Monday, May 13, 2013

Hari yang panjang, penat juga sehari dua ni,
tidur tak berapa cukup, tapi takpe..
dah nama pun mencari rezeki,
dimana-mana pun pasti ada penat dan lelahnya :)

Masih saya ingat hari arwah mak meninggal
pagi itu saya terima panggilan telefon dari En S berkaitan kerja..

“Ana, macamana ya status delivery kat London tu?”
Jawab saya, ‘maaf En S, saya sekarang dihospital, kejap lagi boleh saya update En S?

Jawapan beliau Oooh ye, your mother.. how is she?
Ok takpe, its ok, you jaga your mother baik-baik ok, jangan risau sangat pasal delivery tuh,
biarlah dia nak sampai ke tidak, yang penting sekarang your mother..
you jangan risau-risau ok.. family first! take care Ana"

Haihh.. kelemahan saya adalah orang yang baik..
saya cukup lemah dengan orang yang ikhlas dan baik..

Dari elok-elok saya tak menangis terus saya menangis..

Sebenarnya En S tu follow up je dengan colleague saya,
konon-konon beliau cakap macam tu tak nak saya fikir hal kerja..

Tapi sebenarnya saya ingat je kerja saya, habislah saya kalau barang tu tak sampai..
Saya awal-awal dah minta tolong dengan colleague untuk follow up dengan DHL ..

Saya ingat kata-kata En S sampai sekarang,
walaupun beliau dah tidak bekerja as our Client,
saya tetap menghubungi beliau untuk bertanyakan khabar..

Terima kasih En S kerana sangat memahami,

Ceritanya simple sahaja!

Sebelum nak keluarkan perkataan
fikirlah bahasa mana yang perlu kita guna..  compatible tak?
Ibarat pantun mesti lah kena dengan dengan ritma atau rimanya.. kan?
Ibarat makan nasik lemak mestilah ngam dengan kopi o kaw! kan?

Pernah dengar cerita paku disekeping dinding?
Tiap kali marah ayah pemuda tersebut meminta anaknya memaku dinding tersebut
Dipendekkan cerita apabila beliau telah berjaya mengawal kemarahan beliau, bapa pemuda tersebut meminta beliau mencabut paku itu satu persatu..
Kesan-kesan berlubang membuatkan dinding itu tidak sama lagi seperti sebelumnya..

Macam tu lah hati kita..
Sebanyak mana pun kemarahan kita,
cubalah untuk menggunakan bahasa yang tidak akan meninggalkan kesan lubang-lubang pada dinding hati orang lain..
Kata-kata baik akan diingat sampai mati
Begitu juga kata-kata kesat, akan diingat juga sampai mati

Pilihan ada ditangan kita

Sama ada mahu orang ingat kita dengan perkara baik-baik
atau mahu orang ingat kita dengan perkara yang tidak berapa menyenangkan..

Nabi pesan sebelum kita marah
cari 70 alasan kenapa kita tidak perlu marah...

Peringatan untuk diri sendiri, jom audit diri sendiri!

Kunci kesalahan selalu ada pada diri, bukan diluar,

When you point one finger, there are three fingers pointing back to you. ... :)

 Salam Isnin, selamat memulakan kerja! :)



 

Monday, May 6, 2013

Power Bank adalah Keperluan Zaman Sekarang!




Tajuk tak nak kalah!

Dah hampir setahun benda alah ni ada dalam simpanan
Bos kasik, beli kat Indon kata beliau,
masa tu Power Bank tak meletup lagi macam sekarang

Sekarang Power Bank adalah keperluan
semua orang kena ada jika anda pakai Semat Fon

Dengan cam whore, Facebook, Instagram, Keek, Blogging
belom masuk Whatsapp yang ada 7 8 group chat, Wechat, Tango, Facetime (Apple)
tak puas chatting kat application yang disebut tadi chat pulak kat facebook chat

tambah lagi main Candy Crush, Draw Something,
belom pukol 12 tengahari bateri enfon dah merah..

Jadi perlu tak Power Bank pada anda?

Saya ni ada peel takut sebenarnya nak pakai 3rd party nih,
kot rosak enpon ke ipad ke menangis menggogoi pon tidak berguna lagi..

Itu juga salah satu sebab kenapa barang nih tersimpan dalam kotak begitu lama
Jadinya haritu enfon saya telah menggunakan beliau
tapi tapi tapi USB dia tetap saya guna apple punya,
takut beno nak guna usb power bank tersebot
guna kotak dia jah.. hihihi
Masa ni ada course dekat Petronas Leadership Centre (PLC) Bangi
Nak merekod orang 'bercakaran' lagi.. hahahaha
Banyak-banyak course, course nih paling best sekali attend!
Baru ada akai.. hihihi


Wednesday, April 24, 2013

Rindu - Jom Facetime


 


 Rindu!

 Ambil masa 3 4 minit sehari untuk berfacetime!

Sebok betol orang kat belakang tuh, kemain nak menempel jugak, dia lagi banyak borak dari kita!

hahahahah!




 

Wednesday, April 17, 2013

2 Minggu

Saya suka sangat packing baju
lagi lagi kalau nak pergi bercuti..

siap asingkan hari ni pakai baju ini shawl yang ini
esok skirt yang ini tudung yang ini..

tapi...
packing baju untuk suami kerana tuntutan kerja
perasaan itu lain sekali..
 
arghhhh 2 minggu!!

 



Tuesday, April 16, 2013

Air memang tak boleh dicincang!

Kita ni adik,
adik buat lah cara adik :)

nak berkasar bahasa pon pandanglah kiri kanan..
kasihan abang atau kakak kita kan..

kita nak hidup juga ke dengan kisah semalam?
kalau cakap loser mau kamu orang tersentap!

tapi itulah hakikatnya
tak perlu toleh cerita yang tertinggal dibelakang..

kita adalah kita hari ini,
kita bukanlah hari semalam...

andai ada yang tersilap dimana-mana
maafkan sajalah..

EGO boleh ditukar jadi emas?
syabas lah kalau kamu berjaya!

adik beradik ibarat air yang dicincang tak kan putus,
setakat salah sikit sikit tu pejamkan sajalah mata kamu sebelah
tak payah nak beriya herdik menengking gaya orang hilang akal

saya.. amat kecewa..
hilang rasa malu, hilang rasa hormat..

belajarlah untuk menjadi dewasa..
belajarlah untuk bersikap rasional..
belajarlah untuk bersikap saling menghormati..

masih belum terlambat..
tak perlu sombong

Allah marah.. :)


*Sikap saling bermaafan dan menghormati amat penting pada saya, semuanya bermula dari rumah :)