Thursday, September 27, 2012

Shawl Tutorial Simpol Simpol :))



 
Video pertama upload kat Youtube. Sebeban dah kena kutok dengan sahabat sahabat sekayu.. 
Adoi la.. hahaha.. 

Sebenarnya ramai jugak yang tanya macam mana nak ikat tudong macam nih, lama sangat dah tanyanya, baru ada kesempatan nak buat, simple je, buat pon pakai camera kompak comel saya punya.. hihihi..

Ni adalah tutorial biasa je, semua shawl yang saya pakai semua saya pakai style yang macam ni, sama ada kain chiffon, kain yang dalam video diatas, pashmina, semua sama, memang peel saya kalau dah selesa satu satu gaya, memang tu je lah sampai dapat gaya baru.. 

Lain kain lainlah result dia. Kalau sudi cubalah, saya cuma buat atas permintaan kawan-kawan yang bertanya.. 

Tapi maaflah, lagu background video Blurry by Puddle of Mud, amacam? rock tak? hahaha.. Dah buat pon kat MacPro Cik Red, tak kan nak aspect lagu Hail Amir ke Uji Rashid ke kan.. adoihhh tepok dahi mengenang nak pilih lagu..

Terima kasih Cik Red sudi ambilkan video ni, sudi mengedit sekali, sudi melayan saya. 




 

Wednesday, September 26, 2012

Saya juga suka Jam!

Bila tengok entry Syana pasal jam, hati tersenyum sendiri, kenangan lama menggamit hati, dari kecil memang suka sangat dengan jam tangan. Ingat lagi sewaktu ingin melangkah ke alam persekolahan rendah mak belikan saya sebuah jam tangan, mak beli di Pasaraya Bintang, rasanya harga dalam RM7.90 kalau tak silap saya.. hihihi.. mak kata senang nak tengok waktu..

Arwah mak memang macam tu, dia akan tanya pukul berapa rehat, pukul berapa ini pukul berapa itu.. sampaikan hingga ke cucu dia pon dia akan memberi laporan lengkap kepada kakak ipar, menyusu pukul berapa, tidur pukul berapa, jangan salah sangka, kakak ipar tak suruh, tapi arwah mak memang macam tu, tip top! hihihi comel!

Berbalik kepada jam Pasaraya Bintang saya tadi, bateri sekejap je dah habis :(
Lepas itu abang dengan bermurah hati memberikan saya sebuah jam tangan yang cantik, saya masih ingat talinya bewarna kelabu bersisik ular, saya tidak ingat brand apa, apa yang terlintas difikiran wah mesti mahal! Saya syak mesti abang dapat bonus! Pakai jam sehingga koyak talinya, mak jahit tali jam tu.. hahaha.. tak malu pulak saya pakai jam tali dijahit mak!

Nak dijadikan cerita, jam tercicir waktu diperhimpunan dari poket baju sekolah.. aduh sedihnya, saya sedih sebab itu pemberian abang.. Tapi dah dinamakan rezeki, cikgu tanya siapa ada hilang jam, jadi saya dapat kembali jam saya! Gembira!

Selang beberapa bulan, mak ajak saya ke Pasar Ampang, mak ingin menukar tali jam saya, tali jam bewarna coklat gelap.. hihihi.. Tapi dah memang tersurat rezeki saya sehingga disitu sahaja, jam saya tercicir lagi sewaktu diperhimpunan, tapi kali ini memang tak dapat semula.. sedih..

Sewaktu saya darjah 4 abang sekali lagi belikan saya sebuah jam tangan, masa ni saya ingat jenama dia Q&Q.. hahaha.. walaupon saya tahu murah, tapi saya tak kisah, janji saya ada jam! Saya pakai jam itu sehingga saya Form 1.

Waktu Form 2 saya mendapat sebuah jam tangan dari seseorang, jam tangan Swatch warna biru leather dihari jadi saya. Didalam hati kenapalah dia belikan saya colour yang macam ni? tak up to date lansung! saya mahu yang colour colour dan corak corak yang ceria!! Tapi takpelah, janji Swatch! Saya pakai jam tu sampai saya dah habis sekolah, sampai tali jam lunyai! Saya tukar dengan tali jam plastic! Seronok betol pakai Swatch!! 

Sewaktu lepas sekolah pula saya dapat 2 buah lagi jam tangan Swatch, sebuah gold colour, sebuah lagi silver.. semua pattern ladies, bulat! haisss.. *tak berapa menepati citarasa sebab orang kasik* hihihi.. Kadang-kadang beli jam kat kiosk di KLCC, macam macam design, macam macam pattern macam macam colour!! Gila!! 3 biji RM50, kadang kadang 4 biji RM50!! Tapi biasalah, barang macam tu kira pakai sekali pastu campak, mana celah nak tukor battery? phuiii!! tertipu disitu sebab comel sangat!! hahaha.. Lepas tu pakai lah jam Swatch silver dan gold saya silih berganti.. *kasihan*

Lepas tu, dapat lagi sebuah jam tangan, Tissot.. hihihi hip hip hoo00oooray!! Alhamdulillah! Jam ini saya dapat dari seorang yang sangat baik, accountant syarikat lama saya bekerja dulu Bee Choo! Dia sangat baik! Masih sampai sekarang saya pakai jam ini, dia hadiahkan saya sebab saya nak kawen.. hahaha.. Serious seronok sangat sebab Tissot kan.. haishh.. Dia tahu saya suka sangat dengan jam tangan. 



Lepas tu saya dapat lagi sebuah jam tangan dari seseorang juga, juga hadiah sebelum kahwin, puas dok mengugel, puas dok besorkan gambar, tak nampak jenama jam, hahaha, tak ingat langsung, jam nih memang buat basahan g office, tapi sampai bulan 7 lepas, sampai takat tu jelah rezeki saya bersama jam ni, siap tukar tali dah nih, ingat lagi tukar kat Sogo waktu first time mengeDATE dengan Mulan.. hihihi.. Hilang masa dekat rumah mertua.. ramai orang waktu tu adik ipar bertunang, mungkin tercicir kat mana-mana.. tak pelah..



Dah start kerja kat sini, saje gatal gatal beli jam G-Shock, satu untuk saya, satu untuk En Red. Saya punya warna putih, En Red punya warna hitam. Abis kotor dah tali, malas betoi nak cuci, 2 kali beros dah tuh.. 3 tahun dah kot usia jam nih.. hihihi.. Seronok jugak lenjan, tak kesah nak calar ke apa kan, memang tahan lasak!


Jadinya sekarang cuma tinggal 2 buah jam sahaja yang elok, Tissot dan G-Shock, yang lelain hilang, Swatch masih ada lagi, cumanya bateri dah kiok, malas nak tukar, dah bercalar balar, zaman Swatch dah berlalu kot.. hihihi...

Rasa nanti nanti nak kumpul duit sikit sikit nak beli lagi satu Tissot! Tissot je lah saya mampu takat nih, nak berangan jenama yang lain lain tak berdaya.. Kot ada orang sudi wasiatkan harta 8 billion ke saya barulah buleh berangan dengan senang hati ye tak? hihihi..

Terpanjang pulak cerita tentang jam, zaman tok kaduk, orang itu orang ini semua keluar.. hihihi...



Monday, September 24, 2012

JJCM - Makanan Padang di Kampung Baru

Assalammualaikum semua.. Lama dah tak buat entry makan makan, tak buat entry makan makan bukanlah bermakna dah kuros ataupun langsing malahan bertambah sihat rasanya.. Hihihi

Sabtu lepas menemani suami untuk berphotoshoot di Stadium Merdeka, sebelum itu haruslah isi perut kat Kampung Baru dulu.. Kalau pergi sini haruslah rasa nak meninggal kat situ juga sebabnya makanan dia semua best best belaka..

Hari tu ambil ayam kampung masak cili merah seketol untuk diri sendiri, suami ambik rendang ayam kampung, ulam ulaman, pucuk ubi rebus dan sayur tauge, makan je apa yang ada, sampai pun dah nak dekat pukul 3 petang, jadi tak bolehlah nak mengeluh sangat.. Hihihi





Selalunya pucuk ubi rebus tu akan dicicah dengan sambal dia, nih sambal pon dah habis, sedih betol, sambal minang kot nama dia..



Makanan kampung biasa je pun, bukan lah ada ayam golek ke rusa panggang ke, tapi bagi tekak kampungan lagi kemelayuan macam saya nih memang rasa nak pengsan le.. Hihihi.. Air biasa memang saya akan order alpokat! Sedap sangat! Lagi satu pernah jugak satu waktu dulu saya order alpokat nih, budak tu cakap "kakak bukan saya tidak mahu mengambil order ya, tapi buahnya kurang masak, nanti airnya tidak sedap" hihihi bagus siap cakap.

Sesiapa yang tekak kampung gaya saya buleh le cuba dikedai nih, best! Tapi saya ambil gambar jalan je lah, itu je landmark terbaik yang saya dapat bagi.. Hahaha.. Teruk sangat bab jalan nih..


- Posted using BlogPress from my iPad

Wednesday, September 12, 2012

Selamat tinggal Blackberry





Selamat tinggal Blackberry buat selama-lamanya.. sayang kat dia, dari baju mahal berwarna merah sehinggalah baju murah berwarna putih sehinggalah tidak berbaju, bersalut kunyit dan tepung waktu didapur.. Mujo tak jadi sotong goreng kunyit ka, ayam goreng kunyit ka, cekodok ka.. hihihi

Dulu-dulu waktu adik Ipad belum datang ke family kami, selalu tengok resepi kat BB, kadang-kadang bukan tengok resepi tapi siap berborak dengan kawan-kawan.. hihihi.. dah sorang-sorang kat dapor kan.. Haih mujor tak menjunam je dia dalam kari, gulai lemak, dan minyak panas.. hihihi

Alhamdulillah semua contact number ada dalam email, cumanya gambar-gambar arwah mak masa akhir hayat dia dan sms suami yang sangat penting tu.. Gambar-gambar kami pon adalah juga, cuma minta pada Allah harap-harap tiadalah berlaku penganiayaan terhadap gambar-gambar kami.. 

Allah dah tetapkan hubungan saya dengan Blackberry saya sampai tahap ini je, jadi saya redha lah.. Adalah sebabnya yang saya tak tahu.. lagipun ini semua kerana kecuaian sendiri, nak marahkan siapa kan.. Dah takde rezeki.. Ayah mertua beri saya pinjam henfon beliau, hihihi.. Jadilah buat nak call dan sms.. buleh le buat sementara waktu..

Mungkin dia merajuk kot, asik berkepit dengan adik Ipad je.. Bukan apa, senang nak tengok resepi.. hihihi.. takpelah.. things come and go.. Insyaallah ada rezeki lain teringin juga nak melengkapkan family epal gigit sebelah kami nanti.. takpelah tak penting, jika ada rezeki lebih..

Masih ingat lagi, waktu pertama kali nak beli Blackberry nih, kemain saya pilih colour putih sebab tak nak nampak macam pakai Blackberry, sama je patternnya macam Nokia E71 colour putih saya waktu tu, arwah mak pon tak perasan saya tukar henfon.. hihihi.. Bila bos tiba-tiba kata dia nak bayar semula duit beli enfon saya, baru saya cakap kat arwah yang saya tukar enfon.. hihihi... Semua dapat Blackberry kat office nih sebab mungkin bos rasa senang nak communicate kot..

Blackberry ni, takde entertainment pon, kalau kata nak berBBM, Whatsapp pon dah buleh sekarang ni, cuma yang saya sangat suka tentang Blackberry adalah kerana push email dia.. Jadi kerja dan apa-apa yang sewaktu dengannya alert lah *sudahlah dah dasar pemalas, orang lain pakai henfon lain ok jah keje* hihihi.. Bukan macam tu, saya nih banyak le benda lain nak buat dari nak menengok 24 jam email jah kat pc kan, jadinya bila email teros masuk kat enfon, mana yang urgent tu kita tahu, teros bukak kat pc, immediately, ha kan senang tuh.. hihihi...

Saya sedih juga sebenarnya, yelah siapa tak sedih, banyak membantu jugak tuh.. tapi pelik juga, takdelah ralat beriya, takdelah nak merampuih beriye, dah tersurat katanya.. hihihi...

* Mujor ada gak gambar bersama henfon walaupon dari belakang*

Apa-apa pun saya tetap merindui kamu wahai Cik Blackberry bercolour putih, saya tetap kenang kamu dalam tidur saya..



 

Monday, September 10, 2012

Makan-makan

Jumaat lepas buat makan-makan raya dioffice, tahun ni meriah sikit siap ada makan-makan, dulu saya sorang je perempuan dioffice, manalah dan nak arrangekan makan-makan, kalau dan pon memang tak jalan punya, malas! 

Tahun ini suasananya amat berbeza, Nana rajin juga meng-organise benda-banda macam ni, jadinya collect sorang RM10, minta mak Nana masakkan rendang ayam, lodeh, sambal bilis, Nana bawa laksa, chocolate cake, bos bawa lemang dan rendang, Sarah bawa murtabak raja, Abg Jo bawa kuih dan saya bawa puding roti gulung butterscotch & sos custard. 

Saya ni tak taulah mengada ke, apa ke, memang tak pernah puas makan rendang, jangan salah faham, bukan saya tak suka rendang orang Negeri Sembilan, suka, boleh makan, tapi bukan favorite! Agak logiclah, umur dah 33 tahun dah biasa dijamu rendang Perak, haruslah tekak lebih ke rendang Perak ye tak? 

Tetapi hari Jumaat lepas saya dapat menikmati rendang ayam persis arwah mak, nak menitik air mata menahan sebak, saya tak berapa suka rendang berbau dan berasa daun limau purut sebab arwah mak tak letak, mak Nana katanya letak juga, tapi tak bau daun tu dan tak rasa daun tu, haihh.. Alhamdulillah, terima kasih Mak Nana kerana sudi buat rendang yang sedap ini kepada kami.. 

Saya makan memang beriya-iya, puas sunggoh makan rendang ayam haritu, lodeh saya tak berapa gemar, tapi bertambah juga.. hihihi.. Pandai Nana buat laksa, sedap! Kejap-kejap makan, asyik makannnnnn je hari Jumaat tu, sampai berkata kat diri sendiri, ni memang 2 minggu tak makan nih sebab terlampau kenyang!!! Owh syurga!! saya suka makan!! hihihi.. 

Gambar adalah tiada kerana saya awal-awal telah meng-aim itu rendang ayam!! 

Sabtu lepas, lepas lagi satu family abang datang beraya dirumah, gigih masak rendang ayam, nasi minyak, lodeh, puding roti butterscotch dan puding caramel.. Gambar tak ambil juga sebab penat melepek nak meninggal! Dah la rendang ayam tak jadi sebab hancur!! hahaha.. 

Sambil-sambil tu Yan bbm kata nak singgah raya, lepas tu Aida adik bos dengan mak bos, hahaha.. lepas tu Sha pula, burak sampai 1 pagi.. 

Seronok orang datang rumah kita, family mertua tak datang lagi, tengah merancang-rancang nak buat juga makan-makan, cumanya tak tahu bila.. Raya atau tak raya apa ada hal kan, janji mereka sudi datang ke pondok kecil kami, setiap tetamu membawa rezeki, siapa nak datang silalah kabo awal-awal, kalau tak mahu jamah biskut kering sahaja.. Saya bukan tukang masak profesionalle yang buleh berkejar nak masak bagai lipas kudung jika last minute notice! hihihi...