Tuesday, November 19, 2013

Siblings




Hidup saya cuma mak, abah dan abang.

Sampailah abang berhasrat untuk mendirikan rumahtangga, saya mengalami keterujaan yang melampau kerana nak dapat kakak!

Yang bestnya, abang masih macam dulu-dulu, walau dah berkahwin dan kini mempunyai 4 orang anak, saya tidak pernah merasa terpinggir, malahan kasih sayang beliau dan isteri serta anak-anak, sampai kini saya masih merasainya..

Orang 'macam saya' sangat menghargai kasih sayang, sangat!

Bila saya pula berkahwin, Allah beri saya 3 orang adik perempuan dan seorang adik lelaki.
Mula-mula agak kalut, ye lah mana biasa beramai-ramai.. tapi makin lama makin seronok pulak.

Teringin sebenarnya nak ada siblings yang berkongsi cerita, get crush dengan this boy, that boy,
aku pinjam baju kau,
kau pinjam seluar aku,
aku buatkan rambut kau,
kau mekap kan aku,
gitiew!

Kalau orang lain bertatih tatih nak masuk keluarga baru, saya tak perlu risau, sebab adik ipar saya selalu tarik tangan saya kesana kemari kalau kami dirumah sedara, ahaks!

Kami boleh bercerita tanpa henti dari Kuala Lumpur ke Perak tanpa henti.
Kata mak mertua dengan nada perli:

"korang ni cerita apa? tak penat penat ke berborak?"

So Angah, terima kasih sebab sayang saya,
tak lupa buat Kak Chik dan Adik

Terima kasih sebab terima Kak Long dalam family seadanya saya.

Monday, November 18, 2013

Lesen L

One step forward.

Harap dipermudahkan.

Terima kasih pada kawan kawan yang mendoakan dan kasik semangat pada saya.

Ahaks.