Thursday, December 18, 2014

Amboi Kak Nina, kemain perli saya. Saya sibuk macam nak montah kekdahnya kak. Miahahaha 

Okeh in character semula. 

Kakak pernah pergi kelas roti dengan 2 orang BFF kakak. 

Ntah zaman bila pergi ni pun tidak pula kakak ingat, tapi dalam tahun2 ni juga. Kakak ni nak kata minat memasak tidaklah juga, nak kata tidak minat pon, tidaklah juga. Bila BFF kakak yang dua orang tadi ajak berpelerasan ke kelas roti, kakak tiada bantahan. Kakak ok je. 

Kawan kakak Yan ditugaskan untuk mencari kelas, pembayaran dan lain2. Mula2 dia ada bertanya disatu tempat ni (nama dirahsiakan) tapi sampai kesudah tiada jawapan, mungkin beliau sibuk dengan urusan beliau. Jadi kakak memberi cadangan Class Roti bersama Zalina Yahaya - Bzee Bakery kat Seremban sana. Semua nampaknya bersetuju dengan cadangan kakak. Kakak juga cadangkan supaya kita pilih Class Healthy Bread, tapi dibangkang 200% oleh rakan2 kakak tadi. Cis! Kakak bukan apa, suami kakak tu gaya hidup sihat, kawan sorang tu nak kurus, kakak pun nak kurus juga, jadi kakak berniat baik. Oleh kerana dibangkang, jadi kami memilih kelas roti biasa sahaja. 

Kak Zalina ni garang okeh! Mampos kakak terkejut juga dijerokahi beliau. Tapi kakak redha lah, sebab dia kan mengajar, dia bukan orangnya, ahh lantak ko, ko dah bayar, nak belajau, belajau, tak nak sudah! Takde ye, jangan nak harap sangat, ko dah bayar untuk belajar, sila buat sungguh2! Gitiew!

Overall kakak berpuas hatilah dengan kelas ni, roti sedap nak arwah, lembut. Sempat kakak bekalkan roti untuk suami kakak dan bawak selebihnya ke office untuk sarapan pada esok paginya.










Monday, October 20, 2014

Kakak dah ada lesen, kamu bila lagi?

Kakak dah ada lesen!

Serious kakak benarnya tak sungguh-sungguh pon nak ambil lesen ni. Tu sebab makan masa hampir setahun baru nak siap lesen kakak.

Kakak tak banyak masa pon masa nak test itu hari. Panjang akal kakak bagi alasan kat cikgu kakak. Suami kakak pula dah mula bising-bising. Jadi kakak redah dan redha je lah.

Kakak all out belajar dari hari Sabtu 2 jam, Ahad pagi petang, Isnin 2 jam, Selasa 2 jam dan Rabu 2 jam. Masa ni kaki kakak yang terpeleot masih sakit lagi.

Khamis kakak dah nak test! Fuh, rasa nak cherry berry semua ada. Kakak memang ada masalah lupa ingatan bab jalan, walaupon kakak confident sebot nama tempat dan nama jalan tapi tetap tak cerdik sebab jauh menyimpang tempat kakak sebut. Jadi bila kakak mengutarakan kebimbangan kakak pada kawan-kawan Perak kakak, maka keluarlah macam-macam cadangan bernas, contohnya mereka ingin pacak tiang yang orang kawen selalu pacak tu sambil letak bunga manggar. Cis!

Kakak melangkah dengan tak berapa yakin hari Khamis tu. Kakak pakai baju blouse biru cotton yang diberi oleh kakak ipar kakak. Tiba masa kakak untuk ditest jalan raya. Kakak dapat pegawai wanita. Bagi salam, tapi tiada respon, mungkin dia jawab dalam hati. Dah check side mirror, signal dan lain-lain tiba yang terakhir kakak nak pakai seat belt, kepala seat belt tu hilang, kakak dah mula cuak. Rupa-rupanya masa kakak tutup pintu kakak tak periksa, tertinggal diluar. Mesti pegawai tu dah mula rasa jengkel dengan kakak.

Bermulalah pengembaraan dijalan raya kakak bersama akak pegawai JPJ. Kakak tukar gear tak pandang depan, kakak pandang gear, lantas kakak kena jerokah dengan akak pegawai. Mujor kakak dah biasa kena jerokah, jadi kakak tak berapa heran la dengan jerokahan beliau tu, kakak macam rasa nak cakap, cuba lagi akak! Next! 

Azab kubur betul sepanjang pengembaraan kakak tu, dia jerokah kakak lagi, "kau ni, keras kejong bawak kereta!!! Eeeeyyyy!! Tapi kakak dah biasa buat muka takde perasaan, atau pun memang muka kakak macam nak tikam orang, ntahlah.

Bila kakak dapat result, Alhamdulillah syukur kakak berjaya. Terima kasih ya kakak pegawai JPJ, jangan suka jerokah orang kak, tak elok, kesian kat diaorang, boleh terkejut kak kalau tak biasa. Apalah salahnya cakap lembut-lembut, berbudi bahasa kan. Takpelah harap2 esok, dah tak dengar dah orang complaint pasal JPJ lagi.

Lepas tu kakak terus ke tempat test bukit. Masa naik bukit tu, kakak rasa kakak dah gagal! Ye lah kakak dah lebih garisan kuning, tapi abang pegawai kata "Rohana, lagi sekali, lagi sekali, turun, turun!". Alhamdulillah syukur kakak lulus juga. 

Settle bukit kakak terus ke parking, kakak-kakak pegawai dua orang yang jaga parking dan 3 penjuru tu dah la lawa, cakap sopan-sopan, lemah lembut. Kakak suka sangat. Jadi setelah berhempas pulas memulas steering, lepas 3 penjuru je, kakak bangga jugalah dengan diri kakak! yeayyyy! Hilang rasa lenguh tangan dan sakit kaki. Syukur alhamdulillah. 






Thursday, August 21, 2014

Opok budak Bulu Gemuk yang Manja

Ramai kawan-kawan tanya, eh dah bela kucing ke sekarang?

Jawapannya, takdelah, ini kucing kawan budak ofis.

Bujang.

Lelaki.

Sebenarnya berkenalan masa 6 hari tu, tak berapa ingat. Budak2 bujang kat ofis ni, diaorang bela berekor2 kucing, macam2 jenis kucing, berkenalan dengan yang ini sebab tuannya bawa ke ofis untuk tumpang letak dalam 2 3 minggu kalau tak silap.

Masatu Gombak tengah hot dengan virus kucing, jadi kucing-kucing kat rumah diaorg ada beberapa ekor yang mati. Si budak Opok ni terselamat dari virus tu, tu yang bawa ke ofis untuk asingkan dengan yang lain2.

Aku sebenarnya bukan tak sayang kucing, sayang sangat, suka kucing, tapi kucing aku masa kecik2 dulu pernah mati, sekor hilang. Jadi lepas pada tu, aku memang taknak ada hubungan perasaan dengan kucing. Sakit dia kalau hilang atau mati, perghh.. tusuk jantung woo!!

Jadi kalau takat belai2 macam2 gitu tu, biasalah, nak dukung ke apa, memang jangan harap!

Tapi si budak Opok gemuk nih, sebab masa tu dia macam sakit kan, kita jatuh kesian, selalu lah dukung2 dia, kalau time lunch atau balik, selalu bukak sangkar dia dokong2 dia, memang jatuh sayang lah. Sikit!

Pastu tuan dia minta tolong pulak kat kita untuk jagakan dia masa cuti raya haritu. Jadinya, hari Sabtu sebelum raya tu ambil dia kat ofis, hari Ahad malam hantar semula, balik dari kampung ambil dia semula.

Bila dah bawak balik rumah, dah tidur, meleseh semua dengan kita, mau tak sayang?????

Sayang hoi!

Lagi satu dia ni berperasaan okeh!! Dia nak main, tapi dia tak pandai sorok kuku dia dan gigi dia, jadi bercalar balar jugalah tangan ni, dia besar, kita terkejut, jadi teruslah marah dia, jentik telinga dia, bila kita marah, dia paham, tunduk, lepas tu datang kat kita, nyondol2 kepala, bangun duduk atas riba, cium2 kita, ya rabbi memang aku sayang gila kat budak Opok nih!




Gini le tidonya kadang-kadang. Nak nyelit kat kita, amik tangan kita, nak pegang, kemain ko nak pegang tangan orang, kuku tak reti nak nyimpan!


 


Monday, August 18, 2014

Sendu Sedey Pedey Di Hari Raya

Cerita hari raya, sendu sedey, pedey!! 

Aku menangis macam ongila okeh! 

Benaunya pagi tu lepas settle2 semua, g ke rumah mertua, berkumpul disana untuk bersalam-salam raya, dan terus balik kampung. 

Lagi satu, aku memang takde kasut raya apatah lagi baju raya. Beli kasut Converse, aku anggap tu je lah kasut raya aku. Pakaian aku pagi raya, aku bantai jah pakai baju kurung cotton color kelabu2 kebiruan sikit, sebab aku raya itulah pakaian paling cantik yang aku ada. Match pulak dengan suami yang memakai kurta color kelabu kebiru-biruan sikit. Kalau dah pakai baju kurung cotton, memang aku selamba badak le pakai Converse aku tu. 

Tapi bila dah sampai rumah mertua, rasa macam kepoyoan aku tuh tahap tertinggi pulak, oklah tukau selipar, selipar fitflop tuh walau selesa hamat, membantu sakit lutut dan tumit aku selama ini, tapi ia juga penyumbang kepada keterpeleot-an aku sebanyak 2 kali!

Kaki termasuk dalam longkang dan prakkkk bunyiknya! Hoii! Gila tak nangis kan, aku ingat kaki aku dah patah riuk waktu tu. Terjerongoi depan pintu rumah mertua, abah aku tanya eeeiii kenapa ni? Mesti dia sesak jantung tangok aku, hahahaha.. 

Abah mertua masatu tengah pegang cucu, terus letak ke tepi nak tengok kaki menantu hantu, teros amik minyak panas, sapu2 then abah bandage kaki nih. Anak buah pulak melalak2 sebab atuk ttiba letak tempat lain, hoi, oleh kerana aku sorang serabut semua orang! Ntah hape2.

Serious lah, kaki aku bengkak le jugak, tapi tak sebengkak masa kejadian ni. Kali ni aku memang macam princess lah, tak buat kerja langsung, kaki memang lapik bantal. Hari kedua masa nak balik singgah kat rumah ibu mertua adik ipar, dia suruh bawa balik daun sasoh, layur ke api dan balot, alhamdulillah surut juga bengkak. Tapi dah nama pon kita ni isteri, manalah boleh nak baring je, mau jugak duduk bangun kan, bengkak semula lah, cumanya kali ni boleh berjalan, tadi liat lah sedikit nak g jumpa dukun patah. 

Still sampai harini, kalau banyak bergerak, kaki akan naik bengkak semula.

Kebetulan kawan ofis minta tolong jagakan kucing beliau, seronok juga bela kucing! 





 

Monday, August 11, 2014

Selamat Hari Raya

Assalammualaikum

Selamat Hari Raya.

Mohon ampun jika ada kekhilafan selama kita berkawan, sama ada sedar mahupun tidak sedar, ragam manusia, terkadang kita tidak sedar dengan percakapan, perbuatan yang telah kita lakukan. Itupun jika masih ada yang membaca blog ini.

Aktiviti ramadhan tahun ini dipenuhi dengan membantu mak dan abah mertua membuat pes dan lauk pauk frozen.

Mereka tak mintak pon, aku sendiri willing nak buat, sebab kesiankan mereka, sakit pula keduanya, payah nak bangun2. Aku berpeluang kaut pahala 2 minggu je, selainnya adik ipar yang bongsu tak bagi, dia nak buat, itu pon puas beliau ber negotiate dengan aku. Biasalah masing-masing tamak haloba nak mengaut pahala berganda-ganda.

Bukan lah nak kejar pujian benarnya, dah memang tanggungjawab, disamping kesiankan mak dan abah, kesian juga kat adik sorang tu. Penat? Jangan cakaplah, gaya nak patah pinggang okeh! Tapi bila dah siap tuh rasa bahagia sangat, nak2 bila orang kata kari ikan sedap, sup ikan sedap, asam pedas sedap! Tuh dia, tadi kata taknak pujian! muahahaha..

Kalau arwah mak aku ada lagi mesti dia sujud syukor tengok anak dia yang samseng soon nih dah transform sikit.

Selain dari aktiviti tolong mak abah, terlibat juga dengan aktiviti kawan-kawan office. 1 day 1 juz katanya. Kitaorg start before Ramadhan, jadi aku boleh commit 5 ain per day. Seronok juga aktiviti macamni, bila masing2 dah habis baca Quran, masing2 akan update kat group, done juz 12 contohnya. Dengan secara tak langsung kita akan rasa semangat sebab kawan kita ni dah habis, kita tak nak baca Quran ke? Gitu. Kalau hari Jumaat memang menangis lah kehausan, dengan 1 juz + Al-Kahfi. Tapi bila naqibah (Sarah-budak office hahahaha) kata, Kak takpe kak, haus kat sini, kat syurga nanti akak boleh pilih apa2 air yang akak nak, terus semangat lagi.. hahahaha

Jadinya dengan semangat jitu masing2, maka semua orang khatamlah pada bulan Ramadhan haritu. Alhamdulillah.

Cerita Raya saya pula?

Sedih sendu menangis di pagi raya..

Suami dah sampai, esoklah sambung

Selamat berbuka semua!

Thursday, March 27, 2014

Tempe Goreng + Sambal Kicap

Nih masa ni makan kat Kampung Baru, selain kedai nasik padang bawah pokok, ini adalah kedai masakan melayu yang aku suka. Masakan Johor nih.

Masa ni baru balik dari Petronas Twin Towers, pastu ke PNB, terus kidnap suami makan kat sini.

Lauk time ni sambal udang, rendang ayam kampung, asam pedas, ayam kampung goreng, tempe, ulam, sayur goreng pengantin ek? Eh ntah apa nama sayur tu ntah, syukur alhamdulillah dapat makan sedap2.. Lama sangat tak makan sini..

Siap suami ambil tempe cecah kicap nuh.. Tapi tak berapa power lah sambal kicap dia. Pasal penah makan tempe goreng cecah sambal kicap best gile nak arwah kat kampung suami, makcik depan umah buat, meleleh air hidung! Makcik tuh orang Johor.. :D

Kalau dapat resepi dia pon bagus gak, tempe goreng dia ada rasa, iskhh.. memang power gila lah!

Air Jagung nih pon, dulu sedap, la nih tak berapa, manis gaya susu tumpah ke camna ntah, gamaknya kalut2 ramai orang, tu terlebih kasik susu ke gelas aku, sebab gelas Aida tawar.. 


Tuesday, March 25, 2014

Pengakhirannya..

Allahurabbi..
Heartbreaking news..

Begini pengakhirannya..
Semoga Allah SWT mengurniakan kesabaran yang tinggi dalam menghadapi saat yang getir ini.
Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un


Sebuah lagi episod menyayat hati..

Hukuman mati kepada 529 penyokong Dr Mursi, termasuk Dr Muhammad Badi'e
Mahkamah Mesir Menjatuhkan Hukuman Mati kepada 529 Penyokong Dr Mursi



 

Monday, March 24, 2014

Biodata




Nama : Rohana
Hobi : Membebel
Bila marah sikit-sikit : Diam sambil senyum sinis
Bila marah sungguh-sungguh : Diam *bunyi cengkerik*

Teringat pulak masa zaman sekolah dulu ada buku autograph, kemain memasing, aku pun lupa dah apa intipati nya. 

Hah! Hobi, masa tu poyo gila hobi aku, main squash, SQUASH okeh! padahal pegang raket squash jah pernah pasal abang aku main squash. muahahaha..

Pastu main chess, okeh ini tak poyo, ini cerita betul! Sekarang masih boleh main lagi, cuma skill sudah berkarat, dulu2 boleh fikir strategy, sekarang setakat tau jalan je lah, jadik le.. muahahaha

Teringat aku buku biodata aku tuh, ada 2 bijik abang aku belikan, yang tulis kat buku tu pon ntah siapa2. Akak tu lah, akak ni lah, nak kata aku kecik2 comel, tak juga, gaya muka nak tikam orang adalah.. :p

Macam-macam corak, siap ada yang bakor2 lah, habis kreatif la kononnya tuh.. hihihi

Berbalik kepada hobi saya sekarang nih, membebel, iskhh.. seronok nau membebel nih, wey serious! Tapi bebel aku bebel camna ye, bebel lain style sikit, bukan bebel siap eksperasi muka dahi berkerut, tangan merawang macam Abang Karam Singh Walia tuh, kening bercantum, tidak.. Bebel kelakor2 gitiew.. Dulu bebel jenis muka nak tikam orang, pastu kan lelaki kan tak suka, suami pon marah, jadik kita tukau sikit cara bebel supaya ia jadik kelako, hobi weyyy!!! Kang senak perot sehari tak dapat bebel! muahahha..

Jarang sebenarnya nak marah2 tak tentu hala.. Jadi jangan sekali-kali.. Tolong jaga percakapan kita..

Membebel itu tandanya sayang.. :D


Wednesday, March 12, 2014

Senyum

Saya tak berapa berkenan dengan individu yang pandai buat muka
Buat muka - muncong buleh diikat / masam macam nak tikam orang / sentap



Rasa janggal..
Tak biasa..

Tak faham ada setengah orang pandai sangat buat muka

Dengan ibu bapa sendiri
Dengan abang
Dengan kakak
Dengan adik adik
Dengan kawan kawan

Kenapa ye?
Kesian jugak tengok kadang kadang

Kurang perhatian mungkin..
Kan lebih elok kita senyum
Kita bergelak ketawa

Kurang bebanan
Aman damai dan bahagia...

Tak baik buat muka
Dalam bahasa kasarnya

Bukannya lawa pon!




Dia Sudah Tiada - Cerita Roti

Roti zaman sekarang.

Malam bila ntah makan 3 keping roti

Lain-lain perisa.

1 keping sapu buttercup semata
1 keping sapu buttercup sama jem
1 keping sapu buttercup sama susu manis

Pejam mata, kunyah pelan-pelan, terasa sentuhan kasih sayang mak.

Bukan sekadar roti dan buttercup, ianya tentang rasa..

Rindu mak!

 

Tuesday, March 11, 2014

Ready to Wear Shawl from White Cammellieya




Adik ipar (kemain nak mention gak adik ipor padahal bila dah kawen dah jadi adik sendiri, supaya satu dunia tahu bahawa aku juga anak bongsu, aku bangga jadi anak bongsu) Anak bongsu yang tak pandai merajuk, boleh berdikari, jaga arwah mak, haishh bangga sangat dengan diri sendiri nih!! (matylah masuk lif tekan sendiri) hahahaha

Coming soon, ready to wear shawl from White Cammellieya! 

Tu je nak bagitau benaunya, sabit ke anak bongsu semua kau dah kenapa Rohana? hahaha


Tuesday, January 28, 2014

October 28 2013

October 28 2013

Suami ajak ke Bentley Music Guitar Showroom di Mutiara Damansara. Nak cari amenda ntah.. End up tak beli apa-apa pun, enjoy juga datang sini, tengok gitar macam-macam pesen, macam-macam gaya..

Masa sampai tu tengok ada orang main drum, tengah test nak beli drum ke, two paddle ke (macam kan ko tau two paddle apa, paddle pop tau .. :p), stick ke.. tapi aku memang suka dengor bunyik beat drum!

 

Enjoy betul kat Bentley nih, banyak nau comin sana sini.. muahahaha.. Lepas dah round seluruh kawasan, terus ajak suami beli barang sikit kat Tesco Mutiara Damansara, seberang jalan jah. Seronok nau tengok sesayor. Masa nak bayar kat kaunter ternampak pulak coklat kegemaran arwah mak.


Bukan coklat kegemaran aku pon, lebih kepada teringat memori dengan mak.. Perasan betul sekarang ni, apa je nak makan, kalau ternampak apa yang arwah mak suka mesti order, sejak dah tua-tua nih, lain pulak selera makan.. Seronok sekali sekali mengingat kisah lalu.. 

Harap mak tenang disana.. nanti kita makan coklat Picnic sesama ya.. :D