Monday, April 4, 2011

Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal



Iye ye ye.. saya sebok, F1 berbagai, balik pon pukol 330 pagi, tak sedar diri ingin "menyongket" jugak-jugak.

Seorang teman Mulan sayang mengajak saya menonton teater pada hari Sabtu lepas. Lat okeh Lattttt!!! pusing kepala ingin memutuskan, tolak kang, bila masa nak tengok lagi, berjanji karang takut mungkir, masa tuh dah serupa orang gila menyiapkan kerja, maklum esok juga booth F1 akan dibuka di KLCC.. setelah dicongak pakai calculator, aku memutuskan bahawa aku nak join, tawakal je lah, tak sangka pula kerja habis pukul 330 pagi, aku awal-awal dah kasitau bos aku, esok aku tak nak kerja, tapi biasalah, aku akan rasa bersalah, orang lain bekerja, aku kang syok-syok terbongkang kat rumah, pastu bergelak ketawa bagai Hantu Kak Limah sedangkan orang lain bekerja, orang lain pon balik pukol 3 4 pagi juga, haihh.. aku memutuskan aku datang pagi, dan pukol 2 petang aku cabot jumpa Mulan di KLCC.

Aku LEWAT! Arghh! Aku tak suka lewat!, tapi tuntutan kerja, harap Mulan faham.. kekee.. sampai-sampai, gaya tuan puteri, KFC dah tersedia dengan egg tartnya sekali, aduh.. terima kasih banyak Mulan, dah la belanja tiket, makan pon awak belanja juga.. Jumpa juga dengan si hensem Arsyad, sangat keletah okeh!! Aku geram sangat dengan dia.

Kami sampai agak lewat dalam 3.15 petang macam tuh, tapi rasanya baru gak start tuh sebab baru jek start scene budak-budak pakai baju sekolah, Hans & Harith membawa kita mengimbau kembali zaman-zaman kita kecik-kecik dulu, upih penang.. owhh ye saya sangat suka seluar cikgu zaman sekolah dia waktu sekolah rendah,vintage okeh! hahaha.. hati berbunga riang menonton teater ini, teringat juga waktu kecik-kecik dulu, Jalil Hamid mendukung watak apak Lat, best ler, cool, kelakar, memahami minat anak dia dan memberi kata nasihat juga peransang kepada Lat untuk terus maju dalam bidang yang Lat minati.

Scene yang buat aku menangis, masa Lat dapat duit bayaran pertama komik dia keluar dengan bayaran RM25, waktu dia peluk apak dia.. perghhh jatuh ayo mata dara mak.. kekeke..

Aku suka juga dengan Mrs Hiew, iye cikgu yang rambutnya tinggi itu, sangat supportive, suka juga dengan Franky, dengan Bos Lat kat NST, aduhh dengan Atilia yang membawa watak Faezah, Awie of course! arghhh semua-semuanya memang best, udoh le cakap loghat Peghok kome! hahaha.. teman sukeee!

Franky tuh, memang mampos buat aku gelak, sambil bercakap sambil kaki menari, eh macamana ntah nak gambarkan, kena tengok le kot, esok last! Scene apak ninggal juga buat aku nanges, dan aku ingat apa apak kata kat Lat "Jika kita nak jadi matahari, berikan juga kesempatan untuk bulan" bukan le bulan aku, bulan kat atas nun.. ekekeke..

Dalam hidup bersuami isteri, berkeluarga, bermasyarakat, kita perlu ada sikap saling memahami, bertolak ansur, memberi dan menerima, kita tidak buleh berterus-terusan memantingkan diri sendiri..

Kata apak lagi, "apak bahagia sebab apak buat mak ko bahagia bila mak ko bahagia, apak dan semua orang bahagia.." okeh sumpah aku nanges lagi, ada tak para suami sekarang yang betul-betul buleh membuatkan isteri mereka bahagia..? bahagia bukan bahagia wang ringgit, intan berlian, porche ferrari, banglo mewah atas bukit 18 tingkat, bahagia yang setelusnya bahagia.. kita takkan bahagia jika kita tak pernah membuat orang yang kita sayang itu bahagia..

Kepada semua aku seru untuk menonton Teater ini, pergilah kalau ada masa dan wang lebih, enjoy, dalam gelak kita menangis, menangis yang bukan dipaksa-paksa, kata-kata yang sarat dengan mesej, tusuk hati nih *sambil mengetuk dada* hahaha

Last but not least kata-kata dari Mrs Hiew DWYL LWYD "Do What You Love and Love What You Do..

Tahniah Hans Issac & Harith Iskandar, saya menanges sambil bertepuk tangan! Saya bangga dan saya gembira! Terima kasih banyak-banyak Mulan kerana mengajak saya!