Friday, August 5, 2011

Dia Sudah Tiada Part 5

4 minggu - separuh nyawaku pergi..

Kalau ingat-ingatkan mak memang kelakar, mak ni suka memberi, kalau kami anak-anak p umah dia, mesti ada je buah tangan akan biwa pulang, tak de le buah tangan intan berlian, tapi kalau pemberian mak tuh, biji asam jawa pon amat berharga pada aku.. kekeke..

Kadang-kadang tuh dah siap la tepi pintu, dengan sabun lux 3 biji, sabun fab ketul 3 biji, sabun coci kain amway satu bekas plastik, kemain ler konon kabo serbuk coci amway tuh beri kuasa keputihan yang luar biasa, hahaha, kalau dah pemalas lipas macam aku, tarok le sabun coci brand apa pon, kelabu jah jadinya, so maknanya, tiap baju putih aku, memang aku bawak balik omah mak tompang mak coci, tangan superwoman.. hahaha.. giler tak malu soh mak basuh baju..

Satu lagi kalau butang baju macam longgar, memang mintak tolong mak jahit, selalunya mak akan sembor le aku dulu "dah berlaki pon suroh aku jugak!" sambil senyom-senyom.. hahahaha..

Korang tau tak, mak aku lada hitam tuh, tumbuk nih siap-siap, tarok dalam bekas plastik, kasik aku, dengan asam keping, asam jawa, bawang putih, halia, bawang merah, bawang besar, sambal siap masak hah, semua siap, mak kata "ni semua aku dah buatkan, kalau malas nak masak jugak, tak tau le kamu adik" kekeke.. masalah aku bukan le malas sangat, aku takde masa, aku pon nak berehat jugak, tuntutan kerja membataskan waktu.. kekeke

Kadang-kadang dah takde sangat benda nak kasi contohnya esok pagi-pagi aku teros ke office malam sebelumnya tido rumah mak, mak akan bagi jugak-jugak sabon lux 3 ketoi, selalu aku akan cakap, tak payah la mak, berat nih, mak simpan la, orang malas la nak bawak.. ada satu haritu, dia masukkan je dalam bag aku, aku sampai-sampai office, tengok ade sabun lux, astaga mak.. gelak-gelak aku kat office.. adoila..

Mak kan, kalau dia tengah sebok-sebok masak kat dapor, tengah goreng cekodok ke apa, kitaorang kadang-kadang lepak depan tengok tv *mak tak suka rarmai-ramai kat dapor, kerja jadi 10 jam katanya* hahaha.. nanti dia suroh "bukak mulot bukak mulot" sambil suap cekodok kat mulot kita.. hahaha..

Pastu mak kan, kalau dia tau anak-anak nak datang, masak kemain banyak, macam ada 3 4 family, hahaha.. nanti dia kata, senang kamu nak bawak balik, Kak As nya pon bawak balik, senang dah tak payah susah-susah, kiranya, makan tu makan, tapau tu tapau, bab tapau tuh unik sikit, dia letak dalam bekas plastik atau tupperware, pastu dia ikat dengan getah, pastu masok dalam plastik, ikat ketat-ketat, masok lagi dalam beg plastik, takot tumpah katanya, kami nih, memang terikot-ikot la, kakak ipar aku pon sama, bungkus lauk ke aku dah gaya mak dah.. hahahaha..


*** mak, kenapa mak tak pernah hadir pon dalam mimipi adik.. adik tunggu mak dah nak 4 minggu mak.. mak marah adik ke?...



Monday, August 1, 2011

Full House

Korang, jangan maki aku dibulan yang mulia ini ya.. takpe tak berapa nak sedap sangat pon, presentation jah meletop.. kekeke.. Ni citer malam minggu haritu, Bos aku belanja makan kat Fullhouse Jalan Yap Kwan Seng nuh.. sebelum nih aku penah pergi dengan kawan aku Sha.. Benda-benda nih bukan le aku makan semua, aku amik gambar orang-orang hat dekat dengan aku jah..

Aku enjoy betol malam tuh, kelako, gelak bagai nak rak masing-masing.. hahahaha.. Tak sangka "Jamu Mek Da" jadi tarikan.. *pasla jamu tuh nanti-nanti aku ceritakan*

Hari Jumaat malam aku menumpang kasih dirumah mertua, last week menumpang kasih dirumah abang aku, gilir-gilir.. Dah berjanji dengan Mama Alif *Faizah* nak masak nasi ayam, Faizah kata Alif meleleh air lior sebab tak dapat makan nasi ayam aku masa dia mengandungkan Alif tempoh hari.. huhuhu.. aku busy ya amat, lepas tuh arwah mak pulak sakit, mana nak datangnya masa pon.. So aritu aku melunaskan hutang aku, aku buat nasi ayam, air kurma susu dan dizet pisang apa ntah nama dia..

Terima kasih Bos saya sebab belanja makan-makan malam itu..

Maaf ya korang..

Oh ya cerita pasal Full house, korang ingat tak drama bersiri Full House masa tahun 80an dulu?. Aku suka la, pasal la tak tayang balik..











Lagi 2 Jam



Catatan Nizam Sani - Saya sudah, anda bila lagi?



Ini buku kawan saya, kawan saya sekarang dah femes macam biskut kukis femes amos, bila dia mengutarakan satu hari nanti buku ini akan keluar, saya awal-awal sudah mengorder sebuah untuk saya perlu sign otogerap beliau..

Saya tak tahu samada buku ini ada lagi atau tak, tapi jika berminat boleh la tanya yang empunya diri disini.

Cerita-cerita pendek je, tapi cukop membuatkan aku gelak sampai pengsan. *okeh melampau pengsan, tahulah kawan *elleh baru nak mengaku kawan bila dah popular, biasalah manusia* kekeke

Tapi aku kawan ikhlas..



Diari Ramadhan Saya - Siri 1

Korang..

Selamat menyambut kedatangan Ramadhan ya, aku pohon ampun dan maaf, halal makan dan minum sepanjang mengenali korang diluar sana.. Apa sahaja yang aku boleh bantu, insyaallah aku usahakan, tapi kalau dah MEMANG TAK BOLEH NAK BANTU, itu maknanya memang tak boleh, aku tidak suka beralasan, tapi cubalah sedikit untuk memahami aku..

Terima kasih.