Friday, August 23, 2013

Jom kita maaf memaafi :)

Assalammualaikum..

Selamat Hari Raya,

mohon maaf diatas segala kekhilafan, sama ada sengaja atau tidak sengaja,
kita ini manusia, kadang-kadang terlepas laku tanpa sedar,
kadang-kadang terlepas kata tanpa perasan..

Alhamdulillah, ramadhan tahun ini adalah ramadhan yang terlalu bermakna
ramadhan yang penuh air mata.. syukur ke hadrat Allah..

Ada satu ketika,  kita akan teruji sampai rasa dah tak mampu nak bangun lagi..
kita berasa sangat kecewa, sangat menyesal,
telan nasi pun rasa pasir *ok itu klise* :p

Selepas solat Subuh ramadhan ke empat,
saya dengan dengan rasa rendah diri,
lapang hati,memanjatkan doa kepada seseorang
seseorang yang pernah singgah dihati saya
seseorang yang pernah saya sayang
seorang 'kawan' yang kami pernah lafazkan bersama-sama untuk terus bersama sehingga diakhirat kelak..

kerana salah faham, kami bertengkar, pertengkaran yang maha dasyat,
ayat dan butir bicara beliau sangat mengecewakan saya
sudahlah berbicara macam orang tidak ke sekolah
dicanangkan pula kisah kita pada seluruh umat
dengan bangganya dia berkata
"puas hati aku, semua orang dah tahu"

senyum.

ya, bila kita marah, kita tidak sedar dengan apa yang kita cakap
dan dengan siapa yang kita cakap..

benar kata orang, tajam lagi lidah dari mata pedang,
baik kau tikam aku hidup-hidup
dari kau menyiksa aku dengan membenci kau sepanjang hayat aku!

Tangkai hati bagai direntap! nyawa bagai melayang,
didalam hati berkata, tidak apa, janji Allah itu pasti!
namun sedikit malahan sebesar hama pun hati ini
tidak pernah mendoakan beliau yang tidak baik (cuma tidak masuk dalam list doa sahaja)

Tetapi dihari itu, saya tidak tahu kenapa
Allah menggerakkan hati saya
tanpa paksaan, tanpa apa-apa, saya memaafkan beliau
dunia dan akhirat..
saya juga pendosa, siapalah kita ingin menghukum..

hati saya..? lega...
lepas bebas,
seronok,
gembira
sebenarnya tiada kata-kata,
tidak tahu nak ungkap dengan kata-kata..

Allahamdulillah..

Harapan saya semoga beliau bahagia, dunia dan akhirat..

Benar, untuk mencari sahabat yang sama-sama menangis
sukar,
sangat sukar..
tetapi syukur kehadrat Allah,
saya senang dengan sahabat-sahabat saya sekarang..
mereka terima saya seadanya saya..
mereka juga tahu siapa saya..

Sekali lagi, terima kasih Allah.