Monday, March 8, 2010

Pening

Last week adalah hari yang sangat seronok bagi saya, dapat coti 2 hari, (elleh, dapat coti 2 hari pon kecoh) ye le, letih ler, nikmat betol dapat tengok tv walaupon hanyalah cerita-cerita bodoww (ooppsss)

Okeh, sebelum tuh adalah hectic week bagi saya, gila! Tapi malas lah nak cerita bab-bab gila kat sini.. hehehe.. Lepas tu mintak permission dari bos saya untuk berehat.. Pakat sama BFF (perghh BFF kaedahnye, mujo tak B2B, oopss) saya untuk ke spa (perghhh, riak sangat tu) hahaha..

Bincang punya bincang kami ke Serenity Spa di Setiawangsa, service adalah sangat bagus, dilayan sangat baik sekali, kami ambil pakej 4 steps promosi untuk 2 orang, dimulakan dengan Herbal Steam (ala-ala siakap kukos okeh, merasa ai jadi ikan setelah cita-cita nak dolphin tak berapa nak kesampaian)selama 20 minit, peloh-peloh menetes nyah, saya rasa nak pengsan pon ada.. hahaha, lepas keluar je dari serkop kain tuh, ya rabbi, segarnya.. toksin jahat banyak dalam badan gamaknye.. kekeke

Lepas tu Swedish Massage, tapi saya minta adik tu untuk tidak mengurut saya kerana saya telah mengurut badan saya 2 hari sebelum itu, makanya adik itu cuma sapu-sapu minyak je lah kat badan saya, dia pun serba salah, tapi takpe je saya cakap.. hehehe

Lepas tu Scrub dengan garam, buleh pilih antara garam, coffee, atau boreh, boreh ni dari segi penerangan dia wrap badan dengan mende ntah, tapi saya dengan Yan memilih garam, mula-mula macam nak ambil coffee, tapi saya fikir logik je, setakat pegi 3 tahun sekali, betterlah amik garam.. hahaha, ambil coffee kang tak berapa nampak le perbezaan dia, ntah la, saya tak pernah kerja spa, saya ikut logik saya sahaja :P

Okeh, akhir sekali masuk tub, mandi susu.. rilek 20 minit, dah habis.. Gambar adalah tiada kerana tidak dibenarkan mengambil gambar..

Siap-siap semua kami ke Wangsa Walk, pekene TGI Friday which is SUCK!!!, PR tak bagos langsung! Jadinya, pangkah dah TGI, next time takmoh pegi lagi..

Lepas tu bergegas ke Jalan TAR, Yan nak carik tudong, saya mengambil kesempatan juga untuk membeli selendang juga anak tudong syria, anak tudung syria saya sudah macam kaler pensel.. LOL

Sangat seronok sekali sekala spent time dengan kawan kawan.. Next time ingat nak pergi lagi..

Esoknya saya cuti lagi, pagi cuci kain, tengahari keluar p The Weld jumpa adik ipar saya, lantas ke Jalan TAR untuk menukar tudong saya yang terkoyak sedikit.. hehehe

Makan A&W, huhuhu, lama sangat tak makan Coney Dog, Root Beer Float n Curly Fries.. sedapnyeeee.. borak-borak, sembang-sembang sampai hujan reda tunggu pula Cik Lelabah untuk mengangkut saya pulang tapi kami tak terus pulang Cik Lelabah ajak saya makan bubur berlauk di Kampung Baru, rindu Kg Baru katanye :P

Esoknya saya siap memulakan tugas seperti biasa, tapi semangat saya masih kurang :P




2 comments:

Diarihatiku1976 said...

ohhh.. best.. bercuti adalah satu yg paling best ketika ini.. ahahahksks

Pinkjambu said...

hahaha.. betul tu diarihariku.. cuti2 rehat2, makan2.. kekeke.. thanks for visiting ya :)