Tuesday, September 1, 2015

Kodai Makan Tepi Sawah - Tanjung Ipoh Kuala Pilah









Fuh! Rindu gila nak makan kat sini. Selalu tiap-tiap minggu atau 2 minggu sekali kami akan ke Tanjung Ipoh Kuala Pilah, bawa mak abah mertua pergi berubat alternatif. Sebelum sampai rumah ustaz tu, singgah sini untuk breakfast.

Kakak selalu makan mee goreng (dia goreng panas2) + telo mata, roti canai wajibulgunah sebab roti canai melayu bikin sedap okeh, garing!, kuih muih, karipap, koci, talam, seri muka (kalau tak habis lagi), air mesti teh tarik.

Sebenarnya kan, ni pendapat peribadi kakak lah, takdelah sedap gila sampai termimpi2, cumanya suasana kampung, tepi sawah, angin sepoi2 bahasa tu yang buat nyaman je dok situ.

Selalu kalau balik pulak kami singgah kat kedai makan ulu bendul tu, pon pada pendapat kakak tak berapa umppphh la, mungkin ada tempat lain yang lagi best. Tapi kakak belasah je.

Selain tu kami singgah beli segala menatang salai malai. Tak ingat kedai mana2 satu, kadang tu main berenti jah.






2 comments:

Lea Ismail said...

Macam best je suasana tepi sawah yang digambarkan. Nanti2 mau ke kuala pilah. jjcm. tak pernah lagi ke arae belah sana

Cikna said...

Cikna tau kedai mkn tu tempatnye katne.... selalu gak lalu kat sini tp menatang salai tu xpernah pun beli,huhuu.....;-)