Friday, January 11, 2013

Kenapa Langkawi - Part 4

Hari tiga di Langkawi.

Pagi selepas sarapan terus ke Awana Porta Malai, nak boat tour kekdahnya. Sewa boat sendiri tak naik dengan orang. Dulu pon suami sewa boat sendiri juga semata nak ambil gambar helang sahaja, yelah kalau setakat ko kasik 12-20 minit je duduk situ nak amik gambar helang apanya kan..

Kali ini kita pilih untuk Eagle Feeding sekejap je, boring la mak abah satg asyik dok tengok helang je kang, bercuti bawak orang tua tak buleh le nak syok sendiri. Dalam 10 minit mintak abang bot bawak kami ke Tasik Dayang Bunting, tempat paling saya takut sebenarnya nak pergi, bersepah monyet ok!

Monyet gila samseng, kita pulak takut dengan dia.. hahaha, dasyat tak dasyat dia buleh ambil wallet ada satu kakak ni bawak lari panjat pokok, kasihan kakak tu.

Tapi dek kerana nak bawa mak abah, ku tahan Jebat! Okeh, nak naik tangga sepanjang ke Tasik Dayang Bunting tu bukanlah perkara yang mudah, sesak jugak napas saya yang tak rajin bersenam ni, lagi kasihan mak dan abah, adoi la.. Tasik Dayang Bunting sekarang dah tak serupa waktu saya kecik-kecik dulu, air keruh ya amat, tak lalu nak mandi pon.


 

 
 

 
 

 
 


 Duduk dalam 15 minit naik tangga semula, balik, minta abang boat bawak ke Pasir Beras Basah. Pantainya cantik dan bersih suami kata, tapi dek kerana ramai orang haritu, pening katanya. Memang pening tengok orang ramai, dah le hari panas, memang rasa nak mandi, tapi serba tak kena pulak haritu, sangat panas!


  


  
 
 
 
 
 
 
 
Habis lah setengah hari aktiviti di hari ketiga, petang pula cadangnya memang nak ke Idaman Suri, tapi ada sesuatu yang telah berlaku terhadap suami..


Thursday, January 10, 2013

Kenapa Langkawi - Part 3

Langkawi hari kedua dipetang hari.

Duduk bersantai di Pantai Chenang. Chenang dahulu bukan Chenang sekarang, dah gaya macam Phuket (macam pernah pergi), kawan-kawan yang kata. 



  



 
 


 


  

 

 
   


Gambar saya semuanya dok pegang handphone, bukanlah sebab suka sangat main handphone ataupun kerana dapat hendphone baru, tapinya dek kerana tuntutan kerja. Haihh...

Rentetan peristiwa handphone hilang haritu, bos bagi handphone baru untuk saya! Terima kasih bos! Dia kata susah saya takde BB, saya pulak macam eh sama je kot. Malah macam relief gila! Tapi dah ada BB ni start pening balik!

Itu pun punyalah berhati-hati keluarkan handphone, maklum saja kita kat laut-laut ni, saya risau juga kot-kot degan kecuaian saya handphone menjunam masuk laut, jam tu memang bos saya mintak izin kat suami untuk ketuk kepala saya! Berapa banyak handphone pon aku nak labor ke ko ye tak?

Malam hari pulak jalan sepanjang deretan kedai di Chenang, nak cari baju untuk naik boat esoknya, bawak baju kemain beriya, tapi tak terfikir pulak nak bawak tracksuit dan t-shirt, barulah padan muka!

 
 
 
   

Kenapa Langkawi - Part 2

Hari Kedua ke Langkawi.

Langit masih cerah membiru, cuaca masih panas. Fuh tak tergambar dengan kata-kata panas bahangnya!. Suami adalah orang paling enjoy, ambil gambar sana sini dek cuaca yang panas tu.

Selepas sarapan,  jalan-jalan ke Padang Mat Sirat Beras Terbakar. Bawak orang tua haruslah jelajah abis sejarah-sejarahnya ye tak, kot kami pergi berdua, kirim salam, naik lori!
 


 

Sebelum sampai ke tempat beras terbakar, haruslah lalu 'tol' dahulu, beli straw hat ni satu untuk saya satu untuk mertua, sangat panas, memang kena pakai topi, bukan nak bergaya sangat, iskhhh sungguh tak tahu nak describe bahang dia macamana..

Sepanjang jalan penuh deretan kedai menjual seperti topi, cermin mata, kain batik, minyak gamat, t-shirt dna macam-macam lagi.








Takde apa pun rupanya kat sini, adalah tempat kawasan beras terbakar yang dah kena pagar. Kedai kat belakang saya tu kedai menjual batik.

Padang Mat Sirat atau juga dikenali padang beras terbakar merujuk kepada satu tempat kejadian yang dikatakan berlaku sejurus selepas Mahsuri dihukum bunuh, pada 1821, Siam telah datang menjajah Pulau Langkawi.
Dato Karma Jaya telah mengumpulkan beras di Padang Mat Sirat sebagai persediaan menghadapi perperangan, dan apabila mendapati pihaknya tidak mampu mematahkan serangan tentera-tentera Siam, Dato Karma Jaya telah memerintahkan beras-beras tersebut dibakar bagi menghalang beras tersebut dirampas oleh pihak Siam.
Baki beras terbakar itu masih boleh didapati di kawasan Padang Mat Sirat, Kampung Raha. Pada suatu masa dahulu, ramai pelancong yang mengutip beras-beras tersebut, dengan itu kawasan tersebut kini dipagar bagi menghalang baki beras terbakar yang semakin sedikit itu daripada habis dikutip para pelancong.
Beras-beras tersebut dikatakan disimpan di bawah tanah sebelum dibakar. Bagaimanapun ia dikatakan bahawa beras terbakar tersebut akan terdedah pada hari hujan.

Sumber : Sini
 






Dari Padang Mat Sirat, kami terus ke Makam Mahsuri, sekarang masuk dah kena bayar. Saya biasalah, semua pon complaint. Itu bayar, ini bayar, ntah bila nak free pon tak tahu!

Sekali kena sekolah dengan abah 'orang kita ni dah biasa sangat disogokkan dengan benda free, semuanya nak free, kalau bercuti kat luar negara pon, masuk tempat-tempat begini boleh je keluar duit dan bayar'

kahkahkah.. terus diam saya, saya tak tahu sama ada saya setuju atau pun saya penat sangat plus cuaca yang panas dan demam. Alah, sebenarnya bayaran masuk RM5 je sorang! hihihi.

Satu lagi sisi abah yang saya tak tahu, abah suka sejarah! Masuk dalam makam mahsuri tu kita boleh baca sejarah-sejarahnya, dari Pandak Maya & Mek Yah (Ibu bapa Mahsuri) sampailah Mahsuri dijatuhkan hukuman bunuh. Umum dah tahulah kan tentang sejarah Mahsuri. Abah akan berhenti satu satu stesen untuk baca tentang sejarah Mahsuri! 

 
Selepas bersesak-sesak didalam, kami keluar untuk makan, fuhh, lapar kot. Lepas makan kami singgah kat tempat pembuatan minyak gamat, malangnya, dah tak serupa macam dulu-dulu.

Depan tempat buat minyak gamat tuh ada tempat urut kaki reflexology, suami isteri buta, tapi sedapnya mak saya kata, saya? tak berani pada awalnya, tapi lusanya datang juga untung urut, hasilnya? demam urat!



Kenapa Langkawi - Part 1

Kenapa Langkawi? Sebab Langkawi ada Idaman Suri dan Haji Ismail Group.

Kali ini pergi ke Langkawi dengan mak dan abah mertua, saja bawak mereka jalan-jalan.

Penginapan kali ini kami pilih homestay, lebih murah, lebih kampung, lebih mendamaikan.. Sebenarnya tiada plan pon untuk ke Langkawi since kami dah pergi pada bulan 2 tahun yang sama, tapi dek kerana tambang tiket yang murah, 2 orang RM100 je pergi dan balik, terus je minta Nana bookedkan.

Tapi yang lepasnya untuk RM100 tu memang ngam-ngam untuk 2 orang, untuk abah dan mak kami bayar lebih sikit, tapi takpelah, bukannya selalu.

Tiba-tiba rasa macam suka pulak naik Fifefly, sebabnya dekat, tak buang masa ke KLIA atau LCCT yang jauh jugak le pada kami nih. Mula-mula nak naik, cuak juga, sedia maklum kapal terbang kecik, perghhh.. tapi alhamdulillah, steady je kat atas tu..

Kami pergi dulu, flight kami dalam pukul 10.30 pagi macam tu, sampai terus pergi ke kaunter kereta sewa, call owner homestay En Razif.















Dalam pukul 2 petang lebih kurang mak dan abah sampai, sebelum tu kami dah check in dulu, lepas ambil mak dan abah terus g makan, lepas g makan, balik rumah rest. 

Sebenarnya, masa pergi ni, demam melanda, badan rasa tak sedap, tambahan pulak cuaca yang amat panas kat Langkawi. 

Aktiviti hari pertama santai-santai je duduk rumah, malam keluar makan.