Monday, February 28, 2011

Belajar Selalu......

Hidup adalah belajar.

belajar selalu bersyukur meski tak cukup.

belajar selalu memahami meski tak sehati.

belajar selalu ikhlas meski tak rela.

belajar selalu bersabar meski terbebani.

belajar selalu setia meski Dikhianati

belajar dan terus belajar dengan keyakinan setegar karang, karena sudah menjadi kodrat manusia...

Hati seperti gelombang air laut, pasang surut kadang terbawa arus.

tetaplah belajar sabar untuk tetap berada di jalan yang benar.

belajar menjadi lebih baik, untuk menjadi yang terbaik.

Karena semuanya akan menjadi indah pada waktunya.


Copy paste dari Kembang Anggerik

Ntah bila lah aku nak BELAJAR..

Tuesday, February 22, 2011

Zaman FP

Satu satu thumbdrive aku bukak, hagham satu gambo pon takde, aii thumbdrive pon boikot aku ke camna nih? hahaha... *mementang le aku gumuk sekarang nih, kemain abis satu gambo pon takde tinggal ye*

Klik punya klik terjumpa ni daa..





Nih zaman-zaman fotopages dulu punya header, gedik soh laki buatkan header, sekarang fotopages pon tak tau apanama cerita, sumpah password pon aku dah tak ingat.. hehehe

Kemain laki kasik 2 pilihan gaya jumpa client ke camna ntah, yang aku ingat aku pakai yang hat no 1 tuh.. kekeke..

Ngikut laki le dulu nih sebok nak ada fotopages juga. URL suami saya redtarantula.fotopages.com. Ramai kawan-kawan yang dia kenal melalui fotopages dulu.. Tak pasal-pasal aku pon turut terjebak dengan kegedikan itu. Tapi takdela gegambo pon, biasalah aku, amik gambo gaya kat Cameron Highland nun, kabos jek.. hahaha

Ingat-ingat balik, seronok juga zaman-zaman FP dulu, ikut suami pergi TT (teh tarik) lah, pergi sanalah, sinilah.. Sekarang nih dah susah kot nak melepakkan diri macam dulu-dulu, masing-masing dah ada life sendiri, walau apapun, saya bagi pihak Cik Lelabah saya ingin mengucapkan selamat maju jaya untuk anda semua yang pernah mengenali diri kami..

Errrr saje nak cakap, zaman FP dulu aku kuros, pastu aku pakai skirt, pastu aku pakai kasut tumit tinggi, pastu aku pakai henbag..

Sekarang aku gemok, pastu aku pakai selipar, kadang-kadang sneakers, kadang-kadang kasot flat jek, pastu aku pakai bagpack jek, baju pulak suor jin sama tset jek..

Yang pastinya dari dulu sampai sekarang yang aku tau, aku tak suka sangat bermekap-mekap, kalau ada pon mungkin sekali dua bilamana "saka antu cantik merasok diri" antu la cantik aku mekap belom tentu cantik.. hahahaha...


Monday, February 21, 2011

Berdua Juga Seronok

Aku tak pernah bicarakan panjang lebar tentang zuriat, cahayamata dan lain-lain.. Terguris?.. selalu.. sangat.. Tapi apalah sangatkan jika suami saya ada disisi, itu sudah cukup bahagia buat saya..

"Bila lagi nih?, merancang ke?, tak pandai ke?, meh nak ajar, tak cukop nuntot lagi nih.." perkataan-perkataan tuh dah biasa dah masuk dalam telinga nih, ada yang lagi kurang ajar "suruhlah suami awak kahwin lain, nanti dapatlah anak". Ya Allah, aku tak tau macamana dia buleh terfikir untuk mengeluarkan ayat bengap macamtuh..

Nak nak kalau naik teksi, brader brader teksi (segelintir) yang kadang-kadang terlebih ramah kadangkala amat menjengkelkan aku..

"Saya seronok bila balik rumah ada anak sambut saya, awak tau tak kalau suami awak tak duduk rumah, dia bosan tengok muka awak, takde anak, dia tension" lepas tuh ambil henpon dan telefon anak dia... "tengok gembira woo ada anak nih, lain feel dia"

Astagfirullahuladzim.. sumpah air mata aku nak mengalir time tuh.. Aku turun teksi, pergi bilik air dan aku nangis sepuas hati aku, tahniah abang teksi, anda berjaya membuat saya menangis dengan begitu buruk sekali! Cuci muka, lap muka, keluar naik train, dalam perjalanan tuh saya berSMS dengan Syerah, owhh sangat tak tahan.. mujor ada dia.. saya cool sedikit..

Puas dah menangis meratapi nasib diri, lalu saya bangun,saya beruntung mempunyai suami yang cukop memahami,

kadang-kadang saya cakap kat suami "berdua juga seronok" suami senyum sambil menggenggam tangan saya..

Saya tahu dia tahu apa yang bergelodak dihati ini, kadangkala apa salahnya seronok gembira ceria setiap masa.. Kenapa mesti meratapi diri, menangis, sedih dengan kekurangan diri.. Belum lagi Allah nak kasik, kenapa perlu saya menolak Qada Qada Allah?

Sudah Allah nak uji saya dengan ujian yang begini, siapa saya nak menghalangnya.. Kenapa suka tanya saya soalan-soalan yang bisa melukakan hati saya, jiwa saya?. Tidak punya perasaankan manusia sekarang?.

Saya tanya semua orang SIAPA YANG BERKAHWIN TIDAK MAHU ANAK?..

Tolonglah hentikan pertanyaan-pertanyaan bodoh macam nih, saya dah tak lalu nak menjawab, meluat juga nak mendengarinya..

Manusia memang takkan puas, bila belum kawen sebuk nak nak tau bila nak kawen, dah kawen bila nak beranak, dah beranak satu, tak nak tambah lagi? dah beranak 8, eeeiiii ramainya anak.. hoihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.. suka hati lah!!!!!!!!!! Mangkok hayon sangat! Kadang-kadang teringin beno nih nak mencarot.. hahahaha..

Itu belom masuk kesah aku beli UPT test tuh, berapa banyak aku beli, asal period lambat sehari kemain aku sebok beli UPT, akhirnya sedih, eeiii kowser dah sekarang, ada aku bersyukur, takde, belum ada untukku..

Tapi tidak semua pon yang begitu, aku kasihan sangat le orang yang berfikiran macamtuh.. Mujor ramai kawan-kawan yang kasik semangat, yang menolong pon ada, mintak tolong sama Syana nuh, Yan & Syerah tuh kemain sehidup semati dengan aku.. ramai le lagi.. Terima kasih sesangat le atas pertolongan korang ye, aku hargai sangat-sangat..

Bulan 8 nih genap 5 tahun aku kawen.. Bukan takde iri tengok perot orang memboyot, bukan tak rasa tengok anak orang membesar, cumanya aku belum punya rezeki yang satu itu, aku bersyukur dengan apa yang aku ada, ramai lagi orang yang susah dari aku, aku redha apa yang tuhan tentukan untuk aku, kalau sampai sini sahaja, aku bahagia, jika ada terlebih lebih bahagia..

Allah dah tentukan jalan hidup yang terbaik untuk aku dan suami, hentikanlah cacian dan ayat bodoh sombong kalian pada kami yang masih menunggu permata hati kami..

Thursday, February 10, 2011

Luahan Hati seorang Aku *Poyo*

Kadang-kadang aku terfikir hidup kita ni tak lebih dari rutin, sahabat lama juga berkata begitu, owhh tak sangka sama, bangun pagi buat apa-apa patut, kalau ada kain yang berendam semalam cuci, sidai, siapkan keperluan suami, pergi kerja, buat kerja, berjimba ria dengan rakan-rakan alam maya, makan, balik rumah, buat apa-apa yang patut, dan rutin akan berulang ulang ulang esok lusa tulat.. Please dont get me wrong dengan mengatakan aku dah bosan dengan hidup, bosan melayan suami, owh tak terlintas sama sekali..

Kadang-kadang terasa ingin pergi jauh, travel tengok tempat orang, bukanlah nak travel sampai kena tempah luxury hotel, aku lebih suka gaya bag packer, cool! Jangan le kata "elleh, ko takde anak buleh le nak gaya bag sandang ke bag laptop ke". Bila lah agaknya ada kesempatan begitu.. Teringin nak tengok budaya orang, gaya hidup orang, ada seorang teman merangkap abang memberitahu, Malaysia pon banyak tempat cantik-cantik, banyak budaya juga, habiskan round Malaysia dahulu.. setuju juga!

Yang sebenar-benarnya mungkin aku penat, penat sangat, aku tak kata kerja aku tak best, best sangat, cumanya mungkin aku dah kahwin, agak tak berapa seronok nak balik malam buta bila suami ada dirumah, hari cuti bekerja suami berada dirumah, arghhh!!! Aku nak kerja balik awal, bila suami balik rumah makanan dah ready, buleh layan Tiramisu (drama TV3 yang aku hagham tau hujung pangkal. Bila penat bekerja, otak stress, bila stress harus memerlukan hiburan diluar, contoh melepak bersama teman merangkap adik sampai azan Suboh berkumandang diudara baru sampai rumah.. ahahaha.. Sebenarnya sang suami melepaskan stress dengan berjamming, malas nak ikot, kot gaya Kakak Yunalis tuh buleh le aku join, kang bukan aku hilang stress makin stress, iskhh stress aku baca tulisan sendiri! banyak na STRESS!! hahaha..

Sebelum itu beliau ada bertanyakan pada aku nak makan mana malam ini *nak ajak melepak le tu* Dah laki ada cara sendiri untuk menghilangkan stress, maka aku ajak sang teman ini tadi melepak, tengok Khurafat, stress juga! hentak-hentak kaki tengok cerita ini! hantu dimana-mana! hahaha.. Selepas itu bersembang sampai tak sedar jarum jam dah menunjukkan pukul 530pagi! wahh!! tahniah!!! Jangan salah sangka, suami melepak dimeja sebelah bersama teman-teman sejamming, aku dan rakan merangkap adik dimeja lain, lebih enjoy bercerita soal perempuan..

Aku sekarang dah tak macam aku yang dulu, aku sekarang mungkin cool sedikit berbanding aku yang dahulu suka marah-marah tak tentu pasal, semut lalu pon nak marah.. ahaha.. Aku sekarang mungkin agak tegas bila bab berkawan, aku dah serik! Dulu buleh saja "memberi" tanpa "menerima" tanpa memikirkan sebarang balasan, sekarang aku dah serik! Aku sentiasa ada untuk kamu jika kamu kalut didalam kesusahan, menelefon aku pukol 2 3 pagi, tetapi bila aku? ada kamu sanggup berbuat demikiankah sahabat? owhh tidak mungkin, jawab ala-ala lebih kurang, pastu nak aku je dengar cerita ko, okeh, sangat tak cool disitu!. Jadi lama kelamaan, aku jadi malas nak layan, otak aku tetiba tepu kalau ko tanya aku soalan atau minta pendapat, tolong jangan salahkan aku, sila salahkan lemak-lemak tepu aku.. ahaha.. Aku tak mintak balasan ko belikan aku emas intan berlian maupun kereta mini cooper, yang aku perlukan cuma keikhlasan ketelusan dan kejujuran kau berkawan dengan aku.. itu sahaja!. Tak buleh le masalah kau aku dengar sampai 3 4 pagi masalah aku? nak cakap dengan pokok ke? ke nak cakap sama kucing? hahaha...

Tetapi tidak semua kawan-kawan macam tuh, rammmaaaaiiiiiiiiiiii yang sangat baik, mulia, jujur dan baik hati, aku kalau orang baik dengan aku sekali, aku rasa sepuluh kali aku nak buat baik kat orang.. Saya bahagia dikelilingi oleh teman-teman yang hebat! Terima kasih teman! You know who you are! Love you all!

** Setakat langau urong tait 2 3 ekor, merks tak kesah, merks bior je dia tejon sama buah geduaknya..





Wednesday, February 9, 2011

Udah up Gambar Tudong Free





Takat 7 helai nak juai tudong, rentikan le.. hahaha.. Owh ye lupa nak cakap awal awal pada entry ini tiada penghantaran pos akan dibuat ye, collect dari saya je, atau kalau orang Ipoh nanti saya kirimkan kepada Cik Suami saya.. dan satu lagi pasal tudung syria, minta maaf banyak-banyak, saya lupa saya dah asingkan dalam plastik lain, nak kasik kat kakak kakak indon yang menyapu di rumah mak saya..

Kenapa saya tak mahu mereka ini lagi?. Sebab saya dah tak pakai mereka lagi, ada yang belum pernah pakai juga, mak saya marah, mak saya pesan, beli barang kena pakai bukan simpan, nanti dalam kubor sok barang-barang tu kejor ko katanya.. Ntahlah..Cakap je lah jangan ikot perangai setonirojim, membazir tak tentu hala.. hahaha..

** Saya ada benda nak kasik lagi nih, jadik stay tune dalam masa terdekat ini.. ehehehehe

Meh le Kalau Nak Tudong Free *Seken Hand le tapi masih berkeadaan elok*

Saya nak kasik shawl, tudong Syria dan anak tudong Syria nih, percuma jek.

Berbual bersama seorang rakan merangkap rakan kongsi juga merangkap adik, dia nak let go tudong-tudong dia, balik rumah tengok-tengok adalah lebih kurang 6 7 helai yang tak mahu dah lagi.. Tapi gambarnya tak sempat nak ambil pula..

Bagi sesiapa yang agak-agak buleh jek pakai barangan seken hand nih, meh tinggal komen kat sini ye..


** Tudong masih dalam keadaan elok, ada yang baru pakai sekali pon ada, tak pernah pakai pon ada

** Nanti malam ini atau esok saya upload gambar