Assalammualaikum
Persiapan nak dapat anak ni bukan suatu perkara yang mudah. Nak pulak kakak bukan orangnya jenis yang planning.
Kakak tak tahu nak mula dari mana.
Apa yang kakak buat adalah minta pandangan kawan-kawan.
Bermulanya nak buat checkup routine. Sama ada di Klinik Kerajaan atau pun swasta. Sebi memberikan advise supaya kakak ke Klinik Kerajaan untuk buat buku merah dan dengar apa komen dokter tentang kondisi kakak. Ya lah kakak pon bukannya makin muda, umur pon dah 35 tahun, Jadi kakak termasuk dalam golongan high risk kata beliau. Beliau kata janganlah takut dengan perkataan high risk tu, sebabnya dah memang umur macam tu automatically dibawah pengawasan lah.
Jadinya kakak ambil cuti hari Jumaat untuk pergi ke Klinik Kesihatan untuk membuat buku merah. Kakak pergi kawasan Ampang. Nurse kata Isnin sampai Khamis sahaja. Adoi la.. Lepas tu dia tanya juga mana kakak tinggal, kakak cakap kakak tinggal Gombak tapi nanti bersalin dan berpantang mungkin di Ampang. Dia ok je takde pulak explain apa-apa.
Jadi kami datang semula hari Rabu minggu depan untuk buat buku merah. Nurse kata tak boleh buat kat kawasan Ampang sebab kamu tinggal di Gombak. Kenapalah hari Jumaat tu tak cakap terus kan? Dia suruh buat dekat kawasan tempat tinggal kami, kakak tanya kat mana? "tak pasti" jawapan beliau. Patutlah orang tak tak suka Klinik Kerajaan kan? Kerana sorang punya perangai, semua orang label orang Klinik Kerajaan ni tak bagus. Suami kakak yang penyabar tuh pun jadi naik angin, kakak tak jadi lah nak bahasakan nurse tu pasal suami kakak dah naik angin. Kakak cakap terima kasih dan terus berlalu.
Jadi kakak gamble jah pergi Klinik Kesihatan Taman Batu Muda dekat dengan office kakak. Wah, dah la klinik cantik, nurse pon baik-baik. Kakak tak boleh daftar kat situ kerana zon lain katanya. Tapi dia siap bagi arah jalan untuk ke Klinik Kesihatan Selayang. Baik sangat. Dia kata nanti mintak Selayang tompangkan awak checkup kat sini, boleh katanya.
Jadi kakak ke Klinik Kesihatan Selayang pula. Miserable betul kakak rasa hidup kakak haritu. Haritu kakak kena ambil air kencing, darah. Kakak kan orangnya sangat penakut dengan jarum, dengan ubat. Tapi lain ye perasaan bila dah ada anak, nak kan yang terbaik untuk anak, kakak jadi redha jah kena cocok ambil darah. Bukannya kakak tak baca blog-blog yang kata ambil darah ni sakit. Tapi alhamdulillah tak sakit. Lepas ambil darah seisi berborak lah dengan nurse sebab dia nak isi buku merah kita tu kan.
Dia kata akak ni wajib jumpa dokter dah harini sebab akak dah 13 minggu katanya. Bila jumpa dokter pulak dia nak scan perut. Okeh kakak kan suka sangat tengok Grey's Anatomy. Kakak frust la season yang akan datang ni Christina Yang dah takde. Okeh camni bila kakak tengok citer tu, kalau macam deme scan2 tu adalah masalah muka deme memang macam mana ek? Ahh sapa tengok citer tu tau lah. Jadi tak taulah kakak ni terbawa-bawa sebab tengok cerita tu atau kakak yang paranoid atau memang muka dokter tu takde perasaan. Hahahaha. Kakak tanya Doc is everything ok?. Eh ok, your baby active katanya. Kakak macam pelik juga, 13 weeks memang dah boleh tau active ke tak ke? Ntah lah kakak takde experience.
Lama sangat dia scan perot kakak okeh. Lepas tu, kakak tanya lagi sekali, Doc, please tell me the truth, its everything ok? Hows my baby? Dokter tu cakap, eh why u ask me like that? Dia senyum-senyum. Biasalah dia kata fisrt time kan? Lepas tu dia tunjukkan kertas scan tadi, ni kepala, ni tangan dia, ni kaki dia.. hahaha..
Haritu kan, adalah hari paling emosi dalam hidup aku. Hari paling gembira dalam hidup aku. Buat pertama kalinya selepas dapat tau pregnant, aku menangis bagai nak gila sebab gembira sangat-sangat!
Okeh, habis cerita pasal Klinik Kesihatan. jadi disebabkan nurse-nurse kat sana sangat baik-baik, manis-manis, tak macam yang kat Ampang tu, kakak macam rasa nak pulak buat routine checkup kat KK nih. Cumanya mungkin masalah masa lah kan. Cuma plan asalnya nak tau condition kakak, kalau ok, kakak nak terus proceed ke Ampang Puteri. Kakak dalam dilemma sebabkan nurse-nurse baik jah. Ntah hape-hape kan? Kakak kan memang kalah betol kalau orang baik-baik. Serious!
Checkup kakak bulan ni, kakak dah buat appointment kat Ampang Puteri 13hb ni, KK kakak tak ingat berapa haribulan. Nanti kakak tengok macamana, sama ada nak teruskan kat KK atau Ampang Puteri saja.
4 comments:
awak jumpa gynae mana ana???
hai cik adik.............dah peknen!!! alhamdulilah and tahniah. jaga diri elok2 taw!!
Kak Ila, jumpa Dr Fauziah Hasan
Hai Kak Nina, Tengkiu kakak!
Post a Comment