Thursday, September 10, 2015

White Cammellieya - Project Tertangguh

Kakak rasa masa ni kandungan kakak nak masuk 11 minggu ke 12 minggu. Kakak tak berapa nak ingat. Kakak tau kakak pregnant masa nak masuk 7 minggu. Masuk 2nd trimester serious kakak lembik juga. Dengan nak montahnya, dengan peningnya, tapi kutahan Jebat!! 

Sepanjang 5 minggu tu teruk kakak nak menangis sebab tak lalu nak makan, tengok makanan nak montah. Tapi mujorlah kawan2 office kakak walaupon tak kahwin lagi, sangat mengambil berat hal kakak, paksa jugak kakak makan, Aida pulak siap masakkan kakak lauk ikan bilis sambal, ayam sambal, ayam kicap, baru kakak ada selera makan. Takde life sangat hidup kakak time ni, duduk kat kedai makan pon nak nanges sebab penat ke camna ntah. Lepas pada 5 minggu tu tiba2 kakak ok sihat dan kuat, hahaha.. 

Selain dari tak boleh bau minyak wangi dari suami kakak, kawan opis kakak dan bos kakak, kakak tak boleh bau tumisan makanan kedai tomyam dan kakak tak suka sayur kailan.

Itu je lah pon, so far kakak ok ok je, alhamdulillah Allah permudahkan, selama 9 bulan kakak mengandung, tak pernah demam, batuk dan sakit2, selsema pon dapat sehari je itu pon sebab masatu share air dengan kawan office kakak. 

Masa ni sebenarnya photoshoot untuk jubah dan long cardigan untuk White Cammellieya, dah memasing pregnant, ke laut sudahnya, gambar dah ada, tapi suami kakak pulak takde masa nak buat design. Erghh! 
 
 
 


Air Jagung Sedap

Assalammualaikum 

Dulu2 masa kakak kerja dia area KLCC dan suami kerja area Kampung Baru, selalu juga makan dekat ada satu kedai pakcik ni. Tak ingat nama kedainya. Tapi dia masak masakan kampung dalam periuk tanah. Hoi! Sedap nak arwah okehh! 

Lagi satu signature air dia kat sana adalah air jagung. Perghhh, nak arwah juga kesedapan dia. Tapi bila kakak dah tukar kerja kat Batu Caves dan suami di Jalan Tun Razak, memang dah tak jejak kedai pakcik tu.

Tapi ada satu petang tu kakak dan kawan2 opis kakak singgah makan kat ada satu kedai ni kat Taman Batu Muda berdekatan dengan office kakak. Ada air jagung yang kakak pernah minum kat Kampung Baru tu, cuma lauk pauk je takde, dia jual Chicken Chop, Lamb Chop, Nasi Lemak, Laksa, dan Yong To Fu goreng.

Mula-mula makan kat kedai tu cuma macam seronok la tak yah dah nak g Kampung Baru lagi, hilang lah rindu dendam dengan air jagung ni, tapi bila kali kedua datang, kakak tengok muka pakcik tu gaya macam kakak kenal, jadi masa nak bayau kakak tanya, pakcik ada kedai makan kat Kampung Baru? Iye, ada katanya, mana anak tau? hahaha... Kemain la kakak bercerita dulu2 rajin makan kedai pakcik, tapi dah tak pergi dah sebab dah bertukor tempat kerja.


  

Tuesday, September 1, 2015

Kodai Makan Tepi Sawah - Tanjung Ipoh Kuala Pilah









Fuh! Rindu gila nak makan kat sini. Selalu tiap-tiap minggu atau 2 minggu sekali kami akan ke Tanjung Ipoh Kuala Pilah, bawa mak abah mertua pergi berubat alternatif. Sebelum sampai rumah ustaz tu, singgah sini untuk breakfast.

Kakak selalu makan mee goreng (dia goreng panas2) + telo mata, roti canai wajibulgunah sebab roti canai melayu bikin sedap okeh, garing!, kuih muih, karipap, koci, talam, seri muka (kalau tak habis lagi), air mesti teh tarik.

Sebenarnya kan, ni pendapat peribadi kakak lah, takdelah sedap gila sampai termimpi2, cumanya suasana kampung, tepi sawah, angin sepoi2 bahasa tu yang buat nyaman je dok situ.

Selalu kalau balik pulak kami singgah kat kedai makan ulu bendul tu, pon pada pendapat kakak tak berapa umppphh la, mungkin ada tempat lain yang lagi best. Tapi kakak belasah je.

Selain tu kami singgah beli segala menatang salai malai. Tak ingat kedai mana2 satu, kadang tu main berenti jah.






Thursday, August 27, 2015

Kebab Best di Jalan TAR

Pernah makan kebab kat Jalan TAR?

Fuh lagend kebab ni, dari zaman kakak kekecik dulu nih. Sebenarnya bukanlah mengidam sangat pon masa mengandung tu, sebelum2 tu lagi memang nak makan kebab ni, tapi dek kerana takde kepentingan sangat nak pergi Jalan TAR sana, jadi malas le kakak nak berzikir kat telinga suami kakak hari2.

Tapi dek kerana dah termengandung haritu, suami kakak tanpa dipinta dia bawak le jugak kakak meredah lautan manusia kat Jalan TAR nun. Mujor lah kedai kebab ni bukak lagi. Kakak pulun sampai 2 bijik sekali makan.

Dulu kekecik pon kakak pulun sekali 2 biji jugak.

Sedap sangat kebab ni!

Rasa kebab ni pulak masih sama macam dulu-dulu.

Momen momen semasa mengigit kebab ni, sambil pejam2 mata, sambil terbayang wajah arwah mak, bawak bag plastic Globe Silk Store. Arwah mak rajin shopping kat Globe. Murah katanya.

Kakak tak pasti sama ada kakak bebetol favourite dengan kebab ni atau kakak terlalu rindu kat mak kakak. 

Hai mak! Mak dah dapat cucu tau! kikiki

 




 

Tuesday, February 17, 2015

Shoes are boring, wear sneakers!

Kasut

Semalam  ada User Acceptance Test for GST kat office.
Our E-Store vendor tegur kakak punya sneakers. Eh Ana why you pakai kasut sekolah?
Chait!
Saya dah tak boleh pakai heels.
Eh whyyyy? Kemain ko kemain why dengan aku. Miahahaha
Ana this is a basketball shoes tau. Hahahaha

So ni lah dia kasut yang kakak pakai semalam
  

Kakak lately ni gila nau kat Converse, kemain motto deme "shoes are boring wear sneakers" gitiew. Kakak memang dari zaman anak dara muda remaja suka sangat dengan kasut nih. Ntah kakak rasa cool bila kakak pakai kasut ni. Tapi sebenarnya bukan lah selesa mana pon, tak macam pakai Fitflop, bagai tak pakai selipar. 

Salah satu sebab lain kakak pakai kasut ni adalah selain dari nampak cool, kakak udah start pakai socks, jadi pada pandangan mata kakak yang buta fashion ni, kakak tak berapa in kalau stokin dimatchkan dengan kasut tinggi. Itu pandangan mata kampung kakak sahaja. Tapi kakak tengok orang lain pakai molek jah, cuma kakak sendiri, kakak tak suka. Itu sahaja. Selain dari tak suka, kakak sebenarnya tak reti pakai stokin dengan kasut perempuan sebabnya melurut licin. Gitiew.

Memang ada kasut-kasut yang lain yang selesanya tahap gaban seperti Clarks, Scholl, Hush Puppies dan tak silap kakak Fitflop ada juga keluar kasut tutup yang sangat kiut pada kakak. Ntah lah tapi kakak makin hari makin addicted dengan Converse All Star nih. Ada macam2 kaler lagi yang kakak takde dalam koleksi kakak. Nanti-nantilah bila kakak dah cukup semua kaler, kakak berenti lah beli.


Yang kelabu ni adalah waktu mula-mula kakak berkecimpung dalam dunia sneakers. Hahahaha. Kakak beli kat kawan opis kakak. Jadinya kakak sedar diri sebab size kaki kakak kecik, jadi kakak redha jah walaupon kakak tak berapa berkenan sangat. Ni dema kata Jack Purcell, yang macam kakak punya masa gambar mula-mula tadi Chuck Taylor.



Selepas satu tahun kakak melenjan itu Jack Purcell, kakak rembat lagi 2 pasang, 1 high cut 1 lagi lo cut. Hamik ko, satu kaler ijo, satu kaler neon. Kahkahkah. Ada juga kawan-kawan kakak komen yang kakak ni buta warna lah, takde taste lah. So???? Ada kakak kesyah.. miahahaha.. kakak belasah jah, dah tu yang ada untuk size kakak.
 
Haaa, yang Bart Simpson ni memang dah lama kakak nak, kakak just order jah, lambat cepat belakang kira, tak sangka dapat juga size kakak. Yang ni pon dapat komentar teruk dari kawan kakak. Kawan kakak kata kakak takde taste! Sekali lagi, ada kakak kesyah? miahahaha..

Rilek jah kakak pakai dengan baju kurung. Yang ni sebenarnya suami kakak yang berkenan. Jadi kami suami isteri memang ada sorang satu yang kaler putih ni. Ni bukan kain tau, ni leather, tapi bukan lah leather sunggoh, nampak le macam leather. Yang ni suami kakak belanja sebab dah dia nak yang ni.


Kahkahkah.. Yang ni suami punya menda ntah nama, washer ke apa ntah nama jenih dia. Rilek jah pakai dengan jubah, biru + pepel. Hahahaha.. Kakak memang jenis tak kisah, pada kakak All Star memang cool giler!

 

Yang ni kat Avenue K, tengok gedik tak senyum simpol kakak tuh? Miahaha.. Suami kata esok-esok nak buat kat rumah macam ni, nak susun kasut Rohana macam ni. 

Choyyy sangat!

Sekarang ni kakak tengah tunggu kaler merah cili, Jack Purcell hitam macam suami kakak dan Bart Simpson kaler biru, lama dah kakak order tu, takde size kakak katanya. Kakak sabar jah menanti. Kihkih