Friday, January 28, 2011

Mak


Mak dah uzur sangat nampaknya.. Memang pasang niat nak bawak jalan, nak jalan jauh-jauh takut mak tak larat, bawak pergi Port Dickson (PD) jek, itu pun pertengahan jalan mak muntah-muntah.. Bawak mak pergi klinik doktor kata sore throat, check darah tinggi semua alhamdulillah ok.. cuma perut mak kosong, mak masuk makanan tak cukop dalam satu hari tu, mak kata dia takde selera nak makan, tu sebab kadang-kadang rasa nak balik hari-hari temankan mak makan, mak tak pernah cakap apa-apa kalau aku sibok dengan kerja, dia tak pernah nak ganggu aku sejak aku dah kawen, jauh disudut hatinya, dari sorotan mata tuanya aku sangat tahu dia gembira bila kami balik menjenguk dia, kalau makan, mesti nasik dia abis, selalu mak mengadu nasik sepinggan susah nak habis..

Mak tak pernah telefon aku setiap 5 menet sekali, mak tak pernah telefon aku tiap-tiap minggu untuk bertanyakan bila nak balik? tak balik ke minggu nih? Sebabnya aku paham, dia tak mau buat aku juga menantunya rasa serba salah untuk balik jugak-jugak, takut kami ada kerja yang perlu diselesaikan.. Mak tak pernah mitak aku duit, mak tak pernah mintak aku bukan-bukan, mak tak pernah mintak set pinggan mangkuk, pendek kata mak tak pernah mintak apa-apa.. Kalau ada pon makanan la.. ahaha.. Lagi satu mak tak pernah telefon aku nak kasiktau eh adik! kucing dah beranak balik le.. ahahaha.. itu contoh... ok aku tipu bab kucing beranak..

Hari ini entah kenapa aku terimbau zaman aku kecik-kecik dulu, takdelah kecik sangat benarnya, tua bangka jua kategorinya,dah darjah 4 5 masih berdukung lagi, mak masak sambil dukung aku.. ahahaha.. udoh le besor, mujo tak terjon dalam kuali..

Ahhh.. itu dulu, mak kuat lagi, sekarang nih aku yang pimpin dia, aku jaga ubat dia, masa berterbangan begitu pantas.. Aku tak tahu apa aku buleh buat tanpa mak disisi aku..

Aku tak tahu orang lain, tapi janganlah gedik-gedik mengada-ngada nak mamp dok merajok sama mak atau bapak wey, buatnya mak pak korang tetiba meninggal dalam tidur, tak sempat mintak maaf macam mana?. Tolonglah, perkara paling aku meluat dalam dunia nih orang yang merajuk dengan kedua orang tua.. yang kurang ajar sama abang dan kakak.. Sayangilah keluarga anda selagi mereka masih ada, apa jua yang mereka lakukan, busuk mana pun mereka, mereka tetap keluarga anda..

Thursday, January 20, 2011

Aquaria KLCC

Lawatan sambil belajar ke Aquaria!! Yeayy! Terima kasih kepada sahabat saya Sha kerana sudi memberikan tiket percuma kepada kami suami isteri pada 25 Dec yang lalu bersamaan dengan cuti Hari Krismas ho ho ho..

Berdebor benarnya nak masuk ke Aquaria nih sebabnya U.L.A.R, pada yang mengenali saya, saya cukop fobia dengan reptilia nih.. haihh.. selagi tak jumpa benda tuh, jalan dalam ketakutan okeh, macam gaya menatang tuh lepas.. hahaha.. nak nak pulak tempat tuh sempit juga benarnya, jadik dalam kepala otak ligat berfikir, macamana nak jalan jejaoh nih kalau lalu kat tempat dia (ular).. eeiii...

Dalam pada ketakutan yang amat tuh, tetiba saya tersaok tangan seorang abang gagah nih,pastu perasan ada orang tepok bahu, rasa nak maki jek, sekali pandang belakang, eh suami sedang tersenyum, sekali tengok sebelah, abang gagah lain daa.. YA ALLAH!!!! MALU OKEH!!!! berpuloh kali saya mintak sorry.. hahaha.. mampos!!

Lepas tuh kan, kan ke Hari Krismas, kanak-kanak perempuan dapat cekak rusa tuh, kanak-kanak lelaki dapat topi santa tuh tak silap, aku saja le memain dengan bebudak Aquaria tuh, nak kan cekak rusa tuh, ada sorang cakap baik sangat, suroh pegi kaunter katanya, jalan lagi, ada sorang nih kemain eksyen cakap, PR ko tak bagus le dik, tak yah koje jumpa orang gitulah, tak sesuai.. ho ho ho..

Tu muka cuak, takot ada ulor.. hahaha.. kecoh jek..


Nih masa nih tengok ikan mende ntah, tapi dia leper le, memang lain macam sikit, aku nih benonya dari sehari ke sehari benarnya nak tulis kat notebook, notebook bawak, pen bawak, malas jek lebih nih.. haihh.. apa nak jadik pon tak tau.. diri sendiri jugak yang rugi..


Saya suka taww lalu bawah terowong nih, 2 kali taw lalu sini.. hahahah.. sebab benonya nak amik gambar ala-ala gapai ikan paritu, tapi tak tergapai.. alaaaaaa... dem! kekeke.. ikan pari laju meno pon...






Terima kasih Sha sebab sudi ajak kami, teringin juga nak pergi Menara KL sana, tak pernah pergi lagi, memang le takde apa-apa tapi nak jugak naik.. Sky Bridge kat KLCC juga tak pernah naik lagi.. aduhhh..



Wednesday, January 19, 2011

Lagi-Lagi Kluang Rail

Sedang melantak nasik lemak bungkuih yang tak berapa nak sedap.. ehehehe.. tengok tuh jam aku dag dekat nak pukol doblas dah..


Sampai kami dah habis makan, cik suami saya masih tak tau kemana dia.. lepak-lepak jap sama Peygord kat sini.. sekali nampak orang skodeng daa...



Lama sangat rasa tak amik gambar sesejak sedar diri terasa badan gaya tong gas lagi kecik dari aku nih.. ahahaha..

Nih hasil tembakan suami saya yang tidak pentingkan makanan tidak seperti saya...




Bun Butter Kaya-Kluang Rail Coffee

Sampai Kluang dalam pukul 2 lebih kot ke 3 lebih.. haihh lupa dah.. makan dulu, makan nasik ayam, arghhhh stress betol aku datang jejaoh makan nasik ayam.. hahaha.. benonya suami nak cepat.. Ambil gambar air jek, nama air nih air limau diet katanya, air limau campor asam boi tuh, nama jek beza pon..


Petang suami g keroje, saya dok dalam kereta, habis kerja, tompang bermalam dirumah saudara suami, esoknya pepagi kami keluar untuk breakfast disini *takde le pagi, nak dekat kol doblas le juga* kekeke...


Saya order ayer kopi susu, suami milo dan Peygord kopi o, suami suruh saya merasa milo dia, iskhh tak tau nak gambarkan macamana sedap dia, dia kaw tapi tak manis, tak pahit, perghhh balance dan sedap giler!! tu milo, belom masok kopi, ahaha.. ehh saya tak pandai minom kopi benarnya, jadi tak tau le macam mana kaw tak kaw rasa sesebuah minuman berunsurkan kopi.. yang saya tau, sedap!

Order roti bun bakar butter kaya, mampos order saya sama Peygord sampai 3 kali round, oh ya sebelom tuh dah makan nasik lemak sebungkos, rasa adalah tak sedap.. ehehehe, mi siam yang juga dikenali sebagai bihun, jangan terpedaya ye kawan-kawan.. orang Singapore ke orang Johor memang panggil mi siam, lupa dah aku, tapi memang tau dah mi siam tuh bihun..


Masa nih suami takde dah, hilang keseberang landasan keretapi sebelah sana, sebok mengambil gambar, suami bukan pemakan sangat orangnya, arghhh kowser amik-amik gambar, baik aku makan, itu kata isterinya pula *tengok le badan khenn*


Nah, bagi sesapa yang nak pergi, ada waktu-waktu dia, pagi pukul 7 pagi sampai 12 tengahari, pastu petang bukak balik pukul 2.30 petang ke 6 petang hari Khamis tutup. Masa haritu pon dah nak tutop pukol doblas dah, ada orang datang, tak tau lah dari mana, kesian juga, datang jaoh-jaoh nak merasa roti bakar yang dibakar dengan arang kan..

oowhh ada juga pau sambal, cuma takde rezeki saya haritu, pau dah habis.. uhuhuhu..

Tuesday, January 18, 2011

Tahun Baru yg Basi *sekadar berbasa basi*


Tajuk ntah hape-hape..

Biasalah saya, memang suka benda-benda yang basi.. tahun baru aritu tak ke mana pon, eh memang dari anak dara tak suka nak jenjalan sambot tahun baru ke merdeka ke, kowser mak! Baik duduk rumah tengok televisyen, buleh tengok retis (artis) nyanyi-nyanyi..

Bila dah kawen, suami ajak keluar bersama-sama malam tahun baru maupun malam merdeka, bukanlah beliau mengajak saya melepak dataran merdeka, tetapi pergi ke kawasan bukit ke mamana ke untuk mengambil gambar bunga api.. cehh..

Tahun ini saya ikut beliau naik bumbung tempat beliau bekerja.. Wahhh.. melayang-melayang berdiri kat atas tuh *bajet kuros ler, melayang-layang kan* hahahaha..

Saya nih nak up bidio nih dari tadi, tak masok-masok, jadik malas le nak gado sama PC baru nih kan, upload gambar je lah, tapinya gambar suami saya lah, bukan saya.. hahaha


Esoknya pagi-pagi ke Kluang Johor, suami ada kerja mengambil gambar orang kawen-kawen disana.. disebabkan cuti, saya haroslah menggedik untuk mengikot, teringin benor nak makan roti bakar di Kluang Rail Station yang digembar gemborkan itu.. hehehehe..



Bersambung diepisod seterusnya...

*ahakss.. ehhh ada p Aquaria ler, tapi gambar tak ssiap lagi nih, haihh..