Thursday, May 23, 2013

Bila suami ke Myanmar



Pergi Minggu Saham adalah nak dekat 2 minggu, lepas seminggu balik pergi ke Myanmar pulak Photo Tour katanya, kemain merayu sebab dah takda gambar, amboih.. 

Budak-budak kat office pon kemain fully support, 'kalau Abang Faizal nak pergi mana-mana kak, its ok, kami boleh je temankan akak!"

Saya... camna ke nak cakap.. takde masalah so far, hobi dia kan.. 

Sebenarnya bila ke negara yang macam itu, saya ada sedikit gusar, risau.. bohong lah tak risau kan, bayangkan kali terakhir saya jumpa beliau hari Selasa pukul 330 pagi, kali terakhir dia telefon saya pukul 530 pagi, lepas tu langsung tak dengar khabar berita sampailah pukul 1200 tengahari esoknya, perghhh tak boleh tidur okeh!

Dalam whatsapp group family (belah mertua) adik ipar dah tanya ada berita ke abangnya, mak dan abah dah risau, of course lah kan.. Haroslah kita ni pura-pura acting tabah dan gagah persis Badang walhal hati libang libu, tetapi terhambur jugalah sepotong dua ayat risau tuh, hihihi..

Anak bongsu tetap anak bongsu, sampai bila-bila saya tak boleh menjadi yang tertua.. :(

Hari beliau telefon tu, saya pula sibuk dibawah, ada client datang untuk site visit, jadinya masih tak dapat bercakap dengan beliau, sampailah pukul 2 lebih kalau tak silap saya baru dapat berfacetime dengan beliau! :)

Alhamdulillah.. lega hati bukan kepalang..





Saja mengusik beliau, suka usik beliau.. haruslah rindu kan.. rasanya kali ini lama sangat kena tinggal, tolak bahagi tambah mau dekat sebulan, terima kasih kepada Sarah kerana sudi menemankan akak.. Sarah memang banyak aktiviti, kelas mengaji (dia cikgu), usrah, kelas bahasa arab, tapi haihh, sanggup teman jugak tuh walau banyak aktiviti!

Seronok jugak sekali sekala berbujangan nih, Sarah kadang kadang bawak Aishah tidur sekali, hahaha, seronok le kita ada anak dar akat rumah, anak anak dara semua rajin memasak dan mengemas! yeayy!!






Hahahaha... kasihan suami, dah lah jauh, tak lari dari mengusik, jet! hahahaha.. kemain nak belikan jet!! Adoi seronok dok ngusik dia.. Time nih memang tak sabar nak tunggu suami pulang!

Eh saya dengar cerita beliau makan sangat susah kat sana, kasihan, sekali sehari je makan, makan gambar je banyaknya.. makin kurus lah suamiku ini.. Tapi amat berpuas hati katanya, keindahan alam yang belum tercemar! 

Ini ada sedikit ole-ole dari Myanmar.. itupun saya dah start bising, kemain sebok touch up gambar Myanmar dia, tu best friend dia punya gambar kawen tak siap-siap lagi!