Thursday, March 17, 2011

Jejak Rohana

Status di BBM : Jejak Rohana - kertas merata-rata

BBM masok dari Bos berbunyik : Memang pon..

Ceh! Aku cakap teros terang, kalau aku hilang kat opis nih sila berterima kasih kepada sang kertas, ntah hape-hape aku buat pon tak tau, taruk sana taruk sini, haihh.. Lepas tuh meja gaya tak cukop meja, abis berselerak kat meja aku, aku p buat keje kat meja orang, bila meja orang berselarak, aku buat kerja kat meja orang lagi satu *mujo tak kene tolak dari bangunan*

Hari ini dengan semangat waja, membuat filling untuk kesenangan diri sendiri, eh bukan, kerana Cik Adik Admin yg cantik manis nak start kerja dah..

Hati berlagu riang kerana akhirnya ada juga perempuan buat peneman duka nestapa di opis ini.. hahaha


Wednesday, March 16, 2011

" Ada duit? Minta ayah sedikit.."

Aku copy paste dari email ~ PETIKAN : 'Nota Hati Seorang Lelaki' ( Pahrol Mohd Juoi )


Inilah cerita benar. Cerita benar seorang penulis yang Berjaya. Beginilah kisahnya...

Entahlah apa yang selalu bermain pada fikiran ayah. Apabila saya ingin pulang kembali ke kota , dia kerap minta duit. Seakan-akan mendesak....

" Ada duit? Minta ayah sedikit.."

Saya masih ingat waktu itu kehidupan saya terlalu sukar. Untuk mendapat seratus ringgit di dalam poket pada satu-satu masa pun payah. Kalau balik kampung selalunya duit yang ada hanya cukup-cukup tambang. Mujurlah, isteri dan anak-anak saya sudah faham. Alhamdulilah mereka 'sporting' dan tidak banyak meragam.

"Emak, ayah asyik minta duit. Bukan tak mahu bagi, tapi saya memang tak ada duit," Bisik saya kepada emak. Emak seperti biasa, berwajah selamba, sukar ditembak reaksinya.

" Bagilah beberapa yang ada," cadang emak pendek.

"Takkan 5 ringgit?"

Emak mengganguk.

Saya rasa bersalah untuk memberi ayah wang sebanyak itu. Apalah yang boleh dibeli dengan wang 5 ringgit....Tapi kerana tidak mahu menghampakan harapa ayah dan ikutkan cadangan emak, saya gagahi juga memberinya.

Ayah selalunya tersenyum menerima pemberian saya. Tetapi yang mengejutkan ialah apabila kami sekeluarga berada dalam perut bas dalam perjalanan pulang ke kota . Di kocek anak saya sudah terselit wang sepuluh ringgit. Siapa yang bagi kalau bukan ayah? 10 tolak 5, saya masih 'untung' 5 ringgit. Geli hati mengenangkannya.

Begitulah selalunya tahun demi tahun. Apabila kami pulang ziarah ke kampung, saya akan memberi pemintaan ayah. Kengkadang terlupa, tetapi ayah akan selalu mengigatkan. Akhirnya, saya memang sediakan peruntukan khas untuk diberikan kepada ayah setiap kali pulang kampung. Kedudukan ekonomi saya yang masih goyah kekadang hanya mengizinkan wang dua ringgit untuk diberikan kepada ayah. Ironinya, ayah tetap dengan pemintaannya dan tetap tersenyum apabila menerima. Tidak kira berapa jumlahnya. Emak terus-terusan selamba. Saya masih sukar menandingi ketajaman rasa seorang isteri (emak) dalam memahami hati suaminya (ayah).

Begitupun setiap kali dalam perjalanan pulang, kocek anak saya akan jadi sasaran. Kekadang itulah duit pelengkap membeli tiket pulang. Ayah akan setiap memasukkan duit yang melebihi jumlah saya berikan kepadanya. Saya tidak mengambil masa lama untuk memahami apa maksud tersirat disebalik perlakuan ayah itu. Dia meminta wang pada saya bukan kerana 'tidak ada', tetapi dia ada sesuatu yang lebih besar ingin dicapainya atau disampaikannya.

Namun, secara bertahap-tahap buku tulisan saya semakin mendapat sambutan. Bukan itu sahaja, perniagaan yang saya mulakan secara kecil-kecilan semakin membesar. Kalau dulu kami pulang ke kampung dengan bas, tetapi selepas beberapa tahun saya pulang dengan kereta milik sendiri. Saya masih ingat komen ayah ketika saya pulang dengan kereta kecil Kancil milik kami sendiri.

"Nanti, besarlah kereta kamu ini...." ujur ayah senyum.

Apapun saya tetap memenuhi permintaan ayah setiap kali pulang ke kampung. Wang saya dahulukan kepadanya. Dan ayah juga konsisten dengan sikapnya, ada sahaja wang yang diselitkan dalam kocek anak saya.

" Eh tak payahlah ayah..." sekarang saya mula berani bersuara. Ekonomi keluarga sudah agak stabil. Malu rasanya mengambil duit ayah walaupun perantaraan pemberian datuk kepada cucunya. Saya tahu dan sedar, hakikatnya ayah hendak memberi kepada saya sejak dulu, tetapi sengaja atau tidak ingin saya merasa segan, duit diberi melalui anak.

"Kenapa, dah kaya?" usik ayah. Hendak tak hendak, duit dikocek anak tetap diselitkannya. Cuma sekarang bezanya, duit itu tidak lagi 'dikebas' oleh saya. Dan dalam hati, saya mula berasa senang kerana jumlah yang saya berikan kepada ayah, kini sudah melebihi apa yang mampu diselitkan ke kocek anak saya. Tidak semacam dulu lagi, duit pemberian ayah kepada anak saya
sentiasa melebihi duit pemberian saya kepadanya.

Masin sungguh mulut ayah. Tidak sampai tiga tahun, kami bertukar kereta!. Di samping menulis, saya menjadi penerbit. Perniagaan semakin rancak. Oleh sebab bilangan anak bertambah dan keperluan kerja yang meningkat saya sudah membeli MPV utuk kegunaan harian. Anak-anak mula menjejak menara gading. Kehidupan semakin laju dan aktiviti semakin rancak. Namun sibuk sekalipun saya tetap pulang menziarahi ayah dan ibu. Anehnya ayah tetap memberi kepada anak saya walaupun kini saya telah dikenali sebagai korporat yang berjaya. Rupa-rupanya, ayah memberi bukan kerana kekurangan atau kelebihan kami, tetapi dia MEMBERI KERANA ALLAH. Mencontohi Allah al-Wahhab itu!

Anda ingin tah apa pesan penulis itu kepada saya? Ya, mari kongsi bersama :


"Kini aku benar-benar faham bahawa ibu ayah yang tua bukan beban dalam kehidupan di dunia, lebih-lebih lagi dalam kehidupan di akhirat. Mereka bukan 'liabiliti' tetapi sebenarnya aset untuk kita (walaupun istilah itu sebenarnya kurang atau tidak tepat kerana ibubapa bukan benda). Rugi betul siapa yang mempunyai ibu bapa yang telah tua tetapi mengabaikannya.

"memberi kepada ibu bapa hakikatnya memberi kepada diri sendiri. Walaupun itu bukan niat kita ketika memberi, tetapi percayalah rezeki berganda akan pulang kepada kita semula. DOA MEREKA MUSTAJAB. Harapan mereka kenyataan. Kasih mereka bekalan. Benarlah sepertimana sabda Rasulullah s.a.w, keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibu bapa."

Baiklah, inilah sebenarnya rahsia 'perniagaan' yang jarang-jarang diperkatakan oleh tokoh korporat. Juga tidak pernah ditulis dalam mana-mana buku perniagaan. Masih punya ibubapa? MEMBERILAH KEPADA MEREKA. Tidak ada? Tidak mengapa, memberilah kepada anak-anak anda. Tidak ada juga? Memberilah kepada sesiapa sahaja. Kita sentiasa berfikir untuk memberi. Memberi kepada orang lain bererti memberi kepada diri kita sendiri walaupun itu bukan maksud kita ketika mula memberi!

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Cerita aku

Alhamdulillah.. Tak pernah terlepas pandang hal ini, ye jangan terkejut, mak juga sering kasik aku duit belanja, takde la banyak beratos-ratos, alaaa 20 30 ringgit, ntah hape-hape, ehhh bukan tak syukor, syukor, gelak-gelak kadang-kadang, apalah mak ni, kita kasik dia, dia kasik kita.. kekeke.. Kalau besday tuh habuan lebih sikit la, up la ratusan.. kekeke..

Pernah juga terdetik kat hati *aku bukan malaikat* penatnya kerja.. tapi at the end aku bahagia tengok mak bahagia.. Dikala rakan sebaya bergaya sakan dengan Levis ori 6 7 pasang, baju MNG *zaman anak dara dulu* setakat Seed semua tuh buat basahan sajork, terasa jauh ketinggalan juga dari segi branding. Aku tuh Levis ori adalah 3 pasang, itu pon hadiah orang kasik itupun dah tak buleh zip *lap air mata*. Hand bag ELLE bertukar ganti, aku tuh dulu, handbag pon Vincci sajork, tuh pon pakai sampai lebam, kasot pon Vincci jugak, kadang-kadang Nose.. those days..

Sekarang nih.. takdelah senang, masih juga seperti dulu-dulu, lagi dasyat, beli baju kat Sungai Wang sajork, puas ati mak, janji stylo *mampos verangan, cekik diri sendiri*. Kiranya buleh la kalau nak beli tuh, cuma nak dengan tak nak jek, aku percaya kat rezeki yg Allah beri nih balasan buat baik dengan orang tua, aku tahu mak sentiasa doakan kesenangan aku, aku tau mak menangis tengok aku teruk bekerja carik duit.

Alhamdulillah juga sepanjang panjang perjalanan aku dulu-dulu aku tidak pernah ikat perut berlapar dan pinjam kawan duit semata-mata untuk bergaya. Membeli barang-barang brand yang gempak-gempak untuk kelihatan best cool tapi bukan duit sendiri. *senyum puas*

Apa yang kita dapat kita ada nih bukan hak kita sepenuhnya, rezeki yang Allah beri untuk dikongsikan bersama.. Saya sedang mencuba ke arah itu.. *maksudnya dengan orang lain yang bukan ahli keluarga*

Doakan saya..

Wednesday, March 2, 2011

Bertabahlah

Aku sedih la, kawan aku sedang bersedih, apa yang aku buleh tolong? Aku pon tak tahu apa yang aku buleh tolong, aku tak tau apa dia rasa, aku tak tau apa perasaan dia, marah? sedih? geram? benci? sayang? ntah.. Pagi Isnin baru nih dapat berita yang sangat melukakan hati, cuma tak bercerita panjang, bila malam baru dapat bercerita panjang, itu pun thru BBM, arghhh.. aku menangis beriye *great nanti bos aku ingat aku gadoh sama laki pulak* hahaha...

Aku tak dapat nak bayang jika aku berada ditempatnya, mampos meraung melalak sepanjang jalan.. Saya cuma nak katakan padamu wahai sahabat, bertabahlah, rahsia Allah, kita tak tahu, aku tahu kau kuat, kami sentiasa ada jika kau memerlukan apa-apa, owhh bahuku juga sentiasa ada untuk kau menangis *aku gerenti kau selesa, aku kan ke gemok* hahaha.. Dalam gelak ketawa kamu dengan kami, kami tak tahu apa yang bergolak dalam hati kau, malam-malam mungkin kau menangis sendirian, hanya Allah yang tahu..

Harapan kami semoga kau teros kuat dan tabah untuk menempuh hari-hari yang mendatang, kami semua sayang sangat kau okeh.. anak-anak ada, family ada, kami ada untuk kau..




Terapi Jiwa

Sabtu lepas berjalan-jalan sama Yan, keluar rumah pukul 8.30 pagi, berjalan-jalan untuk menghilangkan stress, sudah lama tak jejakkan kaki ke Sungai Wang, sangat heaven dapat membeli belah barang morah-morah.. kekeke

Berjalan dari satu kedai ke satu kedai pukul 430 petang baru dapat makan tengahari, hebat tak?. Sebenarnya balik nak singgah Wangsa Walk nak buat Manicure & Padicure *terapi minda okeh* tapi masa amat mencemburui kami. Yan cakap "tak cukop jalan sama ko sehari nih Lan, kena mintak M.C kat laki le gini 2 hari"

Aku cakap, mintak coti kat laki le, kita check in hotel, pehtu jenjalan.. wahhhhhh.. sekali sekala release tension begitu adalah seronok okeh.. *Sedang plan*

Alaaaaaaa.. jangan le kabo korang nih takde laki ke, anak ke, nak berenjoy-enjoy bagai.. Pandai kami le manage time..

So Yan, nanti kita check in hotel dan jalan-jalan okeh.. 2 hari cukop lah kot.. hahaha..

Sampai rumah pukol 7 malam.. hebat?.. Masih tak cukup lagi? belajar selalu bersyukur meski tak cukup...

arghhhhh aku cuma manusia biasa.. *alasan* sampai bila takkan belajar


Tuesday, March 1, 2011

Jaga Tingkah, Jaga Lidah

Pagi semalam aku baca blog Nana, dia cakap dia tak suka orang panggil dia GEMOK! Okeh sama dengan aku, aku tak paham dengan sesetengah orang nih, kenapa suka gelar orang benda yang bukan-bukan ek?. Kang aku kabo mak pak tak ajo, kasor sangat pulak bahasanya.. Pelislah kita kan dah besar panjang, macamana kamu kamu orang boleh tergamak nak menggelar orang dengan perkataan yang seakan menghina, mengejek fizikal orang ye? eeeiii..

Tak pernah umor aku panggil orang SI GEMOK, SI PENDEK, SI KETOT, SI TEMBAM, SI DEBAB dan lain lain lah, iskhh.. apa perasaan orang yang mengeluarkan kata-kata tersebut ek? Seronok ke?. Bahagia bebeno ke gamaknya gelor orang GEMOK GEMOK, and paling worst kau gelar benda tuh depan orang ramai *tepok dahi* Sangat tak beradab okeh!

Sekali dua aku buleh terima orang bergurau, tapi kalau dah banyak kali GEMOK GEMOK, aku rasa nak bangun angkat kerusi, hempas kat kepala kau dengan sekuat hati aku! *Manusia HEBAT adalah manusia yg bisa mengendalikan diri disaat dikuasai amarah ~Okeh aku tak hebat!*

Pada kamu kamu iye dan kamu yang selalu lancar sangat mulot ibarat air longkang yang busuk itu, renti rentikan lah dok memalukan, menghina, mengejek dengan kata-kata macam ni, tak elok nak, kita dah besar, dewasa, matang, dah beranak pinak dah pun, agak-agaklah pun kalau bergurau, jaga tingkah, jaga lidah.. jangan biar orang membenci kita hanya kerana isu yang sangat bodoh ini..



*sudahnya mak terpaksa berselindung dibalik mannequin untuk menutup lemak-lemak tepu mak yang comel dan bergaya itu**