-kecik, bila zaman dah sekolah menengah, masih jua baca Tabbatyada" tu jugak, tapi anjing tetap menyalak, last-last amik batu konon nak baling, lagi dia kejo.. huwaaaaaaaaaaaaaaaaa... syaiton ko hanjing!!!!. Ako terpikir, dah tua-tua ni banyak dosa gamaknye.. kekekek..

Sekarang nih kalau merempit sama suami, kalau nampak anjing kat jalan rasa macam "setting auto" jek kaki tiba-tiba kaki naik nak terajang anjing.. adeihh.. tapi tak kene pon, saje jek, sape suroh masa kecik-kecik ko nyalak-nyalak ke aku..

* Ini cerita zaman 2009 ade kat kotak draf.

Oh ye kepada semua guru guru, saya ingin ucapkan Selamat Hari Guru buat anda semua, tiba-tiba teringat kat Cikgu Hamid dan Ustaz Alias 'impok espok'*




Monday, April 4, 2011

Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal



Iye ye ye.. saya sebok, F1 berbagai, balik pon pukol 330 pagi, tak sedar diri ingin "menyongket" jugak-jugak.

Seorang teman Mulan sayang mengajak saya menonton teater pada hari Sabtu lepas. Lat okeh Lattttt!!! pusing kepala ingin memutuskan, tolak kang, bila masa nak tengok lagi, berjanji karang takut mungkir, masa tuh dah serupa orang gila menyiapkan kerja, maklum esok juga booth F1 akan dibuka di KLCC.. setelah dicongak pakai calculator, aku memutuskan bahawa aku nak join, tawakal je lah, tak sangka pula kerja habis pukul 330 pagi, aku awal-awal dah kasitau bos aku, esok aku tak nak kerja, tapi biasalah, aku akan rasa bersalah, orang lain bekerja, aku kang syok-syok terbongkang kat rumah, pastu bergelak ketawa bagai Hantu Kak Limah sedangkan orang lain bekerja, orang lain pon balik pukol 3 4 pagi juga, haihh.. aku memutuskan aku datang pagi, dan pukol 2 petang aku cabot jumpa Mulan di KLCC.

Aku LEWAT! Arghh! Aku tak suka lewat!, tapi tuntutan kerja, harap Mulan faham.. kekee.. sampai-sampai, gaya tuan puteri, KFC dah tersedia dengan egg tartnya sekali, aduh.. terima kasih banyak Mulan, dah la belanja tiket, makan pon awak belanja juga.. Jumpa juga dengan si hensem Arsyad, sangat keletah okeh!! Aku geram sangat dengan dia.

Kami sampai agak lewat dalam 3.15 petang macam tuh, tapi rasanya baru gak start tuh sebab baru jek start scene budak-budak pakai baju sekolah, Hans & Harith membawa kita mengimbau kembali zaman-zaman kita kecik-kecik dulu, upih penang.. owhh ye saya sangat suka seluar cikgu zaman sekolah dia waktu sekolah rendah,vintage okeh! hahaha.. hati berbunga riang menonton teater ini, teringat juga waktu kecik-kecik dulu, Jalil Hamid mendukung watak apak Lat, best ler, cool, kelakar, memahami minat anak dia dan memberi kata nasihat juga peransang kepada Lat untuk terus maju dalam bidang yang Lat minati.

Scene yang buat aku menangis, masa Lat dapat duit bayaran pertama komik dia keluar dengan bayaran RM25, waktu dia peluk apak dia.. perghhh jatuh ayo mata dara mak.. kekeke..

Aku suka juga dengan Mrs Hiew, iye cikgu yang rambutnya tinggi itu, sangat supportive, suka juga dengan Franky, dengan Bos Lat kat NST, aduhh dengan Atilia yang membawa watak Faezah, Awie of course! arghhh semua-semuanya memang best, udoh le cakap loghat Peghok kome! hahaha.. teman sukeee!

Franky tuh, memang mampos buat aku gelak, sambil bercakap sambil kaki menari, eh macamana ntah nak gambarkan, kena tengok le kot, esok last! Scene apak ninggal juga buat aku nanges, dan aku ingat apa apak kata kat Lat "Jika kita nak jadi matahari, berikan juga kesempatan untuk bulan" bukan le bulan aku, bulan kat atas nun.. ekekeke..

Dalam hidup bersuami isteri, berkeluarga, bermasyarakat, kita perlu ada sikap saling memahami, bertolak ansur, memberi dan menerima, kita tidak buleh berterus-terusan memantingkan diri sendiri..

Kata apak lagi, "apak bahagia sebab apak buat mak ko bahagia bila mak ko bahagia, apak dan semua orang bahagia.." okeh sumpah aku nanges lagi, ada tak para suami sekarang yang betul-betul buleh membuatkan isteri mereka bahagia..? bahagia bukan bahagia wang ringgit, intan berlian, porche ferrari, banglo mewah atas bukit 18 tingkat, bahagia yang setelusnya bahagia.. kita takkan bahagia jika kita tak pernah membuat orang yang kita sayang itu bahagia..

Kepada semua aku seru untuk menonton Teater ini, pergilah kalau ada masa dan wang lebih, enjoy, dalam gelak kita menangis, menangis yang bukan dipaksa-paksa, kata-kata yang sarat dengan mesej, tusuk hati nih *sambil mengetuk dada* hahaha

Last but not least kata-kata dari Mrs Hiew DWYL LWYD "Do What You Love and Love What You Do..

Tahniah Hans Issac & Harith Iskandar, saya menanges sambil bertepuk tangan! Saya bangga dan saya gembira! Terima kasih banyak-banyak Mulan kerana mengajak saya!