Thursday, January 15, 2015

Check up dengan Dr Fauziah

13 haribulan haritu kakak g checkup kat Ampang Puteri. 

Gynea kakak namanya Dr Fauziah Hasan. 
Masa Sebi suruh kakak google pakar O&G tu, memang keluar lah nama beliau, dan memang ramai yang suka dokter ni. Jadi kakak yang tiada experience ni, hanya berserah kepada Allah sahaja. 

Tapi kakak ni memang paranoid, sebelum appointment kakak tu, kakak google lagi tentang Ampang Puteri dan Dr ni, banyak pulak rungutan yang kakak dapat, padahal sebelum tu kakak yang google sendiri dan pilih sendiri. 

Bak kata Sebi, kalau ko nak ikot sangat apa orang kata, ko beranak homebirth je la Kok Ana. Kahkahkah.. Ok lega sikit bila kakak dah cerita dengan kawan-kawan kakak. Jadi kakak proceed je pergi Ampang Puteri. 

Kakak memang dah sedia dari segi mental dan fizikal untuk menunggu sebab dari pembacaan kakak, Dr ni sangat popular, klinik dia sentiasa penuh, masak lah menunggu. Jadi memang betul. dekat nak 2 jam juga kakak menunggu, dah gaya g Klinik Kerajaan gitiew. Tapi takpelah, dah kakak yang pilih, takyah lah nak merungut rangat sangat kan. Bila nama kakak kena panggil je, lega, dan semua sampah sampah yang kakak baca semalamnya tu terbang bagai angin lalu. Alhamdulillah Dr Fauziah sangat baik, motherly sangat, tu yang penting. So kakak tanya beliau what do and don't (ihsan soalan Sebi juga) hahaha.. 

Nothing much katanya, just eat a healthy food, no cats, drink a lot of water, bla bla.. So kakak tanya beliau, saya bantai je Dokter minom susu apa-apa pun, saya tak minum Anmum ke apa. Tapi hari-hari saya makan 3 biji kurma, kismis tak kira. Gelak Dokter tu,  ehh its okay katanya, janji susu, bukan susu pekat sudah! Hahahaha.. Kurma is good, raisin pon good katanya.

Jadi dia suruh kakak baring nak tengok perot kakak. Seronok tengok baby masa dia scan, dia terangkan mana kepala, mana jantung, mana tangan, mana kaki, badan dia yang panjang. Masa tengok tu, nampak kaki kecik dia tengah laju menendang. Dokter cakap amboi kemain awak ni, tendang2 ya, tengok pon dah tau ni boy or girl. Hahahaha..

Suami sangat happy, kemain focus masa dokter tengah terangkan tu. Memang takdela nak amik gambar ke video bagai. 

So alhamdulillah, Allah permudahkan urusan yang satu ni. 

Ada juga pendapat yang kata lebih baik bersalin kat Hospital Kerajaan dari swasta. Kakak bukan memperlekehkan Hospital Kerajaan, tidak, bagus je. Cuma ini adalah pendapat kakak sendiri. Sebenarnya concern kakak dan suami adalah kami ingin Dokter perempuan. Lagi pula, kebetulan office suami memang cover kakak. Jadi dah ada kemudahan apa salahnya kami gunakan. 

Ada orang kata kat kakak, umur kakak dah lanjut, nanti esok2 kalau ada hal, swasta akan tolak kat kerajaan juga, nanti orang hospital kerajaan takkan layan kakak, sebabnya at the first place kakak nak beranak kat swasta, jadi deme biarkan kakak beranak sorang2. Gitiew. Seram tak dengor? Hahahaha..

Macam ginilah, kakak kan, sebenarnya apa saja yang korang kongsikan, kakak berterima kasih. Cuma jangan lah terlalu takut2kan kakak. Lagi satu buat pembacaan ke apa terlebih dulu, malu je kalau apa yang kamu sharekan tu tak betul. Dan pada pendapat kakak sendiri, apa yang akak nak buat, kakak cari redha Allah, at the end of the day, sekalipun kakak bersalin kat mana-mana, kalau Allah berkehendakan jadi macam tu, makanya macam tu lah. Kakak suami isteri memang serahkah semua pada Allah. Allah ada. Allah jaga kami.

Apa-apa pun terima kasih tau share info2 kat kakak. Ada je kawan-kawan yang share info bagus2. Mana yang elok kakak terima dan amalkan. 

Terima kasih tau!!



 


Monday, January 12, 2015

Lepat Labu dari Nana

Hari ni rata-rata kakak tengok kat newsfeed fb ramai dah kawan-kawan kakak anaknya start seisi persekolahan. 

Tahniah ye. Besor dah anak korang. 

Hari emosi kakak masa pergi klinik kesihatan tempoh hari tak berakhir lagi. Bila kakak sampai office diatas meja kakak ada bungkusan ni


 Lepat labu katanya.

Kakak kan, kakak nak nanges, lepat labu ni kan, kalaupun tak sedap, kakak tetap akan nanges juga, sebab orang yang hantar ni sangat baik hati. allahuakbar sanggup berpatah-patah balik hantarkan kakak lepat labu, padahal tempat kerja dia belah Keramat sana tuh. Terima kasih Allah kerana beri pinjam manusia yang sangat baik-baik dikeliling saya! Terima kasih banyak Nana. Lagi bertambah nak nanges sebab kuih ni sedap nak arwah!!!

Huwaaa terima kasih banyak2. Kiss dahi ciked!

Benonya kan, wallahi kakak tak ngidam pon, tapi ada satu haritu Nana upload gambar lepat labu kat instagram beliau. Mengenali Nana, kakak tau dah apa suggestion beliau mesti sedap!. Jadi kakak tanyalah beliau dimana boleh kakak dapatkan lepat labu tersebut. Katanya di Pasar Tani Keramat cumanya hari Rabu sahaja. Empphh memang kakak tak harap le kalau dah hari Rabu kan. Jadi cerita berhenti disitu.

Sehinggalah beliau merasakan ada sesuatu yang tak kena pada kakak, mungkin kakak upload status bebukan kat facebook kot seperti Kebab Jalan TAR lah, mana kedai lempeng lah, jadi beliau ingat kakak mengidam. Miahahaha.. Takpelah rezeki kakak.

Jadi kakak makan 2 biji lepat labu dan satu biji kuih koci. Kuih bungkus kakak tak sempat rasa setelah dihabiskan bersih oleh Maisarah kata kawan-kawan office kakak. Miahahaha...

Balance hat kakak tu kakak bagi Bos merasa Na, sebab kebetulan beliau ada office petang tu. Kakak cakap kat dia, ini kuih pagi tadi kalau Bos boleh makan. Bos kakak sempoi jah, janji sedap. Dia puji sedap kuih koci. Dah habis tu dia tanya "takde lagi ke?" hahahaha

Apa2 pon terima kasih banyak bamyak sekali lagi Na ye, lenkali jangan buat kerja gini, susah aje, jauh kot nak berpatah2 balik. 


Thursday, January 8, 2015

Dilema Klinik Kesihatan atau Swasta

Assalammualaikum 
Persiapan nak dapat anak ni bukan suatu perkara yang mudah. Nak pulak kakak bukan orangnya jenis yang planning. 
Kakak tak tahu nak mula dari mana. 
Apa yang kakak buat adalah minta pandangan kawan-kawan. 

Bermulanya nak buat checkup routine. Sama ada di Klinik Kerajaan atau pun swasta. Sebi memberikan advise supaya kakak ke Klinik Kerajaan untuk buat buku merah dan dengar apa komen dokter tentang kondisi kakak. Ya lah kakak pon bukannya makin muda, umur pon dah 35 tahun, Jadi kakak termasuk dalam golongan high risk kata beliau. Beliau kata janganlah takut dengan perkataan high risk tu, sebabnya dah memang umur macam tu automatically dibawah pengawasan lah.

Jadinya kakak ambil cuti hari Jumaat untuk pergi ke Klinik Kesihatan untuk membuat buku merah. Kakak pergi kawasan Ampang. Nurse kata Isnin sampai Khamis sahaja. Adoi la.. Lepas tu dia tanya juga mana kakak tinggal, kakak cakap kakak tinggal Gombak tapi nanti bersalin dan berpantang mungkin di Ampang. Dia ok je takde pulak explain apa-apa.

Jadi kami datang semula hari Rabu minggu depan untuk buat buku merah. Nurse kata tak boleh buat kat kawasan Ampang sebab kamu tinggal di Gombak. Kenapalah hari Jumaat tu tak cakap terus kan? Dia suruh buat dekat kawasan tempat tinggal kami, kakak tanya kat mana? "tak pasti" jawapan beliau. Patutlah orang tak tak suka Klinik Kerajaan kan? Kerana sorang punya perangai, semua orang label orang Klinik Kerajaan ni tak bagus. Suami kakak yang penyabar tuh pun jadi naik angin, kakak tak jadi lah nak bahasakan nurse tu pasal suami kakak dah naik angin. Kakak cakap terima kasih dan terus berlalu. 

Jadi kakak gamble jah pergi Klinik Kesihatan Taman Batu Muda dekat dengan office kakak. Wah, dah la klinik cantik, nurse pon baik-baik. Kakak tak boleh daftar kat situ kerana zon lain katanya. Tapi dia siap bagi arah jalan untuk ke Klinik Kesihatan Selayang. Baik sangat. Dia kata nanti mintak Selayang tompangkan awak checkup kat sini, boleh katanya.

Jadi kakak ke Klinik Kesihatan Selayang pula. Miserable betul kakak rasa hidup kakak haritu. Haritu kakak kena ambil air kencing, darah. Kakak kan orangnya sangat penakut dengan jarum, dengan ubat. Tapi lain ye perasaan bila dah ada anak, nak kan yang terbaik untuk anak, kakak jadi redha jah kena cocok ambil darah. Bukannya kakak tak baca blog-blog yang kata ambil darah ni sakit. Tapi alhamdulillah tak sakit. Lepas ambil darah seisi berborak lah dengan nurse sebab dia nak isi buku merah kita tu kan. 

Dia kata akak ni wajib jumpa dokter dah harini sebab akak dah 13 minggu katanya. Bila jumpa dokter pulak dia nak scan perut. Okeh kakak kan suka sangat tengok Grey's Anatomy. Kakak frust la season yang akan datang ni Christina Yang dah takde. Okeh camni bila kakak tengok citer tu, kalau macam deme scan2 tu adalah masalah muka deme memang macam mana ek? Ahh sapa tengok citer tu tau lah. Jadi tak taulah kakak ni terbawa-bawa sebab tengok cerita tu atau kakak yang paranoid atau memang muka dokter tu takde perasaan. Hahahaha. Kakak tanya Doc is everything ok?. Eh ok, your baby active katanya. Kakak macam pelik juga, 13 weeks memang dah boleh tau active ke tak ke? Ntah lah kakak takde experience.

Lama sangat dia scan perot kakak okeh. Lepas tu, kakak tanya lagi sekali, Doc, please tell me the truth, its everything ok? Hows my baby? Dokter tu cakap, eh why u ask me like that? Dia senyum-senyum. Biasalah dia kata fisrt time kan? Lepas tu dia tunjukkan kertas scan tadi, ni kepala, ni tangan dia, ni kaki dia.. hahaha..

Haritu kan, adalah hari paling emosi dalam hidup aku. Hari paling gembira dalam hidup aku. Buat pertama kalinya selepas dapat tau pregnant, aku menangis bagai nak gila sebab gembira sangat-sangat!




Okeh, habis cerita pasal Klinik Kesihatan. jadi disebabkan nurse-nurse kat sana sangat baik-baik, manis-manis, tak macam yang kat Ampang tu, kakak macam rasa nak pulak buat routine checkup kat KK nih. Cumanya mungkin masalah masa lah kan. Cuma plan asalnya nak tau condition kakak, kalau ok, kakak nak terus proceed ke Ampang Puteri. Kakak dalam dilemma sebabkan nurse-nurse baik jah. Ntah hape-hape kan? Kakak kan memang kalah betol kalau orang baik-baik. Serious!

Checkup kakak bulan ni, kakak dah buat appointment kat Ampang Puteri 13hb ni, KK kakak tak ingat berapa haribulan. Nanti kakak tengok macamana, sama ada nak teruskan kat KK atau Ampang Puteri saja.




Wednesday, January 7, 2015

1st Trimester

Assalammualaikum 
 
Terima kasih diatas segala ucapan. Mana yang dok wish kat facebook semua, tapi maaflah Shiemz aku delete post ko. Ampun cheq na!! kikiki

Ramai tanya kakak, takde morning sickness ke?

Alhamdulillah 1st trimester kakak, berjalan amat lancar sekali. Kakak dapat tau berita pon dah lambat, dalam 7 minggu. Cuma kakak tak boleh biarkan perot kakak kosong. Kakak akan rasa loya, mual dan nak montah. Jadi kakak makan jah.

Jadual pemakanan kakak sejak kakak tahu kakak pregnant:

Bangun pagi tanpa gosok gigi tu teros minum air kosong satu gelas (gelas kakak 350 ml)
Lepas kakak mandi dan buat apa yang patut, kakak bancuh susu. Oleh kerana balance susu anlene kakak ada lagi kakak teruskan je minum anlene. Kakak bukannya ikut aturan punya orang, bila dah masuk 2 3 minggu kakak minum benda yang sama kakak rasa jemu pulak. Jadi kakak buat la susu kurma, blend kan kurma dan susu, letak dalam petiais minom sejuk.

Sampai office, kakak akan makan buah, sebiji kiwi, atau semangkok anggur atau sebijik epal. Lepas tu kakak akan makan 2 keping roti wholemeal Gardenia sapu peanut butter. Nanti pukul 9 budak-budak ni masuk office kakak akan pau diaorang sesuap dua nasik. 

Dalam pukul 10 ke 11 pagi tu kakak dah start mual-mual, jadi kakak makan kudap kakak macam biskut Jacob, kurma, kismis, buah delima dan almond.

Tengah hari kakak makan nasik, kakak ambil sayur 2 hidangan dengan ikan selalunya. Petang-petang selalu pon kakak akan makan kurma dan kismis atau buah-buah yang ada dalam stok akak haritu. Malam juga kakak perlu makan, sebab esoknya kakak akan kesengsaraan menahan mual kalau kakak tak makan waktu malam. 





Begitulah rutin kakak setakat nak menyampaikan 2nd trimester. Bila kakak rasa ailio kakak penuh kat mulot, kakak akan lari kat bawah berborak dengan kawan-kawan office kat bawah, kakak tak boleh duduk dendiam meratap nasib ke apa, yang kakak tau cara kakak melawan perasaan macamtu lah, mulot pot pet pot pet. kihkihkih.

Cuma yang buat kakak nak nangeh bila terbau minyak wangi kawan office kakak, suami kakak dan bos kakak. Tapi bos kakak baik sangat, kakak takde le cakap kat beliau yang perfume beliau busuk, cuma bila kakak ada discussion dengan beliau kakak tutup2 hidung kakak. Dia tau kot, jadi esoknya sampai harini dia tak pakai dah perfume tu. 

Tapi alhamdulillah ke hadrat allah, kakak memang sentiasa berdoa supaya dipermudahkan, kakak kalau boleh kakak tak nak kena morning sickness ke, night sickness ke dan bebukan, sebab kakak kalau sakit kakak akan sedih, kakak akan terus teringat kat arwah mak kakak. Jadi kakak taknak tu semua, sungguh-sungguh kakak mintak dengan allah untuk permudahkan segalanya. Alhamdulillah syukur ya allah.

2nd trimester pula, lain peelnya.


 

Tuesday, January 6, 2015

Reaksi Pertama Kali

 Assalammualaikum 

15 November 2014 



 Pertama tamanya, period memang ada masalah, tak heavy flow, keluarnya sikit-sikit. Bila dah masuk 2 bulan macamtu, hati ini terdetik juga, eh ada apa masalah? nak monopose ke aku ni?. Serious okeh, itu adalah gambaran pertama yang keluar dari fikiran kakak.

Tapi kakak meneruskan kehidupan kakak seperti biasa, sampailah kakak beli perfume dari Arab kata budak office kakak. Perghh wangi lain macam bau dia, so kakak belikan satu untuk kakak, satu untuk suami kakak, dan minyak wangi ala2 atar satu untuk abah mertua kakak. Pakailah kakak perfume tersebut cukup untuk 2 hari dan kakak terasa busuk menyengat sampai nak montah. Ini serious.! Kakak dah pelik, bila turun bawah pon, kakak tak boleh bau perfume yang dipakai oleh kawan office akak tadi, suami kakak pon kakak suruh berhenti pakai, kakak rasa nak nangis sebab nak montah. Kakak rasa ridiculous sangat perasaan kakak yang satu ni. 

Untuk pengetahuan, kakak memang ada spare pregnancy test dirumah. Jadi 15 Nov tu selepas kakak berjimba ria dengan kawan kakak seharian suntuk sebab suami kakak kerja, balik rumah kakak sambar pregnancy test kakak dan kakak cuba. Kakak biar situ dan kakak pergi sembahyang Magrib.  Lepas Magrib tak sempat ngaji tak sempat apa, kakak cabut segala telekong terkocoh-koconh kakak ke bilik air sebab nak terkencen. Kakak memang ada perasan yang kakak tak boleh tahan kencen masatu. Terus kakak tengok pregnancy test tadi. Benda digital, jadi kakak nampak 'not pregnant'. Kakak pon ok la, tapi kakak perasaan 3+, kakak macam eh apa ni? Tengok betul-betul, macam yang tertera kat gambar atas tu lah. Kakak menjerit, suami kakak kocoh-kocoh mendapatkan kakak. Lantas kakak tunjukkan benda tu kat beliau. 

Reaksi kami?

Masuk bilik baring atas katil tangan atas dahi. Dalam 15 minit ada kot. krik krik krik senyap sunyi.

Kakak bangun!

Kakak perlu bagitau kawan-kawan kakak. Lantas kakak bagitau Yan, Syerah, Sebi dan Eryn. Syerah call kakak sambil menangis menggogoi-gogoi. Terkejot kakak okeh! Kot kena deraan fizikal ke kan. Rupanya happy. Tapi kakak tak berapa rasa happy lagi ni sebab tak pasti.

Esoknya hari Ahad Bos kakak ajak datang office gotong royong buat bubur asyura. Kakak tolong hiris-hiris bawang dan carik-carikkan daging jah, pukul 12 jah kakak cabot nak pergi Klinik. Kakak pergi klinik Idzham je kat Melawati. Yang ada pula cuma dokter lelaki, alahai.. Tapi dia tak check pon, dia kata Clear Blue ni is 90% accurate, you pregnant ni, kalau you tak percaya jom kita test lagi sekali. So check le kakak lagi sekali. Confirmed! Double line. Takde ubat ke vitamin ke, takda scanning ke apa, sebab dokter lelaki, dia pon tak buat. jadi dia suruh datang balik next weeeknya untuk jumpa dengan Dr Siti.

Kakak dapat juga berjumpa dengan Dokter Siti yang kakak rasa kena belajar senyum, motherly dan lain-lain sifat yang menyenangkan. Maaf, kakak dah biasa dengan Klinik Idzham dekat Taman Kosas Ampang since kakak kecik. Semua dokter2 kat sana sangat baik. Bukan kakak kata Dokter Siti tak baik, baik je, cuma dia takde sifat2 yang kakak sebutkan tadi. Dia ajak kakak buat scan, ntah apa dia cakap pon kakak tak tau suara tak dengar atau kakak yang tuli. Tapi bila dia kata ini your baby heart beat kakak terus menangis kat situ. Serious kakak sebak. 

Lepas tu terus duduk balik no further explanation, tanya soalan pon jawapan tak menggembirakan, Dokter, this is my first baby after the long 8 years okeh! tapi cuma mampu cakap dalam hati je la. Lepas tu ambil vitamin, dia bagi folic asic dan obimin. Kaunter ubat pon, alahai.. Tolong pegi tengok Klinik Idzham kat Kosas macamana, ramah tamah semuanya. Maaflah, memang takmau datang yang kat Melawati tu dah! 


Rutin baru. Dah habis pon.



Monday, January 5, 2015

Alhamdulillah.. Setelah Lapan Tahun

Assalammualaikum
Syukur ke hadrat Allah. 

  


Setelah 8 tahun.. 
Tak ramai pon orang yang kakak bagitau. 
Kakak mulanya taknak heboh-heboh. 
Tapi kakak gedik nak tulis journey pregnancy kakak, jadi kakak decide la nak tulis. 

Untuk rujukan esok2 juga, senang. 
Lagipon kakak tahu takde sape nak baca blog kakak. 
So takkan ada orang tau punya.
Bukannya kakak taknak bagitau seantero dunia, mau tak exited, L.A.P.A.N tahun okeh! 
Tapi kakak allergy lah dengan “pakar”.

Pakar tu - ko le pakar O&G, ko la bidan, ko la nurse, ko la bomoh kampung, ko lah pakar ekonomi dan lain-lain, pendek kata ko pakar semua lah! Gitiew!