Friday, March 30, 2012

Dah Read Tapi tak Reply??

Hari tu baca blog nizamsani, balasan sms yang paling menyakitkan hati adalah "k".. hahahaha.. ingatkan aku sorang jah berbulu, rupa ramai ek.. ye le kita nih kadang-kadang dok tulis beriya panjang lebor, ko jawab 'k' jah.. phuiii!!!

Tapi aku guna gak 'k' semata tuh bila aku tengah bengang.. hahaha..

Oklah itu cerita lain, cerita aku pulak, pada pengguna Blackberry, kan bila kita message orang guna BBM tuh, kalau orang disana dah baca dia akan keluar R tau kat tepi, aku pon tak tau R tuh stand for apa, Read? kekeke..

Kalau Whatsapp pula, kita tau orang disana dah baca message kita bila tanda double right tuh keluar..

Sangat annoying gileeeeee okeh bila kita dah tau orang disana dah read kita punya message tapi tak dapat balasan?????.. hahahahaha..

Macam-macam peel manusia nih kadang-kadang.. hahaha


Wednesday, March 21, 2012

Langkawi Day 1

Seawal 6 pagi dah bangun walaupon tiket flight pukol 2 petang tapi nak menggambarkan perasaan gembira aku tuh mata dah tak buleh lena selepas subuh.. Gaya kecik-kecik nak ikot rombongan lawatan sekolah ke tempat-tempat menarik sekitar KL contohnya Muzium Negara dan Tugu Negara..

Pukul 1030 pagi macamtu dah keluar rumah, sarapan sebentar, nak makan pon tak lalu, almaklumlah eksaited kekdahnya.. *kahkahkah gaya nak p London*

Naik cab sampai KL Sentral terus naik bas ke LCCT, kemain Cik Red aku mengondem Air Asia, bersimpang siur kekdahnya, aku? naik flight pon baru 2 kali, kahkahkah, lagi tak tau jalan, masalahnya bukan tak tau ke simpang siur ke kat sini, tak biasa, mungkin dia dah biasa dengan MAS kot..

Okeh, settle web check in, luggage bagai, teros dok nunggu flight, patotnya flight kitaorang pukul 2 kan, delayed le pulak setengah jam, ada 3 passengers hilang.. phuiii!!! hahahaha.. Aku dah le tak nyabo nih..

Sampai Langkawi pukul 3 lebih kot, settle amik bag bagai teros ternganga-nganga carik kereta sewa, banyak kaunter-kaunter dah tersedia kat sana, nak kereta sewa, nak island hoping semua bagai, pilih je..

Dapat je kereta teros g chalet kat Pantai Cenang, saya ada jugak survey kat internet, hati tu nak le menginap kat rumah pokok kat Mali Best nuh, tapi tak yah le berangan, memang fully booked!!. Last-last kitaorang menginap kat sebelah Mali Best sana Melati Tanjung, okeh terkejot, ingatkan chalet rumah sebijik-sebijik, sekali naik macam asrama daa, punyalah lama nak meninggal tak datang Langkawi.. dengan Mat Salleh gaya macam kampung deme, kemain bawak motor tak pakai helmet bukak baju.. hahahaha

Lepas check in. rilek-rilek buat apa yang patot sat, suami ajak keluar ke Gunung Mat Cincang nak naik cable car, tengok cuaca baik, nak tunggu esok takut hujan katanya, masa nak g tuh menyinggah makan laksa tepi laut, mana lokasi tak tau tapi dekat la dengan airport..  Tak payah la pesan pasemboq depa, ke laot beno rasanya, p Penang je lah kalau nak makan passemboq :p

Hati berlagu riang nak naik cable car, tak sedar diri yang awak tu penakut! Bila tengok rupa cable car, tangan dah berpeluh..

*Subhannallah, maha suci Allah, terpegun saya dengan keindahan ciptaan-NYA.. 






Petronas Malaysia Grand Prix Showcase KLCC

Petronas Malaysia Grand Prix Showcase at Suria KLCC, 17-25 March 2012, jom datang beramai-ramai..

Hari ni kalau tak silap aku Michael Schumacher dengan Nico Rosberg ada di Councourse Floor, Suria KLCC, pas balik kerja tuh singgah-singgah le KLCC, mana tau kot dapat bergambar ke, dapat sain otogerap ke.. sesambil tuh boleh le bershopping F1 2012 merchandise.

Pada yang dok jejaoh alam tuh buleh shopping online, meh terjah Petmos E-Store.  

Tahun nih tak menjejakkan kaki pon kat sana during F1, sebok nak separuh gila rasanya, errr pada sesiapa yang jumpa saya tengah jalan dok gelak sorang-sorang tuh tolong hantarkan saya pulang ke pangkuan suami dengan selamat ye.. kahkahkah






Tuesday, March 20, 2012

Langkawi lagi kita! Lets Jomssss!!


Terima kasih Nana! kekeke.. Kalau tak silap saya dah dua minggu saya ada colleague perempuan yang baru, Nana nama dia. Terkenal dengan pembelian tiket-tiket kapal terbang yang morah-morah, hahaha.. semalam masa dia surf internet, dok tengok Firefly ada buat promo RM25, kemain tanya aku, aku pon teros call laki, laki ok jah.. hahaha.. kali nih bawak mak sama pak mertua pulak lah.. rosak aku budak nih koje sini, mau setaon lapan belas kali p bercoti *amboih, gaya bos ko kasik ke pon* kekeke..

Destinasinya ke Langkawi juga, mak jemah dah gila poyok okeh!! hahaha.. Gambar Langkawi itu hari pon tak convert lagi, nih dah bayo tiket untuk ke Langkawi lagi, syabas inspektor shahab!!


Friday, March 16, 2012

Selamat Tinggal Permai Seri

Salam semua..

Busy bangat sekarang nih, kalau tak silap aku dah 2 minggu aku balik rumah pukol 11-12 malam..

Hari ni memang hari yang kelam kabut jugak dibuatnya, awalnya memang dah tahu ada barang nak kena hantar di Petronas Twin Towers, jadinya tumpang sekali untuk berjumpa dengan client kita, ada something need to clarify, matylah kalau esok aku silap, tadah muka le buat kena maki.. hahaha.. jadi sebaiknya adalah meet up kan, clear sikit..

Sebelum tuh abang dah call untuk arrange kan perjumpaan aku dengan lawyer, cadangnya haritu nak ke Shah Alam ke ofis En Lawyer tuh sebab senang aku terus jumpa Yan dan Syerah, tapi atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, terpaksalah di cancelkan, so tiba-tiba abang call kata En Lawyer nak datang, cis, matylah aku dengan nak ke KLCC nya, jadinya arrange dengan En Lawyer jumpa lepas Jumaat di office. Takde buat apa pon, sign sign sign jah.. hihihih..

Sebenarnya agak sedih juga untuk mengucapkan selamat tinggal pada Rumah Pertama saya tu, saya beli rumah tu masa umur 26 tahun, dekat-dekat nak kawen.. tidaklah besar, tidaklah hebat, tiada balkoni mahupun dapur yang besar, tapi saya agak berbanggalah juga kerana dapat juga saya beli rumah di kawasan Ampang dan umur yang tak berapa nak muda dan tua walaupun menerima kata-kata seperti "eeiii kecik ek dapor umah ko!" "owhh aku tak suka rumah takde balcony" :).. Nak buat macamana saya cuma pandai mengukur baju dibadan sendiri, bukan badan Bob Kuman..

Agak naif sebenarnya tentang selok belok pembelian rumah ni, nak nak pulak masa tuh menggedik nak kawen, tahun yang sama pulak tuh, tahu-tahu sajalah kalau beli rumah, semua nak pakai duit, punyalah nak menangis keluar duit.. Tapi arwah mak dan abang saya memberi kata-kata semangat yang saya sebenarnya mampu.. Abang saya dan kakak ipar saya banyak juga tolong kat rumah tuh..

Sebenarnya bila mak dah takde, rumah tuh jadi lain, suram, ntah la, saya pun tak tahu nak describe macam mana, saya tak boleh berlama-lama kat rumah tu, saya sayu, hati saya banjir.. banyak kenangan dengan mak kat rumah tu, tapi apakan daya saya, saya dah capai kata sepakat adik beradik *dua orang je pon*. Yang sebenarnya memang saya dan suami nak duduk disitu, tapi suami mengenangkan saya kerja jauh alam.. Setelah capai kata sepakat, saya rasa memang saya nak jual, ramai orang tahan kata sayang, kenapa tak sewa semua, saya ada pendapat saya sendiri, rumah tuh mak saya jaga sebersih-bersih alam, nanti kalau dapat penyewa yang ntah hape-hape mau aku meroyan, lagipun dah experience dengan rumah di Kampung Melayu, adoi la.. Insyaallah akan pindah disana sebelum raya nih *tapi macam tak sempat, sebab memang banyakkkkkk sangat nak kena buat rumah tu* pening!!

Jadi borang semua sudah ditandatangani, makanya dengan secara rasminya saya perlu mengucapkan selamat tinggal pada Permai Seri..

"Alhamdulillah.. berjalan lancar so far.. selamat tinggal Permai Seri.. maafkan adik mak, adik tahu banyak kenangan kita semua kat sana, tapi adik rasa kenangan di Kampung Melayu lagi banyak.. insyaallah akan adik jaga baik2.. adik membesar disana, abang kawen disana.. semuanya disana.. nostalgia adik dengan mak utuh dihati adik.. sayang mak! rindu mak! semoga dipermudahkan semua urusan.."

Hati saya banjir seperti Cik Nikon D200 suami yang bertukar tangan dahulu.. :( tapi tu pengakhirannya gembira, yang ini belum tahu lagi..