Saturday, November 19, 2011

Pakai Tudung Senget?

Takde apa nak buat, balik kerja teros flirt dengan suami, owhh bukan flirt yang itu, flirt dengan camera.. wowowowowow.. dah lama sangat-sangat dah rasanya dah tak flirt depan camera, rasa-rasanya sebab suami tukar gear tak?. Aku sayang benonya gear lama suami tuh.. huhuhu.. takpelah, yang pergi tetap pergi, jangan nakal-nakal ye kamu, kamu tetap dalam ingatan dan hatiku baby D200.

Balik kerja pon dah lambat, aku cuci muka tempek bedak sapu eyeshadow sikit calit eyeliner sikit, sapu pipi merah sikit, tenyeh lip gloss, pakai pon pakai baju balik keje tadi, tudong jah aku lilit lain, suami yang tengah setup lighting bila pandang aku teros cakap "eh sayang, tudong awak senget" hahahaha.. gelak aku, bukan la, ni sengaja..

Aku amik dua keping je le, yang lain beso nak mati gambo, aku mana tau kecikkan, eh buleh le pakai photoscape, pehtu nanti jadi hagham.. tak lawo, kekeke, dah masok dalam flickr pon tak buleh, limit sampai 15 MB jah (20 MB for pro users). Huh, kene soh suami gak ler, meme tahon depan le dapat nya.. kekekeke













Monday, November 14, 2011

Saya Sayang Dia



Detox Diet -Result Week 1

Dalam 3 hari program detox diet aku, aku dah turun 3kg!!!. Adoiii.. gembira hati bukan kepalang, itupon aku timbang malam minggu haritu, aku buat hari Selasa, Rabu dan Khamis, Jumaat aku breakfast aku dah sebat nasik lemak lauk sambal kerang dan ayam goreng, tengahari aku sebat kuey teow kung fu, malam aku sebat yong tau fu, hari Sabtu pulak breakfast aku makan keropok lekor dengan blackpepper sosej, malam aku makan nasik dengan kari daging, after that semua baru aku timbang berat aku resultnya adalah 66kg!!!. Berat asal aku 69kg. Alhamdulillah, jadik ler..

Ini hari aku start it all over again, makan buah-buahan...

So pada kawan-kawan yang nak berdiet, jom sama-sama berdiet!!



Friday, November 11, 2011

Detox Diet - Terima Kasih Mulan

Aku nih baca blog Mulan tiba-tiba rasa teros semangat, nak buat dari sehari ke sehari, kesihatan tak mengizinkan, jadiknye decide lepas coti Raya Haji tuh teros nak buat.

Hari pertama berjalan dengan baik, aku makan buah lai sebijik, epal hijau 2 bijik sementara nak menunggu lunch, konsepnya disini jangan bagi perot lapar. Bila lunch aku mintak tolong budak opis belikan buah potong RM5 campor campor kecuali pisang, yang ada buah tembikai susu, mangga, jambu air, jadik ler.. balik kerja suami ajak singgah kedai mamak Taqwa kat Sri Gombak nun.. dia makan roti naan cecah kari sotong, kalau nak rasa kari sotong terbaik try lah kat sini.. sikit punya kurang asam betoi, nyaris goyah iman aku, tapi memandangkan hari dah petang, takkan aku nak persiakan penat lelah aku tuh kan, balik tuh lepas buat apa yang patot, teros aku potong buah-buah..



Alhamdulillah berjaya untuk hari pertama, hari kedua ada sedikit cabaran sebab utama aku bukan penggemar sayor, adoii.. tengah malam tuh aku siapkan teros sup ubi kentang campor carrot campor suun.. esok pepagi bangun dok celor sawi jepon siram sos tiram sikit, breakfast makan sop ubi kentang tuh, panas-panas, meleleh peloh, rasa macam sihat sangat.. Lunch aku makan bayam, nih aku beli dikedai, banyak-banyak sayur hijau aku cuma suka bayam je.. Lepas tuh dalam sejam tuh aku makan sawi jepon celor aku tuh. Petang tuh aku makan kira macam salad la ye, cuma tak letak dressing dia jah, aku hiris kubis pepel nuh, lada banggala kaler oren hijau dengan kuning, tomato ceri, tu je yang aku jumpa takat nih.. Malam aku tak lalu nak sumbat dah, sayo kan, aku continue minom air suam jah, air kosong memang aku kena minom suam-suam, kot tak memang aku nak montah..






Alhamdulillah berjaya juga aku tempuh hari kedua, hari ketiga otak dah macam rasa tak best, hahaha.. penat memikir sayo sayo sayo.. hahaha.. tapi hari ini buleh makan seberapa banyak sayuran dan buah buahan, kentang tak buleh hari nih, aku makan macam dua hari lepas punya balance buah dan sayur, malam pon aku makan buah je, sayor memang tak buleh masok tekak dah, cukop tengahari tuh jah.. hahahah

Resultnya.. aku takde result, sebab aku takde penimbang kat rumah, esok insyaallah kalau ke rumah abang aku, aku tompang sat, nak beli asyik terlupa.. huhuhuhu.. cuma yang aku perasan dan aku suka dan aku bersyukur sangat, aku turun naik tangga office nafas aku dah tak sesak dan tak sakit macam selalu, balik rumah semalam pon aku macam ehh.. tak penat ye aku naik tangga.. hahaha.. itu je aku berbangga buat masa nih, takpelah syukor dah sangat.. Iye beauty is pain tapi aku buat nih bukan kerana nak cantik bukan kerana nak vogue tapinya sejak dua tiga harini aku rasa badan makin berat, melampau sampai sakit dada, selalu nafas pendek bila naik tangga, mudah penat, jadik perasaan takot datang sendiri, nak nak Mulan suka share bab-bab kesihatan begini, siap kasik semangat lagi, aku pon memang tak toleh belakang dah..

Aku bangga jugak dengan diri aku, kawan bos aku siap hulur putu bambu best, aku sampai tutup-tutup muka dengan tudung pura-pura menangis, hahaha.. aku tau beliau dan mereka bukan saja sakat aku, memang deme tuh kalau cari makanan memang best2, tak pernah lagi failed!!. Malas le aku menerangkan aku buat detox diet, deme ingat diet biasa-biasa, tu sebab suruh jugak-jugak rasa putu bambu tuh satu!! hahaha.. bos aku cakap "buleh le, satu jeeee!!" hahahaha

Semalam ada kirim suami pisang dan susu, tapi dianya balik kerja memang dah lewat malam, mana ada pasaraya bukak memalam pon, gerai buah ke kan, tapi aku memang malas nak nyusahkan laki, aku tau dah malam buta, nak suami sampai kerumah terus, bukan soal cemburu ke queen control, tapi lebih kepada kasihan, penat seharian kerja, sebok nak mencarik barang2 aku, kalau takde takpe je, kalau ada alhamdulillah, jadiknya takde, so aku isytiharkan hari ini aku...... RAYA!!!!.. hahahaha... Isnin sambaung balik bala buah buah sayo sayo!!! huwaaaaa!!!


Cerita Cuti

Salam Aidiladha salam hari Jumaat..

Aidiladha tahun nih biasa-biasa jugak bagi aku, pagi-pagi dah masa breakfast umah mertua dah melalak depan rezeki, sunggoh aku tak buleh nak tahan air mata, mak mertua aku tanya kenapa ni, aku jawab "teringat kat makkkk" teringat mee kari makk.. hahaha.. cehh!!. Korang, kalau ada makanan favorite cepat-cepat belajo dari mak korang ye, jangan jadik macam aku, huhuhu..

Lepas breakfast suami kena pergi kat tempat orang buat korban dah, dia ada buat sikit tahun ni, pak mertua aku soh aku sesiap jugak, malas le aku nak turun, aku tak buleh le nak tengok-tengok korban nih, pengsan tengok darah kang.. ekekeke.. dulu-dulu masa kecik-kecik memang aku tak akan makan daging korban, sebab kesiannya tengok lembu tuh nanges, kesian tengok lembu tuh macam meraung, tapi kata Pak Long dia nanges sebab dia terpilih untuk dijadikan korban, jadi kita jangan sedih-sedih, tak baik..

Hari itu aku memakai jubah hitam colour hitam pemberian sahabat dari bumi Kuwait *chewah* tapi tak amik gambar pon.. huhuhu.. suka sangat dengan Jubah nih, aku kalau kat Malaysia nih ada juai hat style-style gini memang aku stok pakai jubah jah, itu memang cita-cita dari tengah tahun hari tu kot.. hihihi.. Nanti ambil gambar dan cerita sedikit mengenai jubah nih, ada sebuah kenangan agak manis disitu.. *sayang kamu wahai kawan yang baik hati*

Ingat petang lepas Asar nak ke rumah abang, rindu dengan anak buah yang sulung, lama tak jumpa beliau, yang lain pon rindu juga, tapi haritu dah jumpa minggu sebelum tu.. Tapi mereka beraya dirumah mak mertua abang aku, jadiknya aku decide lawat minggu nih je lah.

Seronok juga dirumah mertua, main-main dengan Muhamad Alif, anak buah belah suami, lama tak main-main dengan baby, Muhamad Alif baru baik dari sakit kulit, penuh satu badan, kesiannya tengok baby sakit kan, tapi baik dah dia, cantik dah kulit dia, suka tengok dia nak burak-burak, gelak-gelak.. hahaha.. terhibur dengan telatah Muhamad Alif..

Kami duduk disana sampai pukol 10 malam, tak larat dah badan, teros balik rumah, makan pulak biasalah, semuanya berasaskan daging, esoknya cuti lagi, suami keluar hantar album kawen, aku malas nak ngikot, nak cuci kain baju bagai, masa dia nak balik dia call suruh aku siap-siap nak bawak makan kat Rasa Sunda. Lagiiii??? hahahaha.. addicted dah kitaorang kat Rasa Sunda nih..