Tuesday, September 28, 2010

Salam Hari Raya yg dah nak Raya Haji

Salam semua.. Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin diucapkan pada semua. Maaflah baru ada kesempatan nak mintak maaf, busy melanda jiwa.. hahaha..

Cerita raya tahun ini biasa² sahaja.. fikiran melayang memikirkan kerja.. cuti lama bukan untuk enjoy ke sana ke mari, tapi lebih ingin membereskan hal² berkaitan rumah, hal mak, memang takde masa dah pas raya..

Seperti biasa tiap² tahun saya akan beraya dengan family saya dahulu, janganlah kata saya kejam tak nak ikut turn, cumanya secara logicalnya saya akan beraya dikampung suami selama 2-3 hari, lama saya disana, apa salahnya saya beraya sama mak serta abang kakak dan anak² buah saya selama 2-3 jam bukan?. Ingin saya berterima kasih kepada suami kerana memahami saya, lagipon dia yang decide untuk beraya umah mak saya dulu.. *lap air mata*

Malam raya seperti biasa, kemas² beg untuk balik kampung, sok pepagi senang.. Dah mandi siap² semua, bersalaman bersama suami dibilik.. huhuhu.. sangat syahdu.. Dah sesiap semua, berangkat p umah mak, tunggu family abang pulak sampai, makan² kejap, pastu waktu yang dinanti, dan part paling aku tak suka waktu kecik² dulu, salam raya.. hahaha.. syahdu okeh.. family aku stok salam raya text panjang berjela.. hahaha...

Berator dari abang, kak ipar, aku, suami, dan anak² buah.. Lepas tuh aku pulak dok bersalam sama abang juga kakak ipar, then anak² mereka pulak dok bersalaman dengan aku.. hahaha.. yang paling best tahun ini adalah Nisa dan Hazim, wahh.. sangat pandai meminta maaf, "maksu, selamat hari raya, maaf zahir batin, mintak halal makan minum, terima kasih sebab belanja² bla bla bla.." adoii... best sekali..

Selesai seisi bersalaman dan mengalir ayo mata, seisi memberi duit raya.. kekeke.. Lepas tuh bersiap² untuk pulang ke kampong.. Sampai kampung dah pukul 2 lebih nak pukul 3 ptg..

Bersalaman dengan ibu mertua dan pak mertua, belah family suami aku tak pernah lagi merasa berator macam belah aku, mungkin kami selalu pulang lambat, maka kami lah orang paling akhir..

Dekat kampung seperti biasa, makan adalah agenda yang paling seronok sekali. Rendang Negeri Sembilan adalah sangat mabeles.. wah.. *mabeles pon tetapi adalah sangat segan untuk mengulang mengambil makanan* huhuhu..

Sebenarnya saya adalah tidak puas untuk makan segala macam makanan seperti lemang, ketupat, ketupat palas, rendang, kuah kacang, lodeh dan lain².. Dulu masa bujang² beraya rumah mak sendiri, pagi petang siang dan malam memang tak de halangan untuk makan.. tapi dirumah orang lain adalah malu untuk mengulang² makan, kekeke.. ye le pikir jugak tetamu nak datang beraya kan, aku sebok dok ngabiskan makanan orang.. hahaha...

Gambar juga adalah tiada. Adalah sekeping dua tapi tidak diconvertkan lagi.


No comments: