Ingat lagi masa zaman anak dara, pergi kerja naik bas Rapid KL, nak montah sebab lambat gaya bersiar2, suka naik bas Metro lebih samseng! ;p
Dah biasa naik bas, train langsung tak reti naik, kolot sungguh! Lama-lama dah pandai naik train TETAPI haroslah beli tiket kat kaunter tak mampu nak beli kat mesin layan diri sebab tak reti (baca : bodoh sombong tak mahu belajar)
Cerita Sabtu lalu, naik train lagi, tapi dah guna token, hihihi, sejak guna token ini adalah kali kedua saya menaiki train, sunggoh tak reti, takpe, Touch & Go kan ada ;p .
Kad Touch & Go tu saya beli dah lama dari zaman 2010 kot, tapi baru haritu top up sebab tak tahu nak guna token! ya ya kampong.com sangat!
Dari satu stesen ke satu stesen kenangan lalu menerjah minda, macam ada skrin wayang pulak kat depan mata.. macam-macam rasa.. ada manis ada masam tawar pahit mengkelan..
Dari kenangan sepak tayar bas sebab gaduh dengan kontraktor bas sampailah iklan bernanah pura-pura tidur Adlin Aman Ramli didalam LRT, tak perlu marah dengan iklan itu, itulah kita rakyat Malaysia yg perihatin ;p .
Pakai kebaya, kasut tumit tinggi tapi sepak tayar bas, apakah?.
Lokasi pejabat saya dulu adalah di Wisma Central Jalan Ampang bersebelahan Pelita KLCC berdepan dengan Corus Hotel, bas memang akan confirmed berhenti di hentian KLCC atau Ampang Park, bagi kami yang tengah-tengah nih, kadang-kadang bas meluncur laju terus berhenti di Ampang Park, eeeiii what the fishhh!! Bayang nak kena berjalan dengan kebaya ketat tumit tinggi bagai?. Itu yang berlagak samseng masa turun bas ketuk pintu bas sambil tendang tayar bas itu, belom masuk mulut menyumpah seranah! Masyaallah Rohana..
Hari Sabtu lalu tidak cukup tangan membawa barang, seperti biasa rakyat Malaysia yg perihatin, lelaki lah selalunya (tidak semua) tidak ambil pusing pun dengan sesak baratnya kami! Duduk terkangkang pandang orang atas bawah, tidak teringin pon nak pelawa duduk ;p
Tak payah nak berangan sangat! Kalau pon tukar cuma tokennnya sahaja, orangnya masih sama, orang yang duduk kat kaunter tu pun sama, mahal senyuman. Penumpang apatah lagi, dengan tak reti berator, stress mak!! ;p
Berdiri bersama-sama seorang Pakcik, kami berbalas senyum. Baju kemeja, smart! Seluar jalur kecik2 potongan smart! Kasut stylo Pakcik! Ahaks!
Tengok kiri kanan takde pulak orang nak kasik pakcik ni duduk, tiba-tiba nampak ada sorang akak ni angguk kat anak dia, budak tu bangun minta pakcik tu duduk tapi dia tak mahu. Sampai satu stesen yang lain, ada orang bangun, saya minta pakcik tu duduk, dia menolak, katanya ada sebab I tak mahu duduk, sebab ada bisul, karang I duduk sakit, nanti orang kata I sombong pula!
Seronoknya berbual dengan Pakcik tu, dari satu cerita ke satu cerita, inspire giler!. Pulak tu tak mahu dia cakap Bahasa Melayu! hahaha..
Sampai hari ni teringat dekat dia.. :)
Eh, pergi membeli belah hari Sabtu haritu dengan Aida, dari pukul 9 pagi sampai 9 malam, ada projek! ahaks!
No comments:
Post a Comment