Thursday, November 27, 2008

Selamat Hari Tua Sayang - 26.11.2008

Selamat Hari Tua diucapkan buat asben saya yang jaoh dimata, semoga dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan dan diberkati oleh-NYA.

Malam tadi makan at Sabak (bukan Sabak Bernam), kat Taman Melati. Ok lah food dia, tapi kalau tanya ako, ako lagi suka Terminal Seafood.

Terima kasih jugak pada Jza & Liza yang sudi "mensponserkan" kek ceklat yang sangat sedap ittiew. Ako tak tau apa peel ako, kek kawen sama kek besday, kemain suka beno.. kekeke
Maafla, diatas kelewatan yang sangat² tidak disengajakan..

Gambar akan diupload mungkin next week, PC En. Lelabah rosak, maka terpaksalah saya memendam perasaan terlebih dahulu.
Buleh view kat sini pon ade jugak..

Tuesday, November 4, 2008

Sepetang Bersama Lana, Mummy & Daddy Lana



Hari Rabu lepas Lana datang rumah. Suka sangat dapat tau Lana nak datang. Orang jaoh punya pasal, sanggup ni.. Dalam hati berdebar-debar gak, almaklum le rumah kita kecik, serba kekurangan, sangat segan, takot tak selesa ke bagai..

Lana bertolak dari Pahang sampai PJ check in hotel pukol 5.30pm gitu, haihh, ako dalam cab, terkocoh² nak balik nak sediakan apa yang patot.

Pukol 8.45pm sampai le deme 3 beranak, huhuhu... Syerah bagi bird kat saya, bird puyoh salai, 3 ekor, kuih tat yang sangat sedap.. tinggal sikit dah tat tu, sayang nak makan.. sedap Syerah oii..

Terima kaseh daun keladi buat Syerah, Bang Senol dan Lana kerana sudi singgah di teratak burok kami ini, harap jangan serik untuk singgah lagi ok. Sangat² gembira menerima kedatangan korang.. Harap selesa lah ya. Apa yang terlebih dan terkurang harap la maafkan... Aunty tak sabo nak tunggu Lana datang lagi...