Thursday, July 21, 2011

Dia Sudah Tiada Part 4

Salam semua..

Pagi tadi mandi tetiba teringat pulak, sebelum mak menghembuskan nafas terakhir, ada juga sahabat-sahabat saya yang baik hati gigih mensyorkan beberapa perubatan alternatif. Syerah kawan saya dari Kuwait kebetulan pulang ke Malaysia untuk menyelesaikan hal anak dara beliau yang cantik manis Lana dan beberapa perkara lain. Kerap juga bersms dengan beliau, dan pada satu malam beliau telah memberi nama dan no telefon Dr Aziz yang menjalan perubatan Homeopathy. Dr Aziz nak medical report mak, so malam tu ada sorang Dokter oncall panggil aku jauh dari katil mak, dia tanya apakah aku tahu tentang penyakit mak bla bla bla, aku cakap ya aku tahu, aku tanya dia sekali tentang perubatan Homeopathy, dia terus tak setuju 100%, dia cakap bukan membaikkan, tapi lagi teruk, sebab ayah dia penah cuba, kata beliau..

ceh.. aku tak paham betul Hospital nih, sakit mak aku dikatakan punca makan ubat darah tinggi, sebab ubat tu tak bagus, mak kakak ipar aku pon diaorang kata sakit sebab punca makan ubat darah tinggi juga, tak bagus ubat yang dimakan tu, apaaa daaa.. ubat orang semua tak bagus.. gilo!!

Okeh Syerah kata takpe, Dr Aziz tuh suruh je sesiapa pergi yang tahu buleh bercakap tentang sakit mak, aku pergi gak la hari sabtu tu, Dr Aziz nih dulu memang Dokter Cancer, lepas aku ceritakan semua pada dia, dia bagi aku sebahagia ubat, ibu kenser, dan 2 botol lagi tuh aku tak berapa ingat dah, sebotol lagi tonic, tapi bila aku sampai hospital, keadaan mak tak mengizinkan aku nak kasi dia obat tuh, sebabnya hari-hari diaorang akan ambil darah, aku takottt.. kekeke.. pastu memang mak dah tak berdaya.. tak bercakap pon..

AJ juga ada kasik link pada aku untuk ubat mencegah kenser, aku baca link tuh, tonik yang Dokter Aziz bagi tu memang tu bendanya.. macam sama..

Yan juga ada bawakkan air dari Darul Shifa', singgah dioffice tempoh hari untuk kasik air tuh, buat jugalah kat mak..

Buyel kawan dari Kelantan juga ada bawak sejenis ubat untuk mak, ini pon aku tak sempat buat, sebabnya masa tu mak tak sedar, bila dah sedar dah pergi pula..

Aku berterima kasih mempunyai sahabat-sahabat yang tak kira susah senang bersama aku.. terima kasih sahabat semua..

** Aku ada niat nak kasik ubat kenser tuh pada orang, tapi sampai sekarang aku tak call lagi Dokter Aziz tu, aku takut dia marah aku sebab tak kasik mak ubat tuh.. *buleh samseng (panggilan suami kepada aku.. ceh!) seperti aku takot nak call dokter?* kahkahkah..



Wednesday, July 20, 2011

Ipoh Part 3

Lepas dah melantok sambil mengumpat, siap-siap Eryn nak kunci rumah tiba-tiba mata aku tertancap pada sesuatu..


Korang mampo?. Aduh pecah perot gelak sama Kok Faizul, dendiam jah Eryn simpan pasu LV kat rumah, hagham kabo ke kawan-kawan.. Aku suka betol rumah Eryn nih, siap ada rumah burung nih.. Cantikkan?. Pandai betul suami Kok Eghyn membuatnya..



Pastu teros dema bawak aku ke sini,


Giler ah taman buleh seberang-seberang naik sampan ke seberang sana.. giler jakun aku nih, tapinya masa tu takde rezeki aku nak naik sampan, sebab langit dah gelap, nak hujan dah.. dok melepak barang 15 minit gitu teros chow ke TKK (Taman Kanak-Kanak). Nih petang makan lagi, Kok Faizul belanja.. Melantok jah kerja aku turun Ipoh nih, Kok Faizul belanja Satay juga (tiada dalam gambo). Lepas pada tu kami teros ke Gebang Malam, hahaha.. seronok giler jenjalan, pas pada tu Kok Eghyn pon beranso le sama anak-anaknya, almaklum le laki dah kasik chance dari pagi tuh sama aku, seharian suntok, sampai ke malam, iskhh.. terima kasih bebanyak le Medan kasik chance kami berjimba ria.. huhuhu..

Pastu aku merempat pulak ke kereta Kak Faizul, dia hantar aku ke Hotel dulu, settle check in bagai call Laila, kami jumpa kat kedai makan depan stadium, kali ni aku tak makan, perot aku penoh dah, melantok jah!!. Pas pada tu laki pon sampai, dok ngajok p Gebang Malam laki sekali.. hahaha..



Terima kasih le banyak-banyak pada Kok Eghyn yang sudi melayan aku, Kok Faizul pon sama sudi gak melayan aku, balik koje dengan tak balik umah dengan pakai baju koje lagi terus jumpa sampai ke tengah malam, siap belanja makan, siap susah-susah masak semua bagai, terima kasih gak kat Laila sebab sudi last-last minit jumpa aku..


Oh ye patotnya esoknya aku balik naik ETS, tapi suami saya tak kasik, dia suruh saya tompang Mior, rakan sekerja beliau kerana saudara Mior akan balik ke KL esok.. eeiiii aku bukan apa, malas le nak nyusahkan orang....

Hari ini Hari Rabu



Sementara nak sambung cerita Ipoh..

Tuesday, July 19, 2011

Ipoh Part 2

Lepak makan sandwich sorang-sorang, aku toleh belakang tengok kosong dah Dunkin Donut, kelam kabot aku blah, takot tertinggal train, pada sesiapa yang penakot macam aku ok je naik ETS nih, staff staff diaorang very helpful, tunggu kat escalator 2 orang, tunggu kat train nak masok pon 2 orang, tunjuk jalan Coach mana mana yang nak masok. Okeh ini cerita orang jakun tak pernah naik ketapi, pintunya sliding okeh, aku kemain tolak beriya, rupa sliding, cis!!! malu makcik! hahaha..

Dalam train punyalah lahanat orang depan aku tu, kemain nak tido tarik blind (ke camna eja, tak tau aku), aku nih nak tengok pemandangan, nak cuci mata tengok kehijauan pepohonan yang melambai-lambai nak menyambut kedatangan mak ke Ipoh!!. Okeh takpe aku kasik chance ke dia, waktu sampai mana ntah, aku naikkan balik blind tuh, kemain budak apek nih usha aku, ade aku kesyah?. Pehtu gamaknya dia pon kasik chance ke aku, sampai mana ntah dia tutop balik blind tuh, maleh le mak nak gadoh dengan orang bongok, esok-esok mak pon jadik bongok gak..

Pehtu sms sentengah jam sekali masuk berderet dari Sang Suami Rajuna Tapa, dari teman yang jelita Kok Eryn, dan teman yang kacak Kok Faizul (harus semua tertanya kenapa lelaki aku panggil kakak, ntah la, saje seronok..) soalan udah sampai mana? sekarang kat mana? hahaha.. riso meno deme nih pon.. Aku sempat meluahkan perasaan ketidakpuasan hati aku pada budak apek nih pada Kok Faizul dengan harapan supaya beliau dapat menumbuk muka budak apek tersebut!

Okeh aku sampai Batu Gajah jam 10.30pg ke kol 11pg camtu, aku pon dah lupa, lama sangat dah p nih.. Haa taim nih aku sampai dah, sebok amik gambo ntah hape-hape, aku perasan ada orang seberang sana tengah dok usha aku, hahaha.. mampos Kok Eghyn maghoh aku, udoh le nunggu aku sebok na nak amik gambo ntah hape-hape..


Pas dah berpelok ciom sama Eryn, dia bawak aku melawat tempat deting dia sama Medan dulu-dulu, motip? ntah le, mungkin nak menunjukkan yang dia amat romantika mungkin.. *mampos le Kok Egyn bunoh aku besok nih* hahaha.. ampon Eryn, tapi memang betoi ko bawak aku p taman tuh pon kan.. Pastu dia tunjuk aku tempat kerja dia, Mahkamah, eh mahkamah ke muzium, aku pon lupa dah..

Pastu dia bawak aku bekfes, makan kuey tiow okeh.. hahaha.. aku nih memang mampos le jumpa deme next time, makan makan makan..


Pas dah makan nuh, Kok Eryn bawak aku p rumah dia, layan Maharaja Lawak, kekeke.. Aku lepak dapor le sama Eryn, Eryn ajak makan tengahari dirumah dia, melampon beno ler pon, tadi dah sumbat aku dengan kuey tiow, la nih soh makan nasik, matyler.. Pehtu Kok Faizul pon sampai, dok melayan Maharaja Lawak juga, minat nak tengok Amir kata beliau..





Hoihhhhh sedap sangat!!! Kojaq sunggoh upload gambo makanan dah aku terlapor sorang-sorang nih.. adoiii.. Terima kasih bebanyak ye Eryn sama Medan sebab susah payah le masak-masak bagai.. Kok Faizul tambah nasik 4 pinggan.. iskhh..




Monday, July 18, 2011

Hari ini Hari Tua Saya!

Hari ini Hari Tua saya.. tapi.. dia dah tiada.. tiap-tiap tahun sewaktu hari besday saya dia akan memberi sekeping sampul hijau untuk saya, kalau tak hijau oren, kalau tak oren biru, bergantung pada lebihan ang pow raya.. kadang-kadang sampul surat bunga-bunga yang beli dikedai runcit tu.. kekeke..

Hari ini yang tinggal hanyalah kenangan.. Tiada lagi sampul hijau yang berisi wang didalamnya, bukan wang yang aku kejarkan, tapi memori bersama dia.. Kerapkali aku menolak, aku kata simpanlah mak, buat belanja mak, adik dah kerja, apa pulak nak kasik adik, dia kata awal-awal dah niat, aku kata mak simpankanlah, nanti adik takde duit adik mintak mak ye, hehh ambik katanya, buat lekat baju ke kasut ke henbeg ke.. hahaha.. duit pencen arwah abah katanya, share dengan anak cucu..

Hari ini tadi abang belanja makan Satay Station sempena hari tua aku esok hari, aku kata tak payah la, abang kata kita dah takde sesiapa dah.. uhuhuhu..



Terima kasih buat Abang, Kak As, Dila, Hariz, Nisa dan Hazim kerana ingatan juga belanja makan juga hadiah tadi..



Terima kasih suami saya ucapam tepat pukul 12 malam.. kekeke..

Terima kasih kawan-kawan di FB dan Whatapps, satg saya reply..