Salam Aidiladha salam hari Jumaat..
Aidiladha tahun nih biasa-biasa jugak bagi aku, pagi-pagi dah masa breakfast umah mertua dah melalak depan rezeki, sunggoh aku tak buleh nak tahan air mata, mak mertua aku tanya kenapa ni, aku jawab "teringat kat makkkk" teringat mee kari makk.. hahaha.. cehh!!. Korang, kalau ada makanan favorite cepat-cepat belajo dari mak korang ye, jangan jadik macam aku, huhuhu..
Lepas breakfast suami kena pergi kat tempat orang buat korban dah, dia ada buat sikit tahun ni, pak mertua aku soh aku sesiap jugak, malas le aku nak turun, aku tak buleh le nak tengok-tengok korban nih, pengsan tengok darah kang.. ekekeke.. dulu-dulu masa kecik-kecik memang aku tak akan makan daging korban, sebab kesiannya tengok lembu tuh nanges, kesian tengok lembu tuh macam meraung, tapi kata Pak Long dia nanges sebab dia terpilih untuk dijadikan korban, jadi kita jangan sedih-sedih, tak baik..
Hari itu aku memakai jubah hitam colour hitam pemberian sahabat dari bumi Kuwait *chewah* tapi tak amik gambar pon.. huhuhu.. suka sangat dengan Jubah nih, aku kalau kat Malaysia nih ada juai hat style-style gini memang aku stok pakai jubah jah, itu memang cita-cita dari tengah tahun hari tu kot.. hihihi.. Nanti ambil gambar dan cerita sedikit mengenai jubah nih, ada sebuah kenangan agak manis disitu.. *sayang kamu wahai kawan yang baik hati*
Ingat petang lepas Asar nak ke rumah abang, rindu dengan anak buah yang sulung, lama tak jumpa beliau, yang lain pon rindu juga, tapi haritu dah jumpa minggu sebelum tu.. Tapi mereka beraya dirumah mak mertua abang aku, jadiknya aku decide lawat minggu nih je lah.
Seronok juga dirumah mertua, main-main dengan Muhamad Alif, anak buah belah suami, lama tak main-main dengan baby, Muhamad Alif baru baik dari sakit kulit, penuh satu badan, kesiannya tengok baby sakit kan, tapi baik dah dia, cantik dah kulit dia, suka tengok dia nak burak-burak, gelak-gelak.. hahaha.. terhibur dengan telatah Muhamad Alif..
Kami duduk disana sampai pukol 10 malam, tak larat dah badan, teros balik rumah, makan pulak biasalah, semuanya berasaskan daging, esoknya cuti lagi, suami keluar hantar album kawen, aku malas nak ngikot, nak cuci kain baju bagai, masa dia nak balik dia call suruh aku siap-siap nak bawak makan kat Rasa Sunda. Lagiiii??? hahahaha.. addicted dah kitaorang kat Rasa Sunda nih..
2 comments:
aku pn mcm ade impian nk berjubah
hehee
insya Allah one sweet day
:-)
meh la tayang jubah dr negara arab nun
insyaallah syana.. one fine day.. kekeke...
nanti tunggu amik gambar molek2 ye.. kekeke
Post a Comment