Pernah makan kebab kat Jalan TAR?
Fuh lagend kebab ni, dari zaman kakak kekecik dulu nih. Sebenarnya bukanlah mengidam sangat pon masa mengandung tu, sebelum2 tu lagi memang nak makan kebab ni, tapi dek kerana takde kepentingan sangat nak pergi Jalan TAR sana, jadi malas le kakak nak berzikir kat telinga suami kakak hari2.
Tapi dek kerana dah termengandung haritu, suami kakak tanpa dipinta dia bawak le jugak kakak meredah lautan manusia kat Jalan TAR nun. Mujor lah kedai kebab ni bukak lagi. Kakak pulun sampai 2 bijik sekali makan.
Dulu kekecik pon kakak pulun sekali 2 biji jugak.
Sedap sangat kebab ni!
Rasa kebab ni pulak masih sama macam dulu-dulu.
Momen momen semasa mengigit kebab ni, sambil pejam2 mata, sambil terbayang wajah arwah mak, bawak bag plastic Globe Silk Store. Arwah mak rajin shopping kat Globe. Murah katanya.
Kakak tak pasti sama ada kakak bebetol favourite dengan kebab ni atau kakak terlalu rindu kat mak kakak.
Hai mak! Mak dah dapat cucu tau! kikiki
1 comment:
rindu mak lettew
Post a Comment