Monday, January 12, 2015

Lepat Labu dari Nana

Hari ni rata-rata kakak tengok kat newsfeed fb ramai dah kawan-kawan kakak anaknya start seisi persekolahan. 

Tahniah ye. Besor dah anak korang. 

Hari emosi kakak masa pergi klinik kesihatan tempoh hari tak berakhir lagi. Bila kakak sampai office diatas meja kakak ada bungkusan ni


 Lepat labu katanya.

Kakak kan, kakak nak nanges, lepat labu ni kan, kalaupun tak sedap, kakak tetap akan nanges juga, sebab orang yang hantar ni sangat baik hati. allahuakbar sanggup berpatah-patah balik hantarkan kakak lepat labu, padahal tempat kerja dia belah Keramat sana tuh. Terima kasih Allah kerana beri pinjam manusia yang sangat baik-baik dikeliling saya! Terima kasih banyak Nana. Lagi bertambah nak nanges sebab kuih ni sedap nak arwah!!!

Huwaaa terima kasih banyak2. Kiss dahi ciked!

Benonya kan, wallahi kakak tak ngidam pon, tapi ada satu haritu Nana upload gambar lepat labu kat instagram beliau. Mengenali Nana, kakak tau dah apa suggestion beliau mesti sedap!. Jadi kakak tanyalah beliau dimana boleh kakak dapatkan lepat labu tersebut. Katanya di Pasar Tani Keramat cumanya hari Rabu sahaja. Empphh memang kakak tak harap le kalau dah hari Rabu kan. Jadi cerita berhenti disitu.

Sehinggalah beliau merasakan ada sesuatu yang tak kena pada kakak, mungkin kakak upload status bebukan kat facebook kot seperti Kebab Jalan TAR lah, mana kedai lempeng lah, jadi beliau ingat kakak mengidam. Miahahaha.. Takpelah rezeki kakak.

Jadi kakak makan 2 biji lepat labu dan satu biji kuih koci. Kuih bungkus kakak tak sempat rasa setelah dihabiskan bersih oleh Maisarah kata kawan-kawan office kakak. Miahahaha...

Balance hat kakak tu kakak bagi Bos merasa Na, sebab kebetulan beliau ada office petang tu. Kakak cakap kat dia, ini kuih pagi tadi kalau Bos boleh makan. Bos kakak sempoi jah, janji sedap. Dia puji sedap kuih koci. Dah habis tu dia tanya "takde lagi ke?" hahahaha

Apa2 pon terima kasih banyak bamyak sekali lagi Na ye, lenkali jangan buat kerja gini, susah aje, jauh kot nak berpatah2 balik. 


1 comment:

Irfa said...

lama x makan lepat
tetiba tingat kat arwah nenek, huhu