Monday, May 16, 2011

Ipoh Part 1

Salam..

Sudah lama tak bersiaran, sebuk dengan kerja, letih, penat membuatkan tak tau nak tulis apa.

23.4.11 aritu adalah hari yang aku tak akan lupa sampai bila-bila. Aku pergi Ipoh SORANG-SORANG! Diulang SORANG SORANG!!! *giler poyo, orang lain sampai ke oversea nun sorang-sorang* Mengenali aku seorang yang penakot nak mati, mana mungkin buat kerja nih. Tujuan ke Ipoh adalah untuk berjumpa suami, dah nak masuk 2 minggu dia disana, aku mengambil kesempatan untuk berjumpa kawan-kawan yang tinggal di Ipoh, saja nak melepak, lagipon nak serahkan Hadiah Bodek Aku haritu.

Renteten aku ke Ipoh, perghhh gaya nak pergi London tuh, kawan-kawan aku suruh beli tiket awal, sebab ETS (Electric Train Service) bukan selalu ada, kadang-kadang jadual tak sama, balik kerja terus bergegas ke KL Sentral, naik Putra Train sampai ke KL Sentral, itu pon puas segala zikir semua keluar, okeh aku tak biasa berjalan sorang-sorang ye, abis kuat pon KLCC, Masjid Jamek, Kg Baru.. tu je kot pencapaian terbaik takat nih..

Sampai KL Sentral melilau gak carik mana kaunter ETS, pastu terus tanya kat Infomation Counter sana, dah beli tiket terus call Eryn tanya betul tak turun kat Batu Gajah, sebab Eryn suruh turun Batu Gajah nanti senang dia ambik. Okeh ada drama benarnya nak ke Ipoh nih, suami buleh buat lawak sinetron pulak dah, dan dan tak kasik aku pergi, ntah tak percaya aku buleh buat sendiri ke camna ntah.

Aku benarnya letih, naik train sampai Gombak, ambil cab terus balik rumah, okeh ni lagi satu kelakar seram, aku tak pernah naik cab malam-malam okeh! takot gak.. sampai rumah tawakal jek dok umah sorang-sorang, lepak tengok Maharaja Lawak, last-last TV tengok aku, bila aku tutop TV mata celik pulak tak nak tido, kojaq betoi!. Last-last biar je TV bukak sampai pagi, seawal pukul 4 pagi aku bangun dah, ahaha.. tak buleh lena sangat, siap-siap teros amik teksi ke KL Sentral, kowser mak naik tren, mau lambat kang..

Sampai KL Sentral pukol 8 pagi, ceh! awai.. p turun ingat nak breakfast McD, ramai naa umat pon, tak jadik ler, lepak dunkin donuts, makan sandwich sama kopi.





3 comments:

gadis solehah said...

tak sabar rasanya nak baca part 2..*Teruja*

nizamsani said...

tinggi juga kos nak ke ipoh ni ye.dengan tambang teksinya, etsnya.sandwich kopi dunkin donutsnya.

Faizul said...

"seawal pukul 4 pagi aku bangun dah, ahaha.. tak buleh lena sangat, siap-siap teros amik teksi ke KL Sentral, kowser mak naik tren, mau lambat kang..

Sampai KL Sentral pukol 8 pagi, ceh! awai.."

ni statement nak cerita konon bangun 4 pagi tapi bersiap lambat sangat sampaikan ke kl sentral dah cecah 8 pagi, ke hape ni? ni mandi ke berkubang kerbau? atau nak kaber line konon teksi slow sangat sampaikan berjam-jam nak sampai ke kl sentral?

opsss okeh busy bye