Wednesday, January 7, 2015

1st Trimester

Assalammualaikum 
 
Terima kasih diatas segala ucapan. Mana yang dok wish kat facebook semua, tapi maaflah Shiemz aku delete post ko. Ampun cheq na!! kikiki

Ramai tanya kakak, takde morning sickness ke?

Alhamdulillah 1st trimester kakak, berjalan amat lancar sekali. Kakak dapat tau berita pon dah lambat, dalam 7 minggu. Cuma kakak tak boleh biarkan perot kakak kosong. Kakak akan rasa loya, mual dan nak montah. Jadi kakak makan jah.

Jadual pemakanan kakak sejak kakak tahu kakak pregnant:

Bangun pagi tanpa gosok gigi tu teros minum air kosong satu gelas (gelas kakak 350 ml)
Lepas kakak mandi dan buat apa yang patut, kakak bancuh susu. Oleh kerana balance susu anlene kakak ada lagi kakak teruskan je minum anlene. Kakak bukannya ikut aturan punya orang, bila dah masuk 2 3 minggu kakak minum benda yang sama kakak rasa jemu pulak. Jadi kakak buat la susu kurma, blend kan kurma dan susu, letak dalam petiais minom sejuk.

Sampai office, kakak akan makan buah, sebiji kiwi, atau semangkok anggur atau sebijik epal. Lepas tu kakak akan makan 2 keping roti wholemeal Gardenia sapu peanut butter. Nanti pukul 9 budak-budak ni masuk office kakak akan pau diaorang sesuap dua nasik. 

Dalam pukul 10 ke 11 pagi tu kakak dah start mual-mual, jadi kakak makan kudap kakak macam biskut Jacob, kurma, kismis, buah delima dan almond.

Tengah hari kakak makan nasik, kakak ambil sayur 2 hidangan dengan ikan selalunya. Petang-petang selalu pon kakak akan makan kurma dan kismis atau buah-buah yang ada dalam stok akak haritu. Malam juga kakak perlu makan, sebab esoknya kakak akan kesengsaraan menahan mual kalau kakak tak makan waktu malam. 





Begitulah rutin kakak setakat nak menyampaikan 2nd trimester. Bila kakak rasa ailio kakak penuh kat mulot, kakak akan lari kat bawah berborak dengan kawan-kawan office kat bawah, kakak tak boleh duduk dendiam meratap nasib ke apa, yang kakak tau cara kakak melawan perasaan macamtu lah, mulot pot pet pot pet. kihkihkih.

Cuma yang buat kakak nak nangeh bila terbau minyak wangi kawan office kakak, suami kakak dan bos kakak. Tapi bos kakak baik sangat, kakak takde le cakap kat beliau yang perfume beliau busuk, cuma bila kakak ada discussion dengan beliau kakak tutup2 hidung kakak. Dia tau kot, jadi esoknya sampai harini dia tak pakai dah perfume tu. 

Tapi alhamdulillah ke hadrat allah, kakak memang sentiasa berdoa supaya dipermudahkan, kakak kalau boleh kakak tak nak kena morning sickness ke, night sickness ke dan bebukan, sebab kakak kalau sakit kakak akan sedih, kakak akan terus teringat kat arwah mak kakak. Jadi kakak taknak tu semua, sungguh-sungguh kakak mintak dengan allah untuk permudahkan segalanya. Alhamdulillah syukur ya allah.

2nd trimester pula, lain peelnya.


 

Tuesday, January 6, 2015

Reaksi Pertama Kali

 Assalammualaikum 

15 November 2014 



 Pertama tamanya, period memang ada masalah, tak heavy flow, keluarnya sikit-sikit. Bila dah masuk 2 bulan macamtu, hati ini terdetik juga, eh ada apa masalah? nak monopose ke aku ni?. Serious okeh, itu adalah gambaran pertama yang keluar dari fikiran kakak.

Tapi kakak meneruskan kehidupan kakak seperti biasa, sampailah kakak beli perfume dari Arab kata budak office kakak. Perghh wangi lain macam bau dia, so kakak belikan satu untuk kakak, satu untuk suami kakak, dan minyak wangi ala2 atar satu untuk abah mertua kakak. Pakailah kakak perfume tersebut cukup untuk 2 hari dan kakak terasa busuk menyengat sampai nak montah. Ini serious.! Kakak dah pelik, bila turun bawah pon, kakak tak boleh bau perfume yang dipakai oleh kawan office akak tadi, suami kakak pon kakak suruh berhenti pakai, kakak rasa nak nangis sebab nak montah. Kakak rasa ridiculous sangat perasaan kakak yang satu ni. 

Untuk pengetahuan, kakak memang ada spare pregnancy test dirumah. Jadi 15 Nov tu selepas kakak berjimba ria dengan kawan kakak seharian suntuk sebab suami kakak kerja, balik rumah kakak sambar pregnancy test kakak dan kakak cuba. Kakak biar situ dan kakak pergi sembahyang Magrib.  Lepas Magrib tak sempat ngaji tak sempat apa, kakak cabut segala telekong terkocoh-koconh kakak ke bilik air sebab nak terkencen. Kakak memang ada perasan yang kakak tak boleh tahan kencen masatu. Terus kakak tengok pregnancy test tadi. Benda digital, jadi kakak nampak 'not pregnant'. Kakak pon ok la, tapi kakak perasaan 3+, kakak macam eh apa ni? Tengok betul-betul, macam yang tertera kat gambar atas tu lah. Kakak menjerit, suami kakak kocoh-kocoh mendapatkan kakak. Lantas kakak tunjukkan benda tu kat beliau. 

Reaksi kami?

Masuk bilik baring atas katil tangan atas dahi. Dalam 15 minit ada kot. krik krik krik senyap sunyi.

Kakak bangun!

Kakak perlu bagitau kawan-kawan kakak. Lantas kakak bagitau Yan, Syerah, Sebi dan Eryn. Syerah call kakak sambil menangis menggogoi-gogoi. Terkejot kakak okeh! Kot kena deraan fizikal ke kan. Rupanya happy. Tapi kakak tak berapa rasa happy lagi ni sebab tak pasti.

Esoknya hari Ahad Bos kakak ajak datang office gotong royong buat bubur asyura. Kakak tolong hiris-hiris bawang dan carik-carikkan daging jah, pukul 12 jah kakak cabot nak pergi Klinik. Kakak pergi klinik Idzham je kat Melawati. Yang ada pula cuma dokter lelaki, alahai.. Tapi dia tak check pon, dia kata Clear Blue ni is 90% accurate, you pregnant ni, kalau you tak percaya jom kita test lagi sekali. So check le kakak lagi sekali. Confirmed! Double line. Takde ubat ke vitamin ke, takda scanning ke apa, sebab dokter lelaki, dia pon tak buat. jadi dia suruh datang balik next weeeknya untuk jumpa dengan Dr Siti.

Kakak dapat juga berjumpa dengan Dokter Siti yang kakak rasa kena belajar senyum, motherly dan lain-lain sifat yang menyenangkan. Maaf, kakak dah biasa dengan Klinik Idzham dekat Taman Kosas Ampang since kakak kecik. Semua dokter2 kat sana sangat baik. Bukan kakak kata Dokter Siti tak baik, baik je, cuma dia takde sifat2 yang kakak sebutkan tadi. Dia ajak kakak buat scan, ntah apa dia cakap pon kakak tak tau suara tak dengar atau kakak yang tuli. Tapi bila dia kata ini your baby heart beat kakak terus menangis kat situ. Serious kakak sebak. 

Lepas tu terus duduk balik no further explanation, tanya soalan pon jawapan tak menggembirakan, Dokter, this is my first baby after the long 8 years okeh! tapi cuma mampu cakap dalam hati je la. Lepas tu ambil vitamin, dia bagi folic asic dan obimin. Kaunter ubat pon, alahai.. Tolong pegi tengok Klinik Idzham kat Kosas macamana, ramah tamah semuanya. Maaflah, memang takmau datang yang kat Melawati tu dah! 


Rutin baru. Dah habis pon.



Monday, January 5, 2015

Alhamdulillah.. Setelah Lapan Tahun

Assalammualaikum
Syukur ke hadrat Allah. 

  


Setelah 8 tahun.. 
Tak ramai pon orang yang kakak bagitau. 
Kakak mulanya taknak heboh-heboh. 
Tapi kakak gedik nak tulis journey pregnancy kakak, jadi kakak decide la nak tulis. 

Untuk rujukan esok2 juga, senang. 
Lagipon kakak tahu takde sape nak baca blog kakak. 
So takkan ada orang tau punya.
Bukannya kakak taknak bagitau seantero dunia, mau tak exited, L.A.P.A.N tahun okeh! 
Tapi kakak allergy lah dengan “pakar”.

Pakar tu - ko le pakar O&G, ko la bidan, ko la nurse, ko la bomoh kampung, ko lah pakar ekonomi dan lain-lain, pendek kata ko pakar semua lah! Gitiew!

 

Thursday, December 18, 2014

Amboi Kak Nina, kemain perli saya. Saya sibuk macam nak montah kekdahnya kak. Miahahaha 

Okeh in character semula. 

Kakak pernah pergi kelas roti dengan 2 orang BFF kakak. 

Ntah zaman bila pergi ni pun tidak pula kakak ingat, tapi dalam tahun2 ni juga. Kakak ni nak kata minat memasak tidaklah juga, nak kata tidak minat pon, tidaklah juga. Bila BFF kakak yang dua orang tadi ajak berpelerasan ke kelas roti, kakak tiada bantahan. Kakak ok je. 

Kawan kakak Yan ditugaskan untuk mencari kelas, pembayaran dan lain2. Mula2 dia ada bertanya disatu tempat ni (nama dirahsiakan) tapi sampai kesudah tiada jawapan, mungkin beliau sibuk dengan urusan beliau. Jadi kakak memberi cadangan Class Roti bersama Zalina Yahaya - Bzee Bakery kat Seremban sana. Semua nampaknya bersetuju dengan cadangan kakak. Kakak juga cadangkan supaya kita pilih Class Healthy Bread, tapi dibangkang 200% oleh rakan2 kakak tadi. Cis! Kakak bukan apa, suami kakak tu gaya hidup sihat, kawan sorang tu nak kurus, kakak pun nak kurus juga, jadi kakak berniat baik. Oleh kerana dibangkang, jadi kami memilih kelas roti biasa sahaja. 

Kak Zalina ni garang okeh! Mampos kakak terkejut juga dijerokahi beliau. Tapi kakak redha lah, sebab dia kan mengajar, dia bukan orangnya, ahh lantak ko, ko dah bayar, nak belajau, belajau, tak nak sudah! Takde ye, jangan nak harap sangat, ko dah bayar untuk belajar, sila buat sungguh2! Gitiew!

Overall kakak berpuas hatilah dengan kelas ni, roti sedap nak arwah, lembut. Sempat kakak bekalkan roti untuk suami kakak dan bawak selebihnya ke office untuk sarapan pada esok paginya.










Monday, October 20, 2014

Kakak dah ada lesen, kamu bila lagi?

Kakak dah ada lesen!

Serious kakak benarnya tak sungguh-sungguh pon nak ambil lesen ni. Tu sebab makan masa hampir setahun baru nak siap lesen kakak.

Kakak tak banyak masa pon masa nak test itu hari. Panjang akal kakak bagi alasan kat cikgu kakak. Suami kakak pula dah mula bising-bising. Jadi kakak redah dan redha je lah.

Kakak all out belajar dari hari Sabtu 2 jam, Ahad pagi petang, Isnin 2 jam, Selasa 2 jam dan Rabu 2 jam. Masa ni kaki kakak yang terpeleot masih sakit lagi.

Khamis kakak dah nak test! Fuh, rasa nak cherry berry semua ada. Kakak memang ada masalah lupa ingatan bab jalan, walaupon kakak confident sebot nama tempat dan nama jalan tapi tetap tak cerdik sebab jauh menyimpang tempat kakak sebut. Jadi bila kakak mengutarakan kebimbangan kakak pada kawan-kawan Perak kakak, maka keluarlah macam-macam cadangan bernas, contohnya mereka ingin pacak tiang yang orang kawen selalu pacak tu sambil letak bunga manggar. Cis!

Kakak melangkah dengan tak berapa yakin hari Khamis tu. Kakak pakai baju blouse biru cotton yang diberi oleh kakak ipar kakak. Tiba masa kakak untuk ditest jalan raya. Kakak dapat pegawai wanita. Bagi salam, tapi tiada respon, mungkin dia jawab dalam hati. Dah check side mirror, signal dan lain-lain tiba yang terakhir kakak nak pakai seat belt, kepala seat belt tu hilang, kakak dah mula cuak. Rupa-rupanya masa kakak tutup pintu kakak tak periksa, tertinggal diluar. Mesti pegawai tu dah mula rasa jengkel dengan kakak.

Bermulalah pengembaraan dijalan raya kakak bersama akak pegawai JPJ. Kakak tukar gear tak pandang depan, kakak pandang gear, lantas kakak kena jerokah dengan akak pegawai. Mujor kakak dah biasa kena jerokah, jadi kakak tak berapa heran la dengan jerokahan beliau tu, kakak macam rasa nak cakap, cuba lagi akak! Next! 

Azab kubur betul sepanjang pengembaraan kakak tu, dia jerokah kakak lagi, "kau ni, keras kejong bawak kereta!!! Eeeeyyyy!! Tapi kakak dah biasa buat muka takde perasaan, atau pun memang muka kakak macam nak tikam orang, ntahlah.

Bila kakak dapat result, Alhamdulillah syukur kakak berjaya. Terima kasih ya kakak pegawai JPJ, jangan suka jerokah orang kak, tak elok, kesian kat diaorang, boleh terkejut kak kalau tak biasa. Apalah salahnya cakap lembut-lembut, berbudi bahasa kan. Takpelah harap2 esok, dah tak dengar dah orang complaint pasal JPJ lagi.

Lepas tu kakak terus ke tempat test bukit. Masa naik bukit tu, kakak rasa kakak dah gagal! Ye lah kakak dah lebih garisan kuning, tapi abang pegawai kata "Rohana, lagi sekali, lagi sekali, turun, turun!". Alhamdulillah syukur kakak lulus juga. 

Settle bukit kakak terus ke parking, kakak-kakak pegawai dua orang yang jaga parking dan 3 penjuru tu dah la lawa, cakap sopan-sopan, lemah lembut. Kakak suka sangat. Jadi setelah berhempas pulas memulas steering, lepas 3 penjuru je, kakak bangga jugalah dengan diri kakak! yeayyyy! Hilang rasa lenguh tangan dan sakit kaki. Syukur alhamdulillah.