Friday, January 28, 2011

Mak


Mak dah uzur sangat nampaknya.. Memang pasang niat nak bawak jalan, nak jalan jauh-jauh takut mak tak larat, bawak pergi Port Dickson (PD) jek, itu pun pertengahan jalan mak muntah-muntah.. Bawak mak pergi klinik doktor kata sore throat, check darah tinggi semua alhamdulillah ok.. cuma perut mak kosong, mak masuk makanan tak cukop dalam satu hari tu, mak kata dia takde selera nak makan, tu sebab kadang-kadang rasa nak balik hari-hari temankan mak makan, mak tak pernah cakap apa-apa kalau aku sibok dengan kerja, dia tak pernah nak ganggu aku sejak aku dah kawen, jauh disudut hatinya, dari sorotan mata tuanya aku sangat tahu dia gembira bila kami balik menjenguk dia, kalau makan, mesti nasik dia abis, selalu mak mengadu nasik sepinggan susah nak habis..

Mak tak pernah telefon aku setiap 5 menet sekali, mak tak pernah telefon aku tiap-tiap minggu untuk bertanyakan bila nak balik? tak balik ke minggu nih? Sebabnya aku paham, dia tak mau buat aku juga menantunya rasa serba salah untuk balik jugak-jugak, takut kami ada kerja yang perlu diselesaikan.. Mak tak pernah mitak aku duit, mak tak pernah mintak aku bukan-bukan, mak tak pernah mintak set pinggan mangkuk, pendek kata mak tak pernah mintak apa-apa.. Kalau ada pon makanan la.. ahaha.. Lagi satu mak tak pernah telefon aku nak kasiktau eh adik! kucing dah beranak balik le.. ahahaha.. itu contoh... ok aku tipu bab kucing beranak..

Hari ini entah kenapa aku terimbau zaman aku kecik-kecik dulu, takdelah kecik sangat benarnya, tua bangka jua kategorinya,dah darjah 4 5 masih berdukung lagi, mak masak sambil dukung aku.. ahahaha.. udoh le besor, mujo tak terjon dalam kuali..

Ahhh.. itu dulu, mak kuat lagi, sekarang nih aku yang pimpin dia, aku jaga ubat dia, masa berterbangan begitu pantas.. Aku tak tahu apa aku buleh buat tanpa mak disisi aku..

Aku tak tahu orang lain, tapi janganlah gedik-gedik mengada-ngada nak mamp dok merajok sama mak atau bapak wey, buatnya mak pak korang tetiba meninggal dalam tidur, tak sempat mintak maaf macam mana?. Tolonglah, perkara paling aku meluat dalam dunia nih orang yang merajuk dengan kedua orang tua.. yang kurang ajar sama abang dan kakak.. Sayangilah keluarga anda selagi mereka masih ada, apa jua yang mereka lakukan, busuk mana pun mereka, mereka tetap keluarga anda..

5 comments:

SyaNa said...

klik LIKE button
:-)

sedih plak baca entry ko mlm2 dingin ni

saveme_zero said...

tersentuh hati aku ... hiba sangat ni...rindu kat mak aku...huhuhu

ZuNas77 said...

pelik sbb saya senyum membaca entry ini. kalau org rasa saya patut nangis 4 hari sbb terkenangkan mak, tp saya senyum sbb tau ada org lain yg berperasaan mcm saya. dan ada mak org lain yg spt mak saya..hehehe..

Bulan, mmg kita akan sentiasa risau bila kita fikir akan kehilangan mak kita. Tp kalau selagi hayatnya kita dah buat selagi terdaya utk jaga dan gembirakan dia, InsyaAllah di hari dia tinggalkan kita hati kita rasa damai dah puas sbb tau kita dah bahagiakan mak kita. sbb tau mak kita gembira hidup dgn kita..walaupun apa kita buat tu secoit pun takkan terbalas jasa dia pada kita..

Sbb tu masa mak sy meninggal, saya hanya menangis 30 min pertama. selebihnya saya nangis dlm hati saya sbb saya tau if saya nangis meraung2 melalak, mak akan sedih. so biarlah kali terakhir dia tgk saya kuat utk uruskan jenazah dia. mseti dia akan lagi lega dan happy sbb tau dia tinggalkan anak2 dlm keadaan elok bila tugas dia dah habis..

saya doakan mak awak cepat sembuh dan sentiasa di panjangkan umur..insyaAllah..

nzh1979 said...

rohanaaaa..ko kan... ko kannnnn
ske tau buat aku nangis.. tetiba aku tingat mak aku kat umah..ape la dia buat..
aku tak manja ngan mak aku...tapi aku jenis x ske nyusah diri dia..walaupon dia ske je sibuk2 susahkan diri sendiri..huhu..banyak doser aku ni sama emak...uwaaaaaa

Pinkjambu said...

terima kasih syana, sue, mulan dan zam..

mulan, pinjam semangat kasik kat saya sikit.. tapi insyaallah saya rasa saya kuat, kadang2 terpikir je gini, org keliling je selalu judge kita lembik, sebabnya anak manja mak, pokoknya heyy!! kamu xkenal saya, jadi dont simply underestimate org, terima kasih kerana mendoakan emak saya, dan memberi kata2 semangat pada saya.. insyaallah.. terima kasih kerana berkongsi cerita dibelog, itu semua untuk kami2 nih nnti untuk menaikkan semangat.. huhuhu