Wednesday, March 21, 2012

Langkawi Day 1

Seawal 6 pagi dah bangun walaupon tiket flight pukol 2 petang tapi nak menggambarkan perasaan gembira aku tuh mata dah tak buleh lena selepas subuh.. Gaya kecik-kecik nak ikot rombongan lawatan sekolah ke tempat-tempat menarik sekitar KL contohnya Muzium Negara dan Tugu Negara..

Pukul 1030 pagi macamtu dah keluar rumah, sarapan sebentar, nak makan pon tak lalu, almaklumlah eksaited kekdahnya.. *kahkahkah gaya nak p London*

Naik cab sampai KL Sentral terus naik bas ke LCCT, kemain Cik Red aku mengondem Air Asia, bersimpang siur kekdahnya, aku? naik flight pon baru 2 kali, kahkahkah, lagi tak tau jalan, masalahnya bukan tak tau ke simpang siur ke kat sini, tak biasa, mungkin dia dah biasa dengan MAS kot..

Okeh, settle web check in, luggage bagai, teros dok nunggu flight, patotnya flight kitaorang pukul 2 kan, delayed le pulak setengah jam, ada 3 passengers hilang.. phuiii!!! hahahaha.. Aku dah le tak nyabo nih..

Sampai Langkawi pukul 3 lebih kot, settle amik bag bagai teros ternganga-nganga carik kereta sewa, banyak kaunter-kaunter dah tersedia kat sana, nak kereta sewa, nak island hoping semua bagai, pilih je..

Dapat je kereta teros g chalet kat Pantai Cenang, saya ada jugak survey kat internet, hati tu nak le menginap kat rumah pokok kat Mali Best nuh, tapi tak yah le berangan, memang fully booked!!. Last-last kitaorang menginap kat sebelah Mali Best sana Melati Tanjung, okeh terkejot, ingatkan chalet rumah sebijik-sebijik, sekali naik macam asrama daa, punyalah lama nak meninggal tak datang Langkawi.. dengan Mat Salleh gaya macam kampung deme, kemain bawak motor tak pakai helmet bukak baju.. hahahaha

Lepas check in. rilek-rilek buat apa yang patot sat, suami ajak keluar ke Gunung Mat Cincang nak naik cable car, tengok cuaca baik, nak tunggu esok takut hujan katanya, masa nak g tuh menyinggah makan laksa tepi laut, mana lokasi tak tau tapi dekat la dengan airport..  Tak payah la pesan pasemboq depa, ke laot beno rasanya, p Penang je lah kalau nak makan passemboq :p

Hati berlagu riang nak naik cable car, tak sedar diri yang awak tu penakut! Bila tengok rupa cable car, tangan dah berpeluh..

*Subhannallah, maha suci Allah, terpegun saya dengan keindahan ciptaan-NYA.. 






4 comments:

Hani Syahani said...

uihhh bestnya pic yg mthari terbenam nuh!
best ah p lgkawi, nk pi jgk lah camni!!! hehehe

NORSHAHFEZA HAMSAN said...

cantiknye sunset tu,,subhanAllah =)

. said...

idak le ngajak.

Anonymous said...

skali je dah ler naik cable car nk mrasa je
mahai satu
gayat dua
hehhee