Wednesday, August 24, 2011

Saya Takde Baju Raya




Raya tahun lepas.. kekeke.. baju pun bukan baju raya, baju lama.. haihh.. apa masalah aku pon tak tau, dulu masa kecik-kecik aku dah biasa jahit baju dengan sorang makcik nih, makcik nih jahit baju kurung biasa je, tapi jenis jahit tangan okeh.. ko mampo?. Aku rasa selesa sangat-sangat sampai ler dah lepas sekolah, makcik tak amik tempahan dah.. huwaaaaaa..

Bermula dari situ ler, aku jadi tak tentu arah bila raya, beli beli memang tak best, tapi beli le gak, tempah pon tak best jua, haihh.. pastu sekarang nih aku rasa masalahnya memang punca dari aku kot, kemain salahkan tukang jahit, tapikan adik bos aku Aida kata akak nih Loyal Branding, kalau stick satu tuh tuuuu je..

Aku ada berpasang-pasang kain cotton yang tak berjahit lagi, aku tak tau nak jahit kat sape, kat mana, ada 1 kedai cina kat Ampang nih, aku soh buat baju aku longgar-longgar, kemain kabo tak lawa, nak gak ikot-ikot body, hoiiii!!! gaya badan aku tuh badan dia, aku tak suka le gitu..

Tahun nih pon takde jugak baju raya, suami suruh carik le jugak, malas le aku, feel tak mari, besederhana jah.. Lagipon memang tiap-tiap tahun aku macam nih, jadiknya tak le rasa sangat.. Takpelah makan masa kan nak sesuaikan dengan suasana baru, raya tanpa mak disisi.. tahun pertama lah nih..

Tahun ni tak dapat duit raya le aku dari mak macam selalu, gile nak mampos, aku kasik ke dia dia kasik ke aku balik mak aku tuh.. hahaha.. seperti biasa alasan dia, duit pencen abah kamu, kena kongsi-kongsi dengan anak cucu.. alahai.. aku harap sangat aku dapat jadi macam mak, tak mau kedekut-kedekut, bukan apa aku payah sikit, penyakit ganjil aku, sekali orang kedekut dengan aku, sampai ke sudah aku ingat, lalu aku pon aku berkira-kira dengan ko tak kira engkau tua atau muda.. buruk ek?. Haihh.. akan cuba berlaku baik dimasa-masa akan datang.. Aku nak waktu aku pergi nanti senang je macam mak, everything is going very smooth..

Aku tau ada diantara kawan-kawan yang baju raya berpasang-pasang, kuih bertingkat-tingkat, langsir raya, kusyen raya, bla bla bla takpe hari raya memang hari untuk bergembira, aku doakan korang semua happy ok..


Terima kasih



Terima kasih kerana menjadi sangat memahami.. Walaupon beliau lelaki tapi hakikatnya aku suka panggil dia "ahkak" okeh.. hahaha.. *mampos tak dapat duit raya*

Tak semua kawan-kawan kita suka kita luah perasaan, kadang-kadang ade pulak yang simbah api dikala hati sedang hot.. macam-macam perangai orang nih kadang-kadang..

Tapi pada 4 orang nih *anda tahu anda siapa* saya sayang anda kuat-kuat, walaupon selalu buat lawak, walaupon kadang-kadang nasihat kome agak kelaut juga akhirnya, namun aku enjoy!! hahaha.. terima kasih kome..

Yang lelain tuh aku sayang kome jua.. korang tau le korang sape..


Monday, August 22, 2011

HDR Class - Belajar sambil Beramal



Salam semua, dah nak habis Ramadhan dah kita, macam mana persiapan semua?. Aku tahun ni takde apa-apa persiapan, baru kehilangan orang tersayang.. tapi takpe, hidup mesti diteruskan..

Hari tu masa buka puasa diluar, baru dapat burak panjang-panjang sama suami, tanya dia serba sedikit ingat tak Moon?, dia kata ingat.. saya tanya dia tau tak cerita pasal biras dia?, dia kata tau, ada tengok video yang saya postkan di Facebook tempohari. Saya cakap dengan suami, buleh tak kita tolong dia?, cumanya saya tak tahu macamana nak tolong, nak kasik duit berapa sangatlah kita buleh beri, so suami come out with an excellent idea, iaitu membuka bengkel HDR Class bagi siapa-siapa yang ingin belajar, murah saja cuma RM100, kenapa murah? sebabnya kita belajar sambil beramal.. Tenaga Pengajar juga tidak akan mengambil apa-apa, semuanya akan diserahkan kepada family Norma atau Moon.

Harapan saya semoga usaha kecil ini diredhai oleh Allah SWT. Hari ini hari dia, hari esok kita tak siapa yang tahu..

Kepada yang berminat sila hubungi :

Red Tarantula/Ujang : 0163610301 | Mat Padin : 0123788515

klik sini untuk maklumat lebih lanjut.

Ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada kawan-kawan suami yang sentiasa memberi sokongan berlipat ganda.. Allah SWT sahaja yang dapat membalas budi baik kalian, moga Allah merahmati kalian didunia mahupun diakhirta kelak..




Friday, August 19, 2011

Dia Sudah Tiada Part 6

Di suatu masa dahulu dirumah lama *anak buah pon masa ni baru ada 2 orang jah*

Turun tangga dari bilik nampak anak buah sedang bersantai diatas kerusi depan TV lalu maksu dia yakni aku dengan tanpa bersalahnya "eyy bangun, Raja belom mangkat!"

anak buah : "alaaa maksu nih.."

maksu : eh takde takde, bangun!!

Sayup sayup dengor suara mak aku dari dapor..

"Dilaaa, bangun la, mengalah, dia tuh budak kecik"

*dia tu merujuk kepada aku la* Padan muka aku kene selepek.. hahahahah

Kalau arwah abah aku pulak dia akan cakap "adik ni dengan anak buah pon tak buleh nak beralah"

alaaa, aku bukan le kejam, suka menyakat kot, ntah.. hahahaha..

Walaupon Maksu korang nih ditaktor sedikit, tapi korang taukan betapa sayangnya maksu pada korang.. kekekeke



Thursday, August 11, 2011

Saya Sayang Dia


Hari ini genap 5 tahun, saya sayang dia, dia jiwa saya, terima kasih kerana menerima diri ini seadanya..

Dah hampir 5 tahun juga waktu kerja tak berapa menentu, balik pukul 2 3 pagi, hampir subuh pun pernah, tak balik langsung pun pernah, tapi dia tidak pernah mengeluh, hari itu waktu mak sakit, dialah juga yang sanggup hantar, ambil, menunggu dengan sabar.. juga tidak pernah mengeluh..

Terima kasih banyak sajalah ungkapan paling besar, nak kasik "buah apple yang dah digigit" dah ada, hahaha..

*balik nih macam nak racik bunga rampailah, ahhh teringat betul bau bunga rampai waktu nikah dulu.. segar sunggoh*