Fuh, busy bebeno sejak dua menjak nih, mulalah nak marah tak tentu hala.. Serious saya penat sangat-sangat.. Ada tak siapa-siapa yang menggantikan kerja saya? Saya dah malas nak kerja.. Kalau anda seorang bujang buleh apply, buleh build carrier sebenarnya.. Ntahlah memang peel, rasa tanggungjawab tuh kadang-kadang sampai tak fikir diri sendiri.. Kalaulah saya buleh buat tak tahu balik tanpa rasa bersalah kan ke bagus.. arghhhh penat!!. Mujurlah Boss pon buat kerja sama, hahaha.. sejuk sikit hati.. kikiki
Ok cukup sudah merungut disitu.
Pada kawan-kawan rapat, umum sudah mengetahui suami kerja diluar daerah pada 13-30 April yang lalu.. Lama tak?!!. Sebelum-sebelum tu juga selalu juga beliau ditugaskan keluar daerah kerana event Minggu Saham akan berlangsung di Sabah. Kiranya bulan 4 tuh, memang ntah berapa hari je dia dirumah..
Mula-mula ajak juga kawan temankan, lepas tu malas pula nak susahkan orang, kadangpkadang kita tak tahu hati orang, ntahkan suka, ntahkan tidak kita minta minta tolong begitu, jadinya kuatkan hati kuatkan semangat tinggallah sorang-sorang dengan lampu seluruh pelosok rumah terbukak, TV juga perlu buka 24 jam, pernah cuba untuk tutup TV, tapi mata manja ini mengada-ngada tidak mahu terpejam.. :p
Sebelum suami pergi, dia telah berpesan pada mak ayahnya supaya sudilah kiranya menemani isteri beliau iaitu saya *kelip kelip mata tanda comel*. Tapi pada hari Sabtu dan Ahad tu, saya banyak hal, jadi saya minta mak & abah untuk datang hari Isnin ke Selasa ke, saya seboleh-boleh tidak mahu menyusahkan mereka.. ntahlah, hati serba salah benarnya.. terasa sangat diri ini bagai menyusahkan orang.. dikala begini seringkali wajah arwah mak datang bertandang, jika mak ada, mungkin saya tak menyusahkan mereka..
Saya terus tinggal sorang-sorang tanpa rasa seram dihati sehinggalah ada 1 haritu lebih kurang pukul 330 pagi saya dengar siren polis begitu kuat sekali, saya terjaga, dengar salakan anjing polis dan suara orang cakap-cakap "nampak tak ada orang lalu ke arah ni?" okeh, biji mata terus bulat! Sumpah tak dapat tidur, pagi itu nak menangis pergi kerja, sorang-sorang macamnih, sedih sangat.. menitik air mata waktu dalam perjalanan nak mendapatkan teksi, iye saya sangat takut! Pagi-pagi suami call tanya kesihatan saya, saya bercerita dengan menanges teresak-esak.. Awalannya tidak mahu menakutkan dia, tapi ntahlah, takut sangat-sangat..
Petang itu ikut Bos meeting ke Shah Alam, suami kata abah & mak dah otw kerumah.. alahai.. kasihan mereka, saya lewat petang baru sampai rumah.. Sementara menunggu mak & abah sampai saya pun kepochi dengan kakak kakak jiran, nak tahu apa sebenarnya terjadi malam tadi.. rupanya ade 5 orang perompak melarikan diri menuju ke arah kawasan rumah kami.. Ya Allah.. syukor kau telah melindungi aku..
Abah & mak menemani saya dari hari Selasa tu sampailah suami balik, on off, Selasa-Jumaat, habis waktu kerja saya, Abah & Mak terus ambil saya dipejabat.. hihihi.. comel! Saya feeling-feeling manja la.. weekend saya habiskan masa disana, Ahad malam pulang semula ke Gombak sampai hari Jumaat, Sabtu tu saya dah pulang semula ke rumah kerana ada hal lain.
Sepanjang ketiadaan suami saya merasakan aura kasih sayang dari seluruh keluarga suami saya, bukanlah sebelum ni tak rasa kasih sayang, tapi mungkin tak duduk sama-sama dalam waktu masa yang panjang kan..
Hari-hari Abah & Mak akan hantar saya pergi kerja, balik pon serupa, kemain datang jemput.. adoi la.. sungguh saya rasa terharu banyak betul lemak terkumpul ye.. hihihi.. Tapi saya cakap dengan Abah, esok tak perlu ambil saya dah sebabnya saya tumpang kawan balik.. Hari Sabtu masa saya pulang ke rumah semula, adik ipar saya Faizah & suami serta si comel Alif menghantar saya hingga ke rumah, saya cakap hantarkan tengah jalan je, nanti saya naik teksi, kemain nak hantar jugak-jugak! Bukan jauh katanya.. alahai...
Terima kasih saya nak ucapkan kepada family mertua saya kerana sudi memberi saya menumpang bermanja dengan kalian.. :)
Minggu depannya setelah suami pulang, ziarah rumah Abang pula, lama tak jumpa Kakak dan budak-budak.. seperti biasa aura kasih sayang dari mereka tak pernah padam, dengan Abang pertama-tama sekali dia akan bertanya "sihat?" hehehehe.. lepas tu ntah le mende deme burak-burak, saya seperti biasa meluru kedapur untuk menimbang berat badan.. kahkahkah.. bukan tolong Kakak pon.. ceh!.
Berat adalah naik 2kilo dari 63kg ke 65kg berkat makan nasik malam-malam selama 2 minggu Abah & Mak menemani saya.. Mak masak sedap okeh, rugi le tak makan, nak nak masa mak masak kari ikan merah, hoihhh!!! Rasa nak menanges sebab teringin sangat nak makan kari ikan..
Kalau kerumah Abang yang saya perasan, ko lapor ke, ko kenyang sampai sendat perot ke, burak burak gelak gelak, tiba-tiba dah ada kat meja makan.. magic tak? hahaha.. Ntahla.. cara Abang & Kakak melayani tetamu memang superb!!. Tak pernah lagi tanya "nak minum ke?" memang semua tersedia, iskhh.. kita pulak rasa segan, tu kadang-kadang memang malas nak cakap kalau nak datang.. Pastu kat meja makan, burak burak gelak gelak, dah kenyang nih, buleh pulak tertambah lagi nasik.. hadoiii!!! hahahaha..
Tapi burak dengan Abang memang seronok, release tension, nanti dia akan tanya kerja macamana?. Kita nih dah macam ahli haluan kiri dok bercerita, dia gelak gelak, at the end benda yang kita cerita jadi positif.. kikiki.. comel Abang!!. Setiap kali burak dengan dia, mesti lepas tuh aura positif akan menjalar disetiap urat dalam badan nih.. kahkahkah
Okeh nak sambung buat kerja.. mak busy loike hell uollss!!
2 comments:
Bestkan jadi kesayangan dlm family mertua. rasa kehadiran kita sgt dihargai! i love my family in law! mcm syg kluarga sendiri. x beza sikit pon!
hallo. salam kenal.
Post a Comment