Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Tuesday, May 26, 2009

Gemukkkkkkk Part 2

Mak : Abg ngan Kak As nya kirim salam

Ako : Waalaikumsalam

Mak : Abg tanya adik tu sakit lutot lagi ke?. Suroh la adik tu turonkan berat badan dia mak, sebab tu buleh sakit lutot gak mcm Li..

Ako : Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.........

Mak : (Ngekek gelak)

Abang saya seorang yang soft spoken. Saya sayang abg saya. Dia sangat baik. Adakah dia indirectly mahu mengatakan saya gemuk? huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa......





Monday, March 30, 2009

Takdir & Waktu

kahkahkah.. tajok tak buleh blah..
30hb, 31hb, 1hb, 2hb,
3hb (F1), 4hb (F1), 5hb (F1).. pastu... berakhirlah siksa kubor ako...
hooooraaaayyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy

Menghitung hari nih.. nak kemas opis yang dah rupe sarang tikos, tikos pon tak selera nak buat sarang.. pastu nak settle-settlekan apa yang patot..

Pastu nak p Lumut.. yeayyyyyy.... (macam gaya nak p obersi.. kekeke.. takdelah, perhubungan tu penting dari segala-galanya.. dan sangat-sangat nak rest dari keje-keje di opis.. huhuhuhu)

Ohhh.. nak ucapkan tahniah kat adik ipar ai, dia sudah mengandung.. huhuhuh.. sebak ai occay.. Seronok dapat berita gembira.. Bakal dapat anak buah baru.. huhuhuh

Buat pertama kali dalam hidup sejak dah kawen ni tanya kat Cik Lelabah, "awak takde rasa apa-apa ke saya tak lekat-lekat lagi nih sampai sekarang?". "Tak pernah tanya saya apa-apa pun..".

Dia teros pegang tangan ako. Dia cakap " saya tak mau lah tanya benda-benda bukan kerja kita, lagipun isu ni sangat sensitif, awak tu mudah menangis, saya tak maulah tengok awak menangis.. "huwaaaaaaaaaaaaaaaaa.... tak sempat dia abis cakap, ako dah berjurai-jurai air mata.. sebak ok..


Terima kasih lah ye sayang sebab sangat-sangat memahami..

Korang nak montah ke nak apa ke, silakanlah.. ako..... ntah.. saje nak bersedih-sedih..

MUNGKIN belum rezeki kita.. Kepada Zahiela.. be strong ok...


***** seperti biasa gambar takde kene mengena dengan tulisan diatas, biasa le, ai kan gediks..

Thursday, January 29, 2009

Gemukkkkkkk

Tajok tiada kene mengena dengan Kak Muk Kroni Kompi.. kekekek

Di suatu petang yang sangat hangat bercampor dengan hati yang hangat..

Dila : Maksu, pipi maksu ni mulus lah, apa rahsia?

Ako : Sambil buat muka heran (rasa nak tampo pon ye :D)

Dila : Tolonglah Maksu, tolonglah Dila, Maksu pakai apa?

Ako : Hoiii, mana ade Maksu pakai apa-apalah!!

Mak : Maksu kamu tu dah tembam, tengok le pungongnye, dah lebor...

Ako :

huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaa... selamba badak je mak ako kabo ako gemuk, takde selindung-selindung untuk mengambil secebis hariku yang telah berkeping-keping jatoh.. kahkahkah.. Ako sebenarnya perasan jugak yang ako dah gemuk, elleh, tak de herannya ako pon, tak pernah pedulik sangat le pon haihh, kalo orang kabo ako gemuk pon ako takde berapa nak heran, ako masih buleh pakai jeans ako, baju ako masih lagi size yang sama, walaupon ade jugak mulot-mulot nakal yang mengatakan ako kene pakai size L atau XL, chaittt, mati-matian kabo ako takleh pakai size S..

Ako kadang-kadang jadi heran bila kawan-kawan cukop risau yang mereka naik berat badan atas alasan takot laki lari lah, takot laki pandang tak menariklah dan macam-macam alasanlah.. hehehehe.. perempuanlah kaedahnye... Tapi ia terjadi pada ako bila adik ipor ako nak kawen taon lepas, dimana ako mencari-cari baju untuk majlis dia nanti..

Ada sekali tu, ako pergi Sogo, sunggoh ako berkenan dengan kebaya pendek hijau apantah, nak ke kelabu sikit kalernya, kain chiffon kaler hijau lembut, perghhh.. memang mengancam, Cik Lelabah pon suka, sekali p fitting room, lama ako dok dalam tu, sampai Cik Lelabah ketuk pintu ler, huwaaaaaaaaaaaaaaaaaa.... ako tengok diri ako sangat tak cantik dengan baju tu, tak pernah rasa camgitu...

Sekarang ni hati kemain kuat nak diet, tapi tak buleh ler.. hehehe.. Ako sangat suka makan, nak nak kalo balik umah mak, haihhhhhh.. melampo le tambah nasik tak pandang orang belakang, walaupon mak tu masak ayam goreng je pon.. perghh sedap sampai jilat siku.. itulah kuasa air tangan mak ye..

Gambar takde kene mengena dengan cerita diatas, saje je nak berkongsi kegedikan yang telah lama terpendam.. gediknye ako..

Saturday, January 10, 2009

Paizah dah Kawen

**** UPDATED












Bersawang dah blog saya.. 27.12.08 yang lalu, termetrailah ikatan janji antara adik ipar saya dan suaminya. 26.12.08 tu ako dah stat berkampong kat umah in laws saya. Sangat penat ok, bukannya penat kat sana, kat sana ako tak buat keje pon, kekekeke.. Penat kat opis benonya, haihhh... Hari Khamis Christmas eve tu, balik dah pukol 1 pagi kot, bukan keje, lepak kat Taman Melati, letih le asik berkampong kat opis je, nak gak melepak, otak dah tepu dengan keroje je.. huh.. Tapi saya lepak dengan Cik Lelabah saya le.. hahaha.. Jadik le...

Oh ya, mak saya takde kat rumah, ikot abang saya p Melaka. Haihh, sekejap-sekejap dapat MMS "mak tgh bercuti", "mak sedang berehat", tapi yang buat ako sama Cik Lelabah gelak berdekah "mak tengah makan aiskrim saie".. cis, saje le tu abang saya tu, mementang saya ni baru pes time kene tinggai.. kekeke..

Kononnya nak masak Nasik Lemak untuk breakfast, langsung jadi "brunch".. kahkahkah.. Gile bangun lambat.. Esoknya saya ambil keputusan untuk memonteng keroje, siap-siap teros cabot ke Ampang.

Jap nak ingat mende ako buat kat umah in law ako.. oh ye tolong masokkan barang-barang untuk berkat dalam paperbag, pastu borak-borak, tolong pakaikan inai kat pengantin, tu je le kot.. kekeke..

Kat sini seronok suasananya, masih lagi bergotong royong, lama dah tak rasa suasana kenduri camni, sebab sekarang semua orang prefer catering. Oh ya ako order kek kawen dari Kak Ellie dari de'Heart Kek Cawan, tak tau nak cakap apa, sangat sedap!!. Two thumbs up!! Terima kasih banyak-banyak ye kak, sudi melayan kerenah saya.

Hari Sabtu pagi tu, buat khatam Quran, lepas Zohor nikah, esoknya sanding. Adik ipo saya memaksa saya untuk jadi pengepitnya.. haihhh.. dengan baju ako yang dapat last-last minit, giler tol pakai jubah.. udah gaya ustazah.. huwaaaaa... lepas je berarak ako teros tuko kasot pakai slipar, kahkahkah.. lega rasanya, dah lama tak pakai heel, sesejak keroje kilang nih, tak lalu le nak pakai heels.

Ako hanya dapat makan pada pukol 6 ptg, perghhh, lapo giler... Jadi ako tak tahu menahu lauk pauk apa yg mereka masak, masa Mak ako sama Abang dan family dia datang, Kak Ipo ako yang tolong amikkan nasik untuk mak ako, jadi dia pon tak tau le lauknya, masa ako datang kat dia, dia tanya ako :

mak : adik, tu apa org tu makan, cendawan hitam ke?

ako : bukan le mak, tu isi tahu (taufu fa) dengan gula merah, mak nak ke?

mak : boleh le jugak (tapi mcm gaya terpinga-pinga) kahkahkah

Petang tu baru ako tau memang ade cendawan hitam, frankly ako memang baru pes time makan mende ni, ako jenis suka mencuba makanan, saya tidak cerewet orangnya kalau bab makanan, perghhhhhhhhhhhhh... sangat sedap ok, pedas giler nak mampos, ako yang tolong buang tangkai cili api kontot (kampung) tuh.. patot berasap telinga!!!. Oh ye ako tolong tak sampai 5 minit kerana adik ipo saya paksa saya untuk melepak dengan dia.. kekekeke...

Balik tapaukan untuk mak cendawan hitam tu, gelak-gelak mak ako, haihhh.. ntah hape-hape ako nih... tapi laku le cendawan tu, tinggal sepiyuk kecik jek...
Kepada Faizah dan Raus, tahniah, semoga kalian berbahagia menempuh alam baru dan berkekalan hingga keakhir hayat..

Oh ye, gambar nanti-nantilah ye, takde lagi kat tgn ako nih...

Tuesday, December 30, 2008

Gile!!!!

Tadi jenguk-jenguk blog Deqna baca pasal peragut. Tiba-tiba teringat lak citer pagi tadi..

Tadi pukol 3.30 pagi ako tengah tido, tiba-tiba terjaga, dengar orang ketok pintu sikit punya kuat, gegar mangga kat grill, tingkap bagai, ako ni fikir menantu makcik (jiran mak ako) kat sebelah, ye lah kan, kot le apa-apa, tu ako gagahkan jugak bangun bukak pintu. Bila ako bukak pintu, tengok tercegat 2 orang lelaki, sorang tanpa baju dia cakap tolong la dia, kaki dia terseliuh, dia kawan budak sebelah, mintak mak ako tolong urutkan... haaaaaaaaaaaaaaaa??????????? gilerrrrr!!!!

Ako cakap mana buleh, rumah ni takde lelaki, kalau betol kawan orang sebelah call la dia, dia mintak tolong gak, ako naik dah hangen, ye le, penat ako ni tak hilang lagi, dengan kerja, dengan adik ipar kawen, tido tak cukop, terganggu lak pagi tadi, ako cakap "tolong la, jangan kacau", pastu dia pon pegi.. Kecot perot gak semalam, Cik Lelabah takde, tidor rumah mak dia, masih ade kerja tak settle lagi. Tapi takde le call dia pon, takot kang dia risau, ni sampai sekarang dia tak tau lagi, balik kang le baru citer kat dia..

Macam-macam le sekarang ni, ako pesan dah kat mak ako, kalo siang-siang buta pon sape-sape le, nak mintak tolong ke apa, jangan le bukak pintu. Kejam ke ako nih?. Ako ni sampai sekarang rasa bersalah la jugak, ye la, mana le tau kot betol-betol budak tu dalam kesusahan, tapi, dia kena paham le, kol 330pagi dik, tak kenal pulak tu, jangan le dok buat pasai.. haihhh...

Pesan le kat mak pak korang ye..

Tuesday, December 9, 2008

Ako Yg Tak UP-TO-DATE

Sepetang di Aidiladha

Dila : Maksu.. huiyoo.. tepon baru yeh?

Ako : Haah, ade orang sedekah..

Dila : Elleh.. (sambil mencebik bibir) Maksu, nak lagu, tgk jap ade lagu apa..

Ako : Amek ah..

Dila : Iskhh.. Maksu ni, tak UP-TO-DATE LAH!!. Semua lagu lama-lama..

Ako : Suka ati maksu lahhhhhhh...

(haihhh budak-budak sekarang.. rilek je cakap dengan makcik cmni ye.. kekeke.. ako dulu, kecot² perot nak ckp dengan makcik..kekekeke...)

Apa-apa pon, ako sayang betoi kat anak² buah ako nih... haihhh... ekekeke..

Wednesday, October 22, 2008

Selamat Hari Jadi Mak

18 Oktober 2008

Selamat Hari Jadi untuk mak. Semoga dipanjangkan umor dan dimurahkan rezeki. Sekarang mak selalu sakit-sakit, baru-baru ni sakit lutot.. iskhh.. kesian mak.. Adik sayang mak..

Hari yang sama juga dapat berita gembira dari Kak Tini, selamat dah bersalin baby boy. Berkongsi sebeday le sama mak saya.. kekeke


19 Oktober 2008

Melawat Kak Tini, dapat jumpa Lana.. iskhh.. geram ako budak ni, pipi tu rasa nak geget². Giler comel, bau pon wangi jek.. Nanti jumpa lagi ye Lana..

Monday, July 14, 2008

Syoknya Raya 2007

Saja je nak imbas kenangan raya tahun lepas. Masa tu takde blog lagi. Lagipon ni dah nak puasa dah, saje la nak imbas keseronokan tahun lepas. Masa ni baru sampai umah inlaw, pakat-pakat salam raya bagai.. iskhh.. syahdu betol. Pas salam raya terus kami semua balik kampung, dekat jek, Jelebu. Tapi ikot jalan belakang (Langat sana). Hati ni teringat kat seseorang, kalau lalu ikot Bukit Putus, harus singgah rumah dia..

Sampai kampung, rilek², makan², tukar baju, jalan-jalan petang kat kampung.. huhuhu.. sangat seronok, pada ako yang dah lamaaaaaaa sangat tak jejak kampung ni, harus lah seronok, lagipon kampung arwah opah ako dulu takde sawah, takde sungai, parit ade le, klo umah Mamak Ajih kat Grik ade le sungai, tapi anak sungai.. idak le buleh berendam, lagipon sepupu² seme laki, ishh, hok perempuan seme tertib²... segan ler..

Ako jenjalan dengan adik² ipar ako, dengan anak buah.. seronok betol, jumpa lembu.. iskhh.. ekekeke... Pastu asben pulak menyusul dengan kawan dia, adik ipar dah balik, ako merendek ngan asben lak. Malam seisi ziarah menziarahi kat umah sedara mara abah..

Hari kedua baru g kubur arwah mak dengan ayah abah.. Lepas tu jenjalan g dusun la bagai, balik rumah dah nak petang, hujan pulak tu, abah kata balik esok aje buleh ke?. Huhuhuhu..

Esok pepagi dah balik, kol doblas cmtu dah sampai KL, petang baru balik umah mak, iskhh rindu betol kat mak.

Tahun ini mungkin tak sama dengan tahun sebelumnya, Makcu telah pulang ke rahmatullah. Semoga ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin.

Friday, March 21, 2008

Pulangnya Makcu ke Rahmatullah

Assalammu'laikum

Salam Maulud Nabi pada semua. Kami menerima berita sedih pada pukul 1.30 pagi tadi. Ako baru balik kerja, baru sudah makan Char Kuey Teow dan ingin balik, tetiba dapat panggilan yang mengatakan Makcu (sebelah Cik Lelabah) sudah meninggal.

Daripada-NYA kita datang dan kepada-NYA kita kembali. Terkejut?. Ya.. kami semua terkejut yang amat sangat, baru minggu lepas arwah Makcu datang meraikan pertunangan Faizah.. Ya, mungkin ako baru dalam keluarga ini, tapi arwah Makcu amat baik..

Arwah tak punya apa-apa sakit, katanya, malam tu dia elok, buat kerepek, panggil adik beradik datang rumah makan kerepek. Tengah malam tiba-tiba sakit perut macam masuk angin terus meninggal. Hari ini ramai orang meninggal tiba-tiba. Ya, ako takut.. sangat-sangat takot akan mati. Masih terkenang tatkala jenazah arwah dikafankan.. Ako menangis teresak-esak.. Fikiran ako cuma satu, masih adakah peluang ako untuk bertemunya di sana kelak..?

Ako baru berkira-kira mahu menghadiahkan sebuah hanbeg buat arwah Makcu.. tidak kesampaian nampaknya.. Masih ternampak-nampak celoteh dan senyum tawa arwah Makcu. Masih ingat lagi gulai lomak cili api arwah Makcu, masih terasa lagi nasi goreng pedas arwah Makcu..

Di kesempatan ini ingin ako merakamkan ucapan takziah buat Pakcu sekeluarga. Semoga roh arwah Makcu ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin. Al-Fatihah.

Dan dikesempatan ini juga ako ingin merakamkan ucapan takziah buat seorang kawan di bod Perak, Savvy diatas pemergian bakal ayah mertuanya. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh. Amin. Al-Fatihah.

Thursday, March 13, 2008

Happy Birthday To You

Today is my nephew birthday. Dah tinggi dah Hariz, lebih tinggi dari Maksu nih.. Saje-saje nak celebrate sikit kat rumah.. Sebab this year dia ada PMR lah.. kekeke.. Takde 7A, ketok paler.. kekeke..

Sebenarnya teramat-amatlah bizi, sunggoh... Sepatotnya juga ako ada training kat Jalan Raja Chulan hari ni.. tapi dah kasitau kat Boss awal-awal, takmoh pegi.. Lagipon ako demam occay, kat opis ni pakkal le aircond sejibik² tu, kot centralized aircond, mati le oiii... Memang panas le opis ni, ako dok off aircond, sejuppppp, pehtu hingus meleleh...

Hari ni takmoh stayback, nak balik awal, Mohd Hariz punya pasal occay.. kekeke.. Tapi Paksu pulak ada kerja, Paksu ada sekejap jek, pukol 9pm Paksu dah keluar pergi Creative... huhuhu.. Tak dapat sama² join potong cake....


Ni la dia cake birthday boy.. Fan of Arsenal nih.. kemain.. kekeke.. Tapi Maksu suka lagu We'll Never Walk Alone la Hariz.. kekeke.. Pasal tak minat Liverpool? kekeke.. Ingat nak buat Sabtu, tak boleh la, saya betol-betol dilanda kebizian yang amat²...


Gambar² semua birthday boy snap sendiri, ada jugak kakak dia snap, adeihh.. gegar le kakak.. kekeke... Lain kali la reveal gambar mereka ye, takde apa² pon, cuma makan² anak beranak, potong cake, tu jek... Mak masak nasi lemak dengan sambal sotong, kakak ipar goreng mee bawak kangkung rebus ke goreng ya? Ikshh.. tapi makan dengan nasik lemak lah.. kekeke..


Huhuh.. Tak sempat la snap gambar, Paksu pon tinggal camera, nak rush pegi kerja, ni je cupcake yang tinggal, saje bekalkan Paksu 4 biji cupcake buat makan kat opis.. Nama Paksu, 1 Logo Arsernal siap mintak kat Hariz.. kekeke.. 1 rumput, 1 lagi player nama menda ntah.. iskhh.. terjebak lak saya bola² nih.. kekeke.. Nama Hariz, Nisa, Hazim sama Paksu dah takde.. kekeke..


Haa ni la dia player² fave Hariz.. Ada satu dua nama lagi kot, tapi dah kena makan.. kekeke.. Apa-apa pun Hariz, di kesempatan ini Maksu nak ucapkan Selamat Hari Lahir buat Hariz, belajar rajin-rajin ya.. Maksu sayangggggg kat Hariz..

Monday, March 10, 2008

FAIZAH DAH TUNANG.. YEAY


Sangat-sangat busy lately ni.. Masok bulan 2 haritu sampai laaaa 21.03.08 nih, memang huru hara sikit ler hidop..

Selamat melangkah ke pra alam baru.. Huhuhuhu.. Mintak mahap le sesangat paizah, idak le dapat menolong sangat, bizis gilos preparation nak jadik GADIS LITAR 21.03.08nih.. Udah gaya hidup tak terurus, sama macam tahun lepas.. kekeke..

Gambar pon tak berapa banyak yang dapat amek, Cik Lelabah saya bizi menolong ayahanda kat luor.. Nasib adik ipar lagi sorang ade... Bangun tido pon udah lambat, pukol 9 baru bangun, ingat nak pegi awal pagi, tak daya nak bangun, sangat-sangat exhausted dengan senggugut semua cukop lengkap..


Tengah bersiap tiba-tiba dapat call dari opis, uishhh.. teros ilang sakit perot... Alaaa... tak sampai hati benarnya, tapi apa buleh buat, adik iparku tunang...

Pukol 11 pagi baru sampai sana.. takde apa nak tulong pon, dudok dalam bilik, borak-borak jap, pastu keluar sekejap p Bandar Baru Ampang, iskhh.. pakkal le Ampang tu macam-macam gak ada...


Last minutes ada mak sedara kasik kuih suruh letak kat hantaran, berlari sekejap p Pekan Ampang cari kotak.. Ako bab beli buleh ler, bab nak hias tangan saya keras.. kekeke..

Orang tua tengah berbincang, tahun bila, bulan bila nak disatukan.. Dengar-dengarnya tahun ini bulan 12.. Harap-harap semuanya berjalan lancar..



Alhamdulillah.. dah selamat dah pon jadi tunangan orang.. kekeke.. Ada orang kata bila kita bertunang dah tidak boleh bergaul bebas, keluar sesuka hati macam dulu??.. Ye ke?

Pada ako biasa je, telah melalui alam pertunangan dolu-dolu.. Cik Lelabah amat simple orangnya, suka hati saya ler, janji pandai jaga diri.. Tahu dengan siapa ako berkawan dan juga keluar...


Dari berkawan sampai bertunang sampai la dah berkahwin, Cik Lelabah tetap seperti dulu.. Tak pernah halang dengan siapa ako berkawan.. Tapi katanya sekarang kena CATU!!! kekekeke... Kerana ada hal-hal yang sunggoh sadis nak diingatkan...


Actually kenal dengan Faizah dah lama, kami satu sekolah.. ahaks!!! Cik Lelabah senior kami.. Di episod akan datang akan ako ceritakan mcmana ako boleh 'ehem ehem' dengan Cik Lelabah.. By the way, this girl not like me at all because my face looks very "sombong"!!

Astagaaaaaa... Benarnya ako rabon.. kekeke.. Tapi eksyen, time belajar jek guna spec, g washroom pon bukak spec.. jadinya bukan salah ako ler, nak menyengeh tiap masa occay!!!


Tapi berbanyak-banyak syukur, ako amat senang masuk dalam family ni kerananya, ako siap-siap dah ada kawan, ada teman berbual, boleh bercerita apa saje.. Satu advantage pada ako la, Ingat lagi sebelum kawen dulu, kalau mak dengan abah ajak datang rumah mesti ako akan tanya, "Faizah ada tak?".


Tapi sekarang tak de la lagi.. Melampau ler, dah kawen pon dok tanya Faizah ada rumah tak.. kekekeke... Masa mula-mula nak diperkenalkan dengan mak dengan abah pon this girl was take me to them.. Huhuhuhu... Kalau takde dia mau keras ako kat situ.. kekeke...




Iklan.. Terok na gayanya... Raksasa Gorgon dan assistant datang menyeranggggggggg.... Astagaaaaaaaa.. bebawak ler ngucap bang resaksa... kekekeke

Ako diperkenalkan dengan Raus (her fiance) last year.. Such a nice guy.. Oklah.. Cik Lelabah pon suka, one thing i like about him, very soft spoken.. kekeke.. Maaf ye Raus, kami dah biasa le cakap macam halilintar.. kekeke..


Masih ingat lagi pestime dia tegor ako "kak, ni nak letak mana?" adeihhh.. Ako boleh jawab "haaa? ko panggey ako kakak??!!" kekekek.. adeihh.. atenye udah kita sebaya bang, janggal lak rasa ttibe panggey kakak..

Apa-apa pun selamat menempuh alam pertunangan ye paizah, udah tak macam dulu, mau sikit punya hal jadik beso, makanya, cepat-cepat ler kawen ye.. kekekeke... Kadang-kadang orang cakap nak dirikan masjid ni setan tak suka, tu yang dengo bisikan setan, seme benda panas... Orang kata, ako tak kata.. kekekeke.. Gud Luck!!! Muahhh!!!