Sunday, July 31, 2011

Hari ini Hari Dia.. Hari Esok Kita Bagaimana Pula..

Salam semua, hari ini genap 2 minggu arwah mak meninggalkan kami. Tadi dapat panggilan dari cucu jiran mak (arwah dah juga makcik tu) Oshin nama dia, dia tanya Pah sihat? ehh aku macam.. Pah dah meninggal la Oshin.. adoi laaa.. intan payung mak aku jugak masa kecik-kecik tuh, Dila tak wujud lagi.. haihh..

Ok habis cerita disitu, ini cerita lain, aku baru dapat baca semua cerita ni petang semalam, selama ni sangat busy tak sempat sangat nak baca blog kawan-kawan, kepada yang maklum, Hospital dah jadi rumah pertama aku dah.. Okeh meh masuk sini kalau nak cerita selanjutnya di Blog Moon

Aku paham sangat berada disituasi ini, berat, sangat berat, family members semua stress, penat, tak tahu apa nak buat, arghh macam-macam.. Aku tiada wang melimpah ruah nak menolong Norma, tapi aku harap dengan bantuan sekecil ini moga dapat meringankan beban Norma dan keluarganya.. arghh susahlah nak cakap, susah nak terangkan, hanya orang yang mengalami saja yang tahu kepayahan ini.. Bukan la kata susah jaga pesakit, tidak sama sekali!!! Tapi ntahlah.. aku faham sangat..

Jika ada siapa-siapa yang sudi menghulurkan bantuan boleh lah berbuat demikian di

01070068677528 CIMB
Noormawati Mohd Rasif

Semoga usaha kecil kita ini diberkati Allah SWT, dan saya berharap sangat-sangat semoga Norma lekas sembuh.. kuasa Allah, kita tak tahu, rahsia Allah pon kita tak tahu..


Friday, July 29, 2011

Yan kata Ini Birthday Threat!

Kelmarin ambil coti keluar melapangkan dada dengan Yan.. Yan kata Birthday Treat.. aicehh.. santai sangat semalam, memang takde plan nak kemana, cuma jalan-jalan, awalnya nak ke Delicious end up ke Ben's KLCC, aku terpengaruh dengan gambar Red Velvet Cake & Pavlova Mulan di Facebook tempoh hari.. kekeeke

Seawal 9 pagi Yan amik aku dirumah, terus ke rumah kawan dia sekejap, alah kawasan-kawasan tu juga, lepas tu Yan paksa aku pergi kedai Kelantan kat area office aku, dia terpengaruh dengan laksam yang aku post di Facebook tempoh hari.. cehh..

Sampai kedai Yan order Laksam, aku pon order juga, Yan minta lagi 1 roti canai, dah lama carik roti canai melayu katanya.. siap makan teros ke KLCC, sampai KLCC tak tau nak buat apa, tak cadang pon nak shopping, aku bukannya minat sangat shopping-shopping nih *giler poyo* hahaha.. takdelah sunggoh nih, aku tak bape minat sangat, sebab aku penah je tak shopping berbulan-bulan, ok je, takde termimpi-mimpi, cuma kalau ada peluang kat kedai tuh dah sampai, tengok pulak berkenan, memang aku borong je, kalau ada 5 kaler, 5 kaler aku beli.. senang! Malas aku nak mikir-mikir kasut tu in kasut ni out, baju ni in baju ni outdated, malas mak!! yang penting selesa.. okeh ke laot dah.. kekeke

Pastu teros tengok-tengok, cadangnya nak beli perfume, sebab perfume tinggal setengah, tapi tak singgah pulak kedai perfume, aku ok jugak takde perfume, sebab dah pakai deodorant nih, waterlily Marks & Spencer, sekali aku rembat 2 botol, kat umah ade lagi sebotol, senang, mendealah nih mengada, selalu jah takde stok!!.

Pastu pegi kedai hidung (Nose) kekeke, ingat kot kasot aku hat 3 kaler tuh ade lagi tambah kaler lain, hagham ade, nyampah!!. Tambah le merah, pepel, oren, kunen, ijo ke kan.. Aku sambar clutch je 2 bijik, pastu Yan teros ajak makan, kemain le berator orang kat luor Ben tuh, kalau dedulu sampai kena beratur-ratur nih Chilis jah, malas nak berator aku ajak Yan ke Kinokuniya, teros terjah kat tempat Novel, aku memang tak mahu beli, sebab hari tu baru je beli 4 biji novel, last-last sangkot juga, nak menanges pegang 4 biji buku, hahaha.. masalah aku nih, kalau xbeli kang malam mula termimpi-mimpi.. tak suka le!. Lepas dah bayar teros g makan..

Makanan kat sini ok la, sedap juga..





Masa mula-mula sampai dok kelebek benda alah nih, seronok juga, ingat nak snap lagi banyak-banyak, tapi ralit berborak sama Yan, kang dia tak nak kawan aku.. ekekeke.. Dua-dua orang order air panas, honey lemon tea, aku kang kot order ais mau kenyang air jah.. Tuh benda ke panggil biscottti ke erk?. Ntah malas aku nak google, biskut le gamaknye ek.. kekeke.. adeihh nampak beno tak reti bab-bab masak..


Hah nih appetizer kitaorang, Ben's House Salad kot nama dia, si Yan tak senonoh, kecah-kecah dulu sebelom aku amik gambo, ekekeke.. nih pon amik gambo segan-segan, aku bukannya reti sangat nak amik-amik gambo bagai nih, tapi tiap kali p memana aku akan usahakan juga amik gambar, tak tau kenapa, aku suka, nanti nak tengok-tengok balik, nak kecor-kecor air lior senang, hatta Murtabak sedap kat paso malam opis aku pon aku amik gambar.. kekekek.. Sedap benda alah nih.. sehat beno rasanya, ada lettuce, kobis ungu tuh, avocado, capsicum, timun, apa ke benda bijik bijik tuh bijan ek? hahaha.. bijik koci pon ade, aku tak tau le apa nama, tapi aku panggey biji koci jah.. koci bunga kulit putih isi ijo tuh, tahu tak?

Hahhh, ini makanan aku, Lasagna, aku nih hajat hati nak order Nasik Ulam Solok Lada, eeiii, ate satg nak makan dessert banyak-banyak katanya, terpaksa la aku order benda-benda gaya lite lite gini, tu pon kenyang nak mati dah, masa sampai kemain aku tamak gaya tak cukop.. kekeke.. Yan punya gambor aku sempat amik, tak kesiyor aku dia tuh, dah makan awal-awal.. kekeke.. Kalau tak silap Yan makan Olio Pasta, masing-masing makan simple jah, nak melantok benda lain kan, mau muntah beluwek sat lagi..

Ini Red Velvet cake dia.. aku tak tau sama ada aku dah kenyang, tapi pada aku tak berapa mari sangat, aku syak aku dah kenyang.. ekekeke.. share berdua dengan Yan, Yan yang order benonya.. yang kat bawah ni pon Yan yang order, biasa-biasa juga, ntah apa ke nama aku pon tak tau..


Haaaa, yang bawah ni amacam, seksi tak dia?... ni pon aku lupa nama dia, tapi ice cream la, boleh la, ice cream kan sama jah rasa.. Ni aku order, patotnya aku nak order Pavlova, tapiiiiiiiiii.. huwaaaaaaaaaaaaaa.. habisss.. cis!!. Budak amik order tuh suggest aku amik bendalah nih..

Lepas dah siap makan, kitaorang teros ke Great Eastern Mall, Yan kata kita try kat Alexis mana tau kot ada lagi Pavlovanya, kemain la tak padan dah kenyang masing-masing.. Lagipon buleh singgah Aussino.. G lepak Alexis sat order Pavlova 2 ketol, Yan order air Honey Lemon Tea lagi aku order Ginger & Lemongrass Tea, hah ko, kemain jaga kesihatan order air, tak teringat lemak-lemak dah sedia menari.. kekeke..

Lepas dah siap makan, teros ke Aussino carik apa-apa yang patot, dapat le sambor bedsheet morah sebijik, untuk anak buah sebijik.. Pastu terus Yan hantar aku ke jalan pulang yang diredhai Allah S.W.T.... kekeke..

Yan terima kasih banyak-banyak.. you really make my day, i love so much, aku dah anggap kamu sedara sedagen aku walau dagen aku lebih berisi dari kamu..

Friday, July 22, 2011

Hari ini Hari Jumaat



Scarf |Kedai di Sungai Wang
Bag | Rina Salleh
Pants | The Poplook - Jesse Pallazo Pants - Black
Tunic | from Jakarta




Thursday, July 21, 2011

Ipoh Part 4

Esoknya pagi-pagi ikot suami ke Stadium Ipoh, Minggu Saham, yang ke berapa ntah 15 kot ek.. tak ingat aku.. Seronok jugak tengok event orang sekali sekala, macam-macam aktiviti, masa hari Ahad aku pergi nih, aktiviti bebudak bersama A.L.O.N.G, ANGAH dan ACHIK, UPIN & IPIN pon ade juga, bebudak sekolah nih masuk pertandingan mewarna, perghhh penoh stadium.. tapi benarnya seronok juga..

Lepas dah jenjalan tuh, masuk kat dalam pulak, aku tak sanggup betoi ler, sunggoh, orang berhimpit-himpit, aku tak dapat tengok apa-apa pon, terlampau ramai sangat-sangat orang.. Dalam dok berhimpit himpitan itu aku terserempak sama Kok Syam dan isteri Kok Shima dan anak bujangnya yang hensem Razin.. hahaha.. tak sangka rezeki aku jumpa Kok Syam jugak-jugak.. borak-borak sekejap terus menghala jalan masing-masing..

Aku lepak sat kat dalam tuh sementara tunggu Cik Lelabah buat kerja, pas pada tuh terus dia hantar aku ke hotel untuk lepak-lepak sat sementara tunggu malam..

Malam dalam pukul 8 lebih macam tuh, Mior pon datang ambil aku kat hotel, terus lah aku balik ke KL dengan menumpang Mior rakan sekerja Cik Lelabah, Cik Lelabah belom balik lagi, masih diIpoh meneruskan kerja..





Terima kasih Mior sudi menompangkan akak balik dan hantar akak sampai ke rumah.. kekeke.. Itu sahaja aktiviti saya di Ipoh tempoh hari, sebenarnya ramai juga terkejot ya lah buleh sampai ke Ipoh sorang-sorang, family sendiri pon terkejot juga.. hahaha.. tak sangka kan.. kadang-kadang kita fikir kita tak buleh buat, tapi buleh je sebenarnya..

Eh aku frust la tak dapat amik gambar sama A.L.O.N.G kucing bijak tuh, takpelah next time, dapat laga pipi sama ACHIK dan ANGAH jah..





Dia Sudah Tiada Part 4

Salam semua..

Pagi tadi mandi tetiba teringat pulak, sebelum mak menghembuskan nafas terakhir, ada juga sahabat-sahabat saya yang baik hati gigih mensyorkan beberapa perubatan alternatif. Syerah kawan saya dari Kuwait kebetulan pulang ke Malaysia untuk menyelesaikan hal anak dara beliau yang cantik manis Lana dan beberapa perkara lain. Kerap juga bersms dengan beliau, dan pada satu malam beliau telah memberi nama dan no telefon Dr Aziz yang menjalan perubatan Homeopathy. Dr Aziz nak medical report mak, so malam tu ada sorang Dokter oncall panggil aku jauh dari katil mak, dia tanya apakah aku tahu tentang penyakit mak bla bla bla, aku cakap ya aku tahu, aku tanya dia sekali tentang perubatan Homeopathy, dia terus tak setuju 100%, dia cakap bukan membaikkan, tapi lagi teruk, sebab ayah dia penah cuba, kata beliau..

ceh.. aku tak paham betul Hospital nih, sakit mak aku dikatakan punca makan ubat darah tinggi, sebab ubat tu tak bagus, mak kakak ipar aku pon diaorang kata sakit sebab punca makan ubat darah tinggi juga, tak bagus ubat yang dimakan tu, apaaa daaa.. ubat orang semua tak bagus.. gilo!!

Okeh Syerah kata takpe, Dr Aziz tuh suruh je sesiapa pergi yang tahu buleh bercakap tentang sakit mak, aku pergi gak la hari sabtu tu, Dr Aziz nih dulu memang Dokter Cancer, lepas aku ceritakan semua pada dia, dia bagi aku sebahagia ubat, ibu kenser, dan 2 botol lagi tuh aku tak berapa ingat dah, sebotol lagi tonic, tapi bila aku sampai hospital, keadaan mak tak mengizinkan aku nak kasi dia obat tuh, sebabnya hari-hari diaorang akan ambil darah, aku takottt.. kekeke.. pastu memang mak dah tak berdaya.. tak bercakap pon..

AJ juga ada kasik link pada aku untuk ubat mencegah kenser, aku baca link tuh, tonik yang Dokter Aziz bagi tu memang tu bendanya.. macam sama..

Yan juga ada bawakkan air dari Darul Shifa', singgah dioffice tempoh hari untuk kasik air tuh, buat jugalah kat mak..

Buyel kawan dari Kelantan juga ada bawak sejenis ubat untuk mak, ini pon aku tak sempat buat, sebabnya masa tu mak tak sedar, bila dah sedar dah pergi pula..

Aku berterima kasih mempunyai sahabat-sahabat yang tak kira susah senang bersama aku.. terima kasih sahabat semua..

** Aku ada niat nak kasik ubat kenser tuh pada orang, tapi sampai sekarang aku tak call lagi Dokter Aziz tu, aku takut dia marah aku sebab tak kasik mak ubat tuh.. *buleh samseng (panggilan suami kepada aku.. ceh!) seperti aku takot nak call dokter?* kahkahkah..