Friday, June 15, 2012

That Little Gerai

Pertama kali dengar tentang 'Gerai" ini dari Blog Ina Cik Kaki, teros like fan page mereka, nak pergi memang ler kirim salam, tak tau macam mana nak cakap kat Cik Red, bukan le sebab Cik Red tak nak bawa, masalah utama saya ialah pasal jalan.. *kesian kan* 

Lepas tu nampak pulak kat blog Nana yang pun dah pergi juga ini Gerai, saya siap cakap kat dia, nanti-nanti kalau akak nak pegi, buleh ye akak call Nana, nak tanya jalan.. hahahaha.. saya bab landmark memang nauzubillah teruknya.. 

Jumaat lepas, balik kerja, biasa suami memang makan capati je untuk makan malam, jadi haritu agaknya kesiankan saya, dia ajak makan tempat lain, dah terlajak kat Wangsa Melawati tuh saya tanya dia Keramat yang kita pernah pergi hantar barang kat kawan dia, Restoren Syed, saya ingat itu landmark dia.. jalan tak sampai berapa meter tuhhh dia nampak dah That Little Gerai.. yeayyy!!! 

Sampai sana biasalah first time, terpinga-pinga juga nak pilih apa, tiba-tiba datang crew TLG membantu, tengok namanya kat Fan Page 'Tom Zeli'.. ahakks.. dia suruh order air dulu, lepas terus saya tanya dia malam nih special menu apa?, terus dia recommend Chicken Cordon Bleu, okeh saya pilih hok tuh suami pulak sebab dia memerlukan menu sehat, saya pilihkan dia Grilled Salmon, saya add order Big Bowl Garden Salad.. Cik Red puji Teh O Nipis dia bebetul nipis, selalu order Teh O Nipis kat kedai hagham habis.. kikiki.. 

Sape belum cuba jemputlah datang mencuba, sekali sekala, saya suka suasana disini, cantik decorationnya walaupon hanya gerai, makanan yang sangat sedap, crew yang sangat friendly dan sangat helpfully.. Insyaallah mahu datang lagi.. mahu cuba menu lain pula.. Lepas bayar nanti dia akan tanya kita, macamana food kat sini kak? semua ok ke? huhuhu.. Ok lah bagus cara mereka.. saya harap TLG mengekalkan konsep sebegini.. Errr malam nih rasa macam nak dinner sana lagi.. huhuhu 
  
Ini Chicken Cordon Bleu saya, okeh apa yang buleh saya simpolkan disini bahawa, sangat sedap!!, masuk je mulut rasa macam ehh sedapnya, daging ayam tuh lembut pehtu juicy, tak dry, perghhh sedap la, serious!!
Ini Grilled Salmon Cik Red saya, eeeiii.. sedap nak meninggal, ikan juicy gila, melompat-lompat nih bila masuk dalam mulot.. huhuhuhu..
Chocolate Mountain Cake, sedap okeh, hidang panas-panas, makan dengan eskrim sejup sejup, what a great combination le kan, tapi, maafkan saya tak habis, perot dah kenyang dan ketat, inilah dia bila makan ikut hawa nafsu, itu nak ini nak.. huhuhuh
Ini Bowl Garden Salad untuk suami saya.. kiki.. kaisk dia makan sayur banyak-banyak.. next time datang nak try Ceaser Salad pulak..
Ini namanya Puding Diraja, oklah, saya tak berapa suka sangat kot.. hihihih, tapi sebab tak eprnah makan kan, saje nak rasa.. rasa dia ok, tapi tekak saya, saya tak berapa suka..

Pada sesiapa yang teringin nak g ini alamat nya
Jalan AU 5/D1, Lembah Keramat, Kuala Lumpur
017-319 3585
http://www.facebook.com/ThatLittleGerai 


 

Friday, June 8, 2012

Yan | Hana - Part 1

Salam busy like a bee nak meninggal.. Tapi dalam busy-busy tuh sempat juga berjimba bara bersama kawan-kawan di Janda Baik.. hihihi.. okeh itu kemudian, mungkin tahun 2013 atau 2014 baru update..

Terasa sangat bersalah dengan rakan sebisnis saya, harap dia faham, kalau tak faham kene sit down untuk berbincanglah.. :)

Saya rasa dalam 2 minggu lepas kot, Cik Red saya ajak shooting gambar-gambar di Yan | Hana, seronoknya.. Cik Red kata dia belanja sewa Studio.. Alhamdulillah, terima kasih Cik Red kerana sudi menyapot saya dan Yan | Hana

Saya juga ingin merakamkan lagi jutaan terima kasih yang tak terhingga saya buat model-model 2 orang nih, sudi menolong saya.. huhu.. jasa kamu akan akak kenang sampai akhir hayat.. Nanti akak belanja makan.. nak berbisnis nih memang kena sacrifice sikit, duit ringgit tak buleh kedekut, kerja pun tak buleh berkira sangat, orang ni lebih, orang ni kurang, kalau sekali dah keluar benda-benda macam tuh, better lah sit down untuk pencerahan, tak mahu jadi nanah dikemudian hari..


Masa nih rakan sebisnis saya tak dapat join sekali, awal pregnancy kan, kena jaga molek-molek.. huhuhu.. jadiknya tiadalah dia didalam gambar ini, janganlah kata saya ketepikan dia ye.. saya nak masukkan gambar pon mintak izin dia dulu, so far apa-apa yang orang nak pon dia akan bincang juga dengan saya dulu.. 

Matyla laki tanya kasut mana, mana ada kasut, hahaha, dok bawak kasut untuk model jah, kasut sendiri? Selipar jepun.. hahaha.. 

What i am wearing :
Mermaid Sleeveless Top (Black) | Yan & Hana
Bottom | Palazo Black The Poplook
Shawl | Yus Vogue

Nota kaki : Saya sangat suka ini Mermaid Sleeveless Top, suami juga suka, kemain dinner opis dia soh saya pakai baju nih lagi.. hahaha.. tapi masa tu tak cuci lagi, malas le nak pakai.. lagipon time nih dah pakai, takkan minggu depannya nak pakai lagi kan.. Simple je baju ni, percayalah anda akan sukakannya.. Kalau tak suka, saya sendiri tak beli!! hahaha.. ini yang membuatkan rakan bisnis saya merampuih!! hahaha.. 

Anda cuma memerlukan sedikit rasa keberanian, itu saja, tak over pon, simple sangat baju nih.. 

Apapun dikesempatan ini ingin saya titipkan lagi ucapan terima kasih saya pada suami saya, 2 orang model saya, Peygord, Sha kerana sudi memberikan kerjasama, menolong dan memberikan tips pada Yan | Hana.. 

Selamat berhujung minggu dan selamat bergaya pada wanita diluar sana, didalam bergaya perlu diingat aurat kita.. pesanan untuk diri sendiri juga..

Selamat berhujung minggu!!




It's where YOU want to be! AmanVille

Introducing AmanVille! New born baby from our boss..






AmanVille adalah sebuah indoor playgorund located at Space U8 Shah Alam, its similar like Kizsports & Gym, tapi lagi best dan yang penting we are different and unique!! *matyla puji tempat kerja sendiri* kahkahkah.. Eh tapi tak tipu sumpah masjid nih, first time masuk sini masa Aira's Birthday (anak Bos) gambar adalah tiada sebab Cik Red nak montah darah pegang camera.. kikiki

Gambar-gambar diatas adalah hari Selasa ntah bulan bila yang lalu, Bos colik p sana sat, bukak account bank di Bank Islam *bukan le nak citer pasal bukak account bank sangat* tapi budak tu kabo orang HQ? mesti goyang kaki takde koje.. ekuiiiissssssss meee!!! sesuka hatyyyy uolllsss kabo i goyang kaki, meh datang opis meh sat, tenyeh cili kang!! ngeeeee!!!

About AmanVille, ingatkan datang p Bank jah, sekali kena attend meeting, chait, mak jemah baru nak feeling-feeling wartawan nak ngambek gambo, lupa nak amik gambar bahagian karaoke.. kehkehkeh.. curlast uollss, siap ada karaoke.. sangat enjoy okeh!!

 Disamping permainan dan hiburan disini jugak ada workshop, Fun Learning Programmes & Workshop.Rajin-rajin le jenguk website nih untuk mengetahui aktiviti yang ada kat sini from time to time ya..

Ok pada parents yang risau tentang tahap secure kat sini, jangan bimbang okeh, sila baca ni  Security System.

Dah penat bermain, lapar, dahaga, jom kita 'Makan Makan' dulu kat sini.Spaghetti sedap, Red Velvet Cake sedap!! arghhhhh!!

Okeh untuk infant buleh lepak di Main-main . Di Panjat-panjat pulak tempat paling best le kot, buleh main tembak-tembak.. hahaha.. 

Apa pun, cubalah datang sini bawa anak-anak okeh, toksah bandingkan dengan Kidzania le *owwwhhh mengidam sangat nak pergi nih, nak bawak anak buah* huhuhu.. Cuba untuk support Bumiputra okeh!!

Saya nih pakkal jauh Shah Alam nuh, kot dekat mau bertungku tangga hari-hari berenang-renang kat bola warna warni tuh.. lepak kat terowong, wahhh best!!!

Jemput datang ye!!

Address : Space U8, Ground Floor, Lot 6 & 7, Persiaran Pasak Bumi,
Taman Bukit Jelutong, Seksyen U8, 40150, Shah Alam,Selangor.
Phone : 03 5033 4830
Fax : 03 5033 4831                

http://www.amanville.com/


Langkawi Day 1 - Cable Car

Sumpah sesumpah takut okeh!!. Saya tak pandang bawah pon, jeling sikit je, perghh berpeloh dahi, masa nak sampai pit stop pertama tuh, tengok gunung tegak je, nampak tinggi sangat-sangat, okeh, tak buleh pandang depan, pandang bawah, lagi selamat..

Bila dah mendarat kat pit stop tuh kemain hati lega tak terkata, suami ajak jalan-jalan sebentar lepas tuh, takde apa-apa katanya, jom ke sana, alahai tepuk dahi saya! ada lagi?!

Sekejap je la tapinya nak sampai ke tempat tengok sunset tuh.. owh jambatan gantung saya tak naik, ntah suami nak ngejar sunset dia, kemain... Lagipon benonya menarik nafas lega juga, seriau dok tengokkan jambatan gantung nuh.. iskhh..

Pemandangan adalah super osem!. Saya cakap terus terang lah, next time kalau ade rezeki sampai lagi, memang tak naik dah, cakaplah saya tak adventure, takpe saya terima, tapi nak mengadap benda tuh jalan pelan-pelan, terbuai-buai dek angin, tegak bulu roma saya dibuatnya.. ;p Tapi bila dah sampai kat atas nun, subhanallah maha suci Allah, cantiknya pemandangan kat atas tuh.. rasa takut tadi hilang terbang entah kemana..

Lepas dah sudah tengok sunset, kitaorg pon turun le, adoi le, lemah sunggoh lutot, masa tu kan, gaya macam nak ujan, angin-angin, mak seriau okeh..masa naik tuh kan kami 4 orang, campor 2 orang mak arab dan pak arab, balik nih memang kami berdua je dalam cable car tuh, dia punya hayun.. perghhhh... doa iftitah pon saya baca sekali kot.. hahahha.. agak berpeluh juga le tapak tangan nih..

Alhamdulillah selamat turun kat bawah.. tak tau nak gambar macamana, tapi memang serik nak naik lagi.. hahaha.. Lepas tuh kitaorang teros balik ke Melati Tanjung semula, mandi, magrib dan teros ke Haji Ismail Group, okeh meninggal kat situ, sempat sambar poyok Vision 1 set.. kikiki.. Sekarang memang stock makcik-makcik Kiah dah, suka betoi poyok poyok... Dok membeli juga ceklat barang seketoi dua *pengsan laki mak tengok* hahaha

Lepas tu haroslah g makan, kat mana ntah, hujan malam nih.. settle makan teros balik bilik, balik bilik dah nak dekat pukol 12 tghmalam.. letih sunggoh.. 

 


 

Tuesday, May 15, 2012

Terima Kasih :)

Fuh, busy bebeno sejak dua menjak nih, mulalah nak marah tak tentu hala.. Serious saya penat sangat-sangat.. Ada tak siapa-siapa yang menggantikan kerja saya? Saya dah malas nak kerja.. Kalau anda seorang bujang buleh apply, buleh build carrier sebenarnya.. Ntahlah memang peel, rasa tanggungjawab tuh kadang-kadang sampai tak fikir diri sendiri.. Kalaulah saya buleh buat tak tahu balik tanpa rasa bersalah kan ke bagus.. arghhhh penat!!. Mujurlah Boss pon buat kerja sama, hahaha.. sejuk sikit hati.. kikiki 

Ok cukup sudah merungut disitu. 

Pada kawan-kawan rapat, umum sudah mengetahui suami kerja diluar daerah pada 13-30 April yang lalu.. Lama tak?!!. Sebelum-sebelum tu juga selalu juga beliau ditugaskan keluar daerah kerana event Minggu Saham akan berlangsung di Sabah. Kiranya bulan 4 tuh, memang ntah berapa hari je dia dirumah.. 

Mula-mula ajak juga kawan temankan, lepas tu malas pula nak susahkan orang, kadangpkadang kita tak tahu hati orang, ntahkan suka, ntahkan tidak kita minta minta tolong begitu, jadinya kuatkan hati kuatkan semangat tinggallah sorang-sorang dengan lampu seluruh pelosok rumah terbukak, TV juga perlu buka 24 jam, pernah cuba untuk tutup TV, tapi mata manja ini mengada-ngada tidak mahu terpejam.. :p 

Sebelum suami pergi, dia telah berpesan pada mak ayahnya supaya sudilah kiranya menemani isteri beliau iaitu saya *kelip kelip mata tanda comel*. Tapi pada hari Sabtu dan Ahad tu, saya banyak hal, jadi saya minta mak & abah untuk datang hari Isnin ke Selasa ke, saya seboleh-boleh tidak mahu menyusahkan mereka.. ntahlah, hati serba salah benarnya.. terasa sangat diri ini bagai menyusahkan orang.. dikala begini seringkali wajah arwah mak datang bertandang, jika mak ada, mungkin saya tak menyusahkan mereka.. 

Saya terus tinggal sorang-sorang tanpa rasa seram dihati sehinggalah ada 1 haritu lebih kurang pukul 330 pagi saya dengar siren polis begitu kuat sekali, saya terjaga, dengar salakan anjing polis dan suara orang cakap-cakap "nampak tak ada orang lalu ke arah ni?" okeh, biji mata terus bulat! Sumpah tak dapat tidur, pagi itu nak menangis pergi kerja, sorang-sorang macamnih, sedih sangat.. menitik air mata waktu dalam perjalanan nak mendapatkan teksi, iye saya sangat takut! Pagi-pagi suami call tanya kesihatan saya, saya bercerita dengan menanges teresak-esak.. Awalannya tidak mahu menakutkan dia, tapi ntahlah, takut sangat-sangat..

Petang itu ikut Bos meeting ke Shah Alam, suami kata abah & mak dah otw kerumah.. alahai.. kasihan mereka, saya lewat petang baru sampai rumah.. Sementara menunggu mak & abah sampai saya pun kepochi dengan kakak kakak jiran, nak tahu apa sebenarnya terjadi malam tadi.. rupanya ade 5 orang perompak melarikan diri menuju ke arah kawasan rumah kami.. Ya Allah.. syukor kau telah melindungi aku.. 

Abah & mak menemani saya dari hari Selasa tu sampailah suami balik, on off, Selasa-Jumaat, habis waktu kerja saya, Abah & Mak terus ambil saya dipejabat.. hihihi.. comel! Saya feeling-feeling manja la.. weekend saya habiskan masa disana, Ahad malam pulang semula ke Gombak sampai hari Jumaat, Sabtu tu saya dah pulang semula ke rumah kerana ada hal lain. 

Sepanjang ketiadaan suami saya merasakan aura kasih sayang dari seluruh keluarga suami saya, bukanlah sebelum ni tak rasa kasih sayang, tapi mungkin tak duduk sama-sama dalam waktu masa yang panjang kan.. Hari-hari Abah & Mak akan hantar saya pergi kerja, balik pon serupa, kemain datang jemput.. adoi la.. sungguh saya rasa terharu banyak betul lemak terkumpul ye.. hihihi.. Tapi saya cakap dengan Abah, esok tak perlu ambil saya dah sebabnya saya tumpang kawan balik.. Hari Sabtu masa saya pulang ke rumah semula, adik ipar saya Faizah & suami serta si comel Alif menghantar saya hingga ke rumah, saya cakap hantarkan tengah jalan je, nanti saya naik teksi, kemain nak hantar jugak-jugak! Bukan jauh katanya.. alahai...

Terima kasih saya nak ucapkan kepada family mertua saya kerana sudi memberi saya menumpang bermanja dengan kalian.. :) 

Minggu depannya setelah suami pulang, ziarah rumah Abang pula, lama tak jumpa Kakak dan budak-budak.. seperti biasa aura kasih sayang dari mereka tak pernah padam, dengan Abang pertama-tama sekali dia akan bertanya "sihat?" hehehehe.. lepas tu ntah le mende deme burak-burak, saya seperti biasa meluru kedapur untuk menimbang berat badan.. kahkahkah.. bukan tolong Kakak pon.. ceh!.

Berat adalah naik 2kilo dari 63kg ke 65kg berkat makan nasik malam-malam selama 2 minggu Abah & Mak menemani saya.. Mak masak sedap okeh, rugi le tak makan, nak nak masa mak masak kari ikan merah, hoihhh!!! Rasa nak menanges sebab teringin sangat nak makan kari ikan.. 

Kalau kerumah Abang yang saya perasan, ko lapor ke, ko kenyang sampai sendat perot ke, burak burak gelak gelak, tiba-tiba dah ada kat meja makan.. magic tak? hahaha.. Ntahla.. cara Abang & Kakak melayani tetamu memang superb!!. Tak pernah lagi tanya "nak minum ke?" memang semua tersedia, iskhh.. kita pulak rasa segan, tu kadang-kadang memang malas nak cakap kalau nak datang.. Pastu kat meja makan, burak burak gelak gelak, dah kenyang nih, buleh pulak tertambah lagi nasik.. hadoiii!!! hahahaha.. 

Tapi burak dengan Abang memang seronok, release tension, nanti dia akan tanya kerja macamana?. Kita nih dah macam ahli haluan kiri dok bercerita, dia gelak gelak, at the end benda yang kita cerita jadi positif.. kikiki.. comel Abang!!. Setiap kali burak dengan dia, mesti lepas tuh aura positif akan menjalar disetiap urat dalam badan nih.. kahkahkah 

Okeh nak sambung buat kerja.. mak busy loike hell uollss!!