Monday, May 13, 2013

Hari yang panjang, penat juga sehari dua ni,
tidur tak berapa cukup, tapi takpe..
dah nama pun mencari rezeki,
dimana-mana pun pasti ada penat dan lelahnya :)

Masih saya ingat hari arwah mak meninggal
pagi itu saya terima panggilan telefon dari En S berkaitan kerja..

“Ana, macamana ya status delivery kat London tu?”
Jawab saya, ‘maaf En S, saya sekarang dihospital, kejap lagi boleh saya update En S?

Jawapan beliau Oooh ye, your mother.. how is she?
Ok takpe, its ok, you jaga your mother baik-baik ok, jangan risau sangat pasal delivery tuh,
biarlah dia nak sampai ke tidak, yang penting sekarang your mother..
you jangan risau-risau ok.. family first! take care Ana"

Haihh.. kelemahan saya adalah orang yang baik..
saya cukup lemah dengan orang yang ikhlas dan baik..

Dari elok-elok saya tak menangis terus saya menangis..

Sebenarnya En S tu follow up je dengan colleague saya,
konon-konon beliau cakap macam tu tak nak saya fikir hal kerja..

Tapi sebenarnya saya ingat je kerja saya, habislah saya kalau barang tu tak sampai..
Saya awal-awal dah minta tolong dengan colleague untuk follow up dengan DHL ..

Saya ingat kata-kata En S sampai sekarang,
walaupun beliau dah tidak bekerja as our Client,
saya tetap menghubungi beliau untuk bertanyakan khabar..

Terima kasih En S kerana sangat memahami,

Ceritanya simple sahaja!

Sebelum nak keluarkan perkataan
fikirlah bahasa mana yang perlu kita guna..  compatible tak?
Ibarat pantun mesti lah kena dengan dengan ritma atau rimanya.. kan?
Ibarat makan nasik lemak mestilah ngam dengan kopi o kaw! kan?

Pernah dengar cerita paku disekeping dinding?
Tiap kali marah ayah pemuda tersebut meminta anaknya memaku dinding tersebut
Dipendekkan cerita apabila beliau telah berjaya mengawal kemarahan beliau, bapa pemuda tersebut meminta beliau mencabut paku itu satu persatu..
Kesan-kesan berlubang membuatkan dinding itu tidak sama lagi seperti sebelumnya..

Macam tu lah hati kita..
Sebanyak mana pun kemarahan kita,
cubalah untuk menggunakan bahasa yang tidak akan meninggalkan kesan lubang-lubang pada dinding hati orang lain..
Kata-kata baik akan diingat sampai mati
Begitu juga kata-kata kesat, akan diingat juga sampai mati

Pilihan ada ditangan kita

Sama ada mahu orang ingat kita dengan perkara baik-baik
atau mahu orang ingat kita dengan perkara yang tidak berapa menyenangkan..

Nabi pesan sebelum kita marah
cari 70 alasan kenapa kita tidak perlu marah...

Peringatan untuk diri sendiri, jom audit diri sendiri!

Kunci kesalahan selalu ada pada diri, bukan diluar,

When you point one finger, there are three fingers pointing back to you. ... :)

 Salam Isnin, selamat memulakan kerja! :)



 

No comments: