Tuesday, April 16, 2013

Air memang tak boleh dicincang!

Kita ni adik,
adik buat lah cara adik :)

nak berkasar bahasa pon pandanglah kiri kanan..
kasihan abang atau kakak kita kan..

kita nak hidup juga ke dengan kisah semalam?
kalau cakap loser mau kamu orang tersentap!

tapi itulah hakikatnya
tak perlu toleh cerita yang tertinggal dibelakang..

kita adalah kita hari ini,
kita bukanlah hari semalam...

andai ada yang tersilap dimana-mana
maafkan sajalah..

EGO boleh ditukar jadi emas?
syabas lah kalau kamu berjaya!

adik beradik ibarat air yang dicincang tak kan putus,
setakat salah sikit sikit tu pejamkan sajalah mata kamu sebelah
tak payah nak beriya herdik menengking gaya orang hilang akal

saya.. amat kecewa..
hilang rasa malu, hilang rasa hormat..

belajarlah untuk menjadi dewasa..
belajarlah untuk bersikap rasional..
belajarlah untuk bersikap saling menghormati..

masih belum terlambat..
tak perlu sombong

Allah marah.. :)


*Sikap saling bermaafan dan menghormati amat penting pada saya, semuanya bermula dari rumah :)



 

No comments: