Kakak dah ada lesen!
Serious kakak benarnya tak sungguh-sungguh pon nak ambil lesen ni.
Tu sebab makan masa hampir setahun baru nak siap lesen kakak.
Kakak tak banyak masa pon masa nak test itu hari. Panjang akal kakak bagi alasan kat cikgu kakak.
Suami kakak pula dah mula bising-bising. Jadi kakak redah dan redha je lah.
Kakak all out belajar dari hari Sabtu 2 jam, Ahad pagi petang, Isnin 2 jam, Selasa 2 jam dan Rabu 2 jam.
Masa ni kaki kakak yang terpeleot masih sakit lagi.
Khamis kakak dah nak test! Fuh, rasa nak cherry berry semua ada. Kakak memang ada masalah lupa ingatan bab jalan, walaupon kakak confident sebot nama tempat dan nama jalan tapi tetap tak cerdik sebab jauh menyimpang tempat kakak sebut. Jadi bila kakak mengutarakan kebimbangan kakak pada kawan-kawan Perak kakak, maka keluarlah macam-macam cadangan bernas, contohnya mereka ingin pacak tiang yang orang kawen selalu pacak tu sambil letak bunga manggar. Cis!
Kakak melangkah dengan tak berapa yakin hari Khamis tu. Kakak pakai baju blouse biru cotton yang diberi oleh kakak ipar kakak. Tiba masa kakak untuk ditest jalan raya. Kakak dapat pegawai wanita. Bagi salam, tapi tiada respon, mungkin dia jawab dalam hati. Dah check side mirror, signal dan lain-lain tiba yang terakhir kakak nak pakai seat belt, kepala seat belt tu hilang, kakak dah mula cuak. Rupa-rupanya masa kakak tutup pintu kakak tak periksa, tertinggal diluar. Mesti pegawai tu dah mula rasa jengkel dengan kakak.
Bermulalah pengembaraan dijalan raya kakak bersama akak pegawai JPJ. Kakak tukar gear tak pandang depan, kakak pandang gear, lantas kakak kena jerokah dengan akak pegawai. Mujor kakak dah biasa kena jerokah, jadi kakak tak berapa heran la dengan jerokahan beliau tu, kakak macam rasa nak cakap, cuba lagi akak! Next!
Azab kubur betul sepanjang pengembaraan kakak tu, dia jerokah kakak lagi, "kau ni, keras kejong bawak kereta!!! Eeeeyyyy!! Tapi kakak dah biasa buat muka takde perasaan, atau pun memang muka kakak macam nak tikam orang, ntahlah.
Bila kakak dapat result, Alhamdulillah syukur kakak berjaya. Terima kasih ya kakak pegawai JPJ, jangan suka jerokah orang kak, tak elok, kesian kat diaorang, boleh terkejut kak kalau tak biasa. Apalah salahnya cakap lembut-lembut, berbudi bahasa kan. Takpelah harap2 esok, dah tak dengar dah orang complaint pasal JPJ lagi.
Lepas tu kakak terus ke tempat test bukit. Masa naik bukit tu, kakak rasa kakak dah gagal! Ye lah kakak dah lebih garisan kuning, tapi abang pegawai kata "Rohana, lagi sekali, lagi sekali, turun, turun!". Alhamdulillah syukur kakak lulus juga.
Settle bukit kakak terus ke parking, kakak-kakak pegawai dua orang yang jaga parking dan 3 penjuru tu dah la lawa, cakap sopan-sopan, lemah lembut. Kakak suka sangat. Jadi setelah berhempas pulas memulas steering, lepas 3 penjuru je, kakak bangga jugalah dengan diri kakak! yeayyyy! Hilang rasa lenguh tangan dan sakit kaki. Syukur alhamdulillah.
1 comment:
tahniah cik kak!!! peh ni hilang le memanjang!!!heeeee!!!
Post a Comment