Alhamdulillah, akhirnya tercapai jugak cita-cita.. Sebenarnya keinginan untuk jual pakaian nih dah lama ada, tapi ye lah, bukan senang kan nak carik partner yang betul-betul, pernah dulu ajak Yan untuk ber-bisnis nih, tapi dia tolak, katanya sebok, dan tak berapa berani, kengkangan masa juga kerana kami sama-sama sibok, okeh faham. Jadinya saya keep asking kawan kawan yang berminat, ada juga yang dah jadi tapi macam terputus juga ditengah jalan, kekangan masa lah rasa saya penyebabnya..
Ada satu hari waktu sahabat saya Syerah balik Malaysia, kami set 1 hari untuk berjumpa 3 orang, Syerah sangat berkenan dengan shawl yang saya pakai, dia suruh saya berniaga, saya kata saya tiada kawan, saya memerlukan seseorang untuk memerah kepala bersama.. Yan? dia bertanya.. saya cakap Yan tak mahu, ntah macam mana Yan tiba-tiba macam tertarik, dan kami terus berbincang dalam BBM, dan jumpa terus carik barang untuk niaga..
Allah kalau dah tetapkan orang itu, memang orang itulah.. saya percaya apa yang Allah aturkan.. pusing sana pusing sini, pandang belakang, pndang hadapan, akhirnya berbalik pada Yan semula... Alhamdulillah..
Umum mengetahui suami seorang penangkap gambar, kekeke.. tapi dia amatlah sibuk untuk bulan ini, jadinya timing Yan | Hana tidak berapa cantik untuk meminta pertolongan dari Cik Red saya, mujurlah ada Peygord, saya sampai dah naik give up sampai kata takpelah, ambil je lah pakai camera compact atau ipad, buleh kot??!!.. Tapi si baik hati Peygord kata dia nak datang juga untuk menolong.. wahhh.. terima kasih banyak Peygord kerana menyumbang dan support Yan | Hana. Nanti kita pergi makan-makan ye ;p
Minta maaf kerana masih tiada apa-apa yang boom untuk permulaan.. tiada logo,tiada apa-apa.. apa yang kami ada cumalah ketulusan dan keikhlasan.. Saya amat berharap kalian kawan-kawan dapat mendoakan kami..
Insyaallah awal bulan 5 nanti logo dan yang lain-lain akan siap peringkat by peringkat..
Terima kasih diucapkan kepada Yan kerana sudi menjadi kawan dunia akhirat saya.. alhamdulillah, kami mengamalkan sikap tolak ansur, tiada tekanan jika pihak sana ada hal atau pihak sini ada hal.. kalau bekerja didalam tekanan juga tak bagus kan.. dari kawan buleh bergaduh tuh..
Terima kasih pada suami suami kami kerana memberi izin kepada kami, memahami kehendak kami, insyaallah kami tak akan lupakan pengorbanan dan jasa baik kalian..
Terima kasih kepada kawan kawan yang sentiasa menyokong.. Kepada Peygord, kamu adalah penyumbang pertama pada Yan | Hana.. terima kasih banyak..
Silalah Yan | Hana
3 comments:
nak beli bajuuu tapi tak de size..sob sob
Yeah......bestnya..saya doakan semoga bizness Yan Hana success (eh..kejadah tak reti letak palang straight..penat cari mana simbol aku kena tekan neh..kahkahkah..)
Sila letak baju cantik2...sepadan size almari dua pintu saya ni k...akan saya borong tanda sokongan..
good luck yan and bulan..luv u both!.
Tahniah kak ana.... best klo dpt partner sekepala kn! semoga setiasa maju jaya!!!!
Post a Comment