Pertama kali dengar tentang 'Gerai" ini dari Blog Ina Cik Kaki, teros like fan page mereka, nak pergi memang ler kirim salam, tak tau macam mana nak cakap kat Cik Red, bukan le sebab Cik Red tak nak bawa, masalah utama saya ialah pasal jalan.. *kesian kan*
Lepas tu nampak pulak kat blog Nana yang pun dah pergi juga ini Gerai, saya siap cakap kat dia, nanti-nanti kalau akak nak pegi, buleh ye akak call Nana, nak tanya jalan.. hahahaha.. saya bab landmark memang nauzubillah teruknya..
Jumaat lepas, balik kerja, biasa suami memang makan capati je untuk makan malam, jadi haritu agaknya kesiankan saya, dia ajak makan tempat lain, dah terlajak kat Wangsa Melawati tuh saya tanya dia Keramat yang kita pernah pergi hantar barang kat kawan dia, Restoren Syed, saya ingat itu landmark dia.. jalan tak sampai berapa meter tuhhh dia nampak dah That Little Gerai.. yeayyy!!!
Sampai sana biasalah first time, terpinga-pinga juga nak pilih apa, tiba-tiba datang crew TLG membantu, tengok namanya kat Fan Page 'Tom Zeli'.. ahakks.. dia suruh order air dulu, lepas terus saya tanya dia malam nih special menu apa?, terus dia recommend Chicken Cordon Bleu, okeh saya pilih hok tuh suami pulak sebab dia memerlukan menu sehat, saya pilihkan dia Grilled Salmon, saya add order Big Bowl Garden Salad.. Cik Red puji Teh O Nipis dia bebetul nipis, selalu order Teh O Nipis kat kedai hagham habis.. kikiki..
Sape belum cuba jemputlah datang mencuba, sekali sekala, saya suka suasana disini, cantik decorationnya walaupon hanya gerai, makanan yang sangat sedap, crew yang sangat friendly dan sangat helpfully.. Insyaallah mahu datang lagi.. mahu cuba menu lain pula..
Lepas bayar nanti dia akan tanya kita, macamana food kat sini kak? semua ok ke? huhuhu.. Ok lah bagus cara mereka.. saya harap TLG mengekalkan konsep sebegini..
Errr malam nih rasa macam nak dinner sana lagi.. huhuhu
Ini Grilled Salmon Cik Red saya, eeeiii.. sedap nak meninggal, ikan juicy gila, melompat-lompat nih bila masuk dalam mulot.. huhuhuhu.. |
Ini Bowl Garden Salad untuk suami saya.. kiki.. kaisk dia makan sayur banyak-banyak.. next time datang nak try Ceaser Salad pulak.. |
Ini namanya Puding Diraja, oklah, saya tak berapa suka sangat kot.. hihihih, tapi sebab tak eprnah makan kan, saje nak rasa.. rasa dia ok, tapi tekak saya, saya tak berapa suka.. |
Pada sesiapa yang teringin nak g ini alamat nya
Jalan AU 5/D1, Lembah Keramat, Kuala Lumpur
017-319 3585
http://www.facebook.com/ThatLittleGerai
1 comment:
dkt je ngan umh tp tk pernah jejak lg..aritu dh pegi tp mcm baru nk setting..situ susah skit bab parking ..dessert tu yum222
Post a Comment