Tuesday, October 16, 2012

Bukan Sekadar Resepi & Travelog Haji

Bukan Sekadar Resepi sebuah naskah dari Puan Roza Roslan, isteri kepada Prof Dr Muhd Kamil Ibrahim. Buku masakan tapi sentuhannya menusuk kalbu! Jujur saya mengenali Prof dari rakan sekerja, Sarah.. Ya Sarah memberi impak yang besar juga dalam hidup saya.. Melalui beliau saya mengenali penulis penulis yang bagus untuk waktu singgang saya, iya saya suka membaca novel, saya juga suka bahan pembacaan yang berilmiah, tetapi amat sukar untuk mendapatkan bentuk penulisan yang santai, dekat dihati tetapi amat memberikan kesan mendalam..

Buku Prof yang bertajuk Travelog Haji juga sudah selamat saya khatam.. Entah kenapa hati saya berkobar kobar ingin menjadi lebih baik dari semalam.. Selalu saya sematkan dalam hati agar jaga lidah, jaga tingkah, tetapi ianya amat sukar untuk saya laksanakan.. Seringkali lidah tersasar, bila ianya berkaitan dengan kerja, habis semua saya haruk.. Tetapi jika nak dibandingkan dulu dulu mungkin lagi teruk.. Saya bersyukur juga kerana sudah tidak macam dulu dulu lagi waktu sebelum kahwin, perlahan lahan saya ajar diri untuk tidak melayani perasaan amarah, seringkali juga tertewas.. Malu mengenangkan nasib diri.. Ujian Allah sebesar itupun tak mampu saya laksanakan... Tapi buku Prof adalah sebuah naskah yang jujur dan benar, hati saya tersentuh, bercampur rasa, sedih sebak gembira, air mata mengalir tanpa perlu dipaksa, ikhlas dari lubuk hati saya, saya ingin menjadi sabar seperti Prof. Terima kasih Prof kerana sudi berkongsi 'rasa'.

Berbalik kepada buku isteri Prof iaitu Puan Roza, bertepatan dengan tajuknya Bukan Sekadar Resepi, iya, sememangnya bukan sekadar resepi semata mata, ia tentang kasih sayang, tentang persaudaraan, tentang kenangan yang mengusik jiwa.. Setiap resepi pasti ada cerita menarik dari Puan Roza, kadang kadang kenangan yang Puan bawa mengingatkan saya juga tentang kisah silam, iya, kita akan berkerumun adik beradik untuk tengok apa yang mak sediakan makanan untuk kita, rasa tidak sabar untuk menjamah makanan, kena pergi hantar lauk untuk jiran, dan macam macam lagi... Setiap kali baca hati pasti tersenyum riang digeletek oleh kenangan lalu.. Sebenarnya diketika ini saya masih lagi meneruskan pembacaan saya, tidak habis lagi baca, baru sampai Resepi 9 Durian Segamat!

Terima kasih Puan kerana sudi juga berkongsi 'rasa' juga dengan kami, hidangan Puan santai tetapi padat!

Ingin mencari lagi buku buku Prof dan Puan Roza.. Terima kasih pada Sarah kerana tolong belikan buku buku ni..





- Posted using BlogPress from my iPad

No comments: