Friday, September 11, 2015

Koleksi Satin Tudung Aleena



Seperti yang kita tahu, tudung boleh dikategorikan berdasarkan jenis-jenis material yang digunakan. Ada tudung jenis cotton, shawl, crepe dan juga satin. 

Ok kita ni taste berbeza-beza, ada orang memang suka ikut trend, kalau cotton tengah in, cottonnnnnnnnnn je, kalau crepe tengah in in, crepeeeeeeeee je (durian crepe sedap okeh), kalau satin tu tengah in, memang satinnnnnn je lah kan. 

Macam kakak, kakak bukan ikut trend punya orang, mana kakak rasa selesa, kakak pakai, tak kira lah cotton ke crepe ke satin ke, yang penting cepat dan selesa. 

Tetapi, pada pendapat peribadi kakak sendiri, material tudung jenis satin ni memang lain macam lah impak dia, of course menampakkan si pemakai lebih elegen dan classy, tak percaya?. 

Sila cuba, anda cuma memerlukan jubah hitam dan anak tudung, sehelai tudung satin dan jarum peniti, if nak lagi senang Satin Aleena Tudung ada jual Exclusive Satin Silk Instant Shawl, senang le hidup bagi malas nak berlilit, instant je, siap dah.
 
Kakak geram okeh color2 semua menawan kalbu, yang dwi color macam kat bawah ni kakak memang favourite lah!
 
 
  
 

Tampil ringkas dengan koleksi instant shawl satin kosong yang boleh korang temui dalam pelbagai pilihan warna yang menarik. Bukan sahaja mudah dipakai, koleksi tudung Aleena ini juga memberikan kita penampilan yang cukup menawan!


Kat bawah ni pulak yang plain, pon kakak suka suka, eh asal namanya satin memang kakak suka sebab menyenangkan hidup kakak, dah le menyenangkan, memberikan penampilan menawan dan paling penting memang menyelamatkan hidup kakak tatkala emergency!

 


Ni kakak nak cerita, masa kakak mengandung dulu, kakak memang ada masalah pemalas lipas okeh nak lilit-lilit shawl, nak menggosok baju bagai, tapi at the same time kakak kena pergi meeting untuk jumpa client, abis tu kakak nak buat camna?. Jadi solusi kakak adalah dengan mengenakan sehelai jubah dan matchkan dengan satin shawl atau satin bawal, selalunya satin bawallah sebab dah pemalas lipas nak melilit shawl kan, sangat berbezalah pada kakak impaknya. Korang kena try kalau nak tahu!

 
 
 
 
 
 

Pada sesiapa yang nak cuba dna berminat dengan satin shawl ni ada berita baik untuk korang kerana kini korang berpeluang menemui aneka koleksi tudung satin yang bukan sahaja ditawarkan dengan harga yang amat berpatutan, malah direka dengan rekaan yang pastinya menepati trend terkini. Apa lagi kalau bukan koleksi tudung satin Aleena Tudung!


 

No comments: