Friday, May 15, 2009

Kerana Secawan Milo

Pekejadahnya nak marah-marah orangkan?.Gila?. Semalam balik lambat, malas le nak masak, Cik Lelabah pon selalu, kalau balik lambat dia tidak menggalakkan ako masak.. kekeke.. Gile spoil ako nih..
Teringin nak makan Twister ke penama tuh kat KFC, pegi le KFC SRI GOMBAK nuh, lama dah ako tak order makanan kalo p fast food restaurant nih, Cik Lelabah tak kasik, ako cepat naik darah.. Semalam terajin lak ako nak berator, memula masok barisan no 3, ada satu kakak sudah potong queue ako, ako sabar lagi, tapi mulot mengomel jugak, "iskhh akak ni main potong queue ako", tapi akak tu buat derkkkk je.. tak pe lah, ako beralih kat kaunter 2, eiii, nak je ako tulis nama minah ni..

Ako order le kan, pehtu dia dah siap-siapkan seme, ako pon bayo, ttibe dia blah camtu jek, ako punya hot milo mana?. Tercongok le ako kat situ, dalam 5 minit camtu dia datang balik, tanpa berkata maaf ke apa, dia cakap "ala kak, saya tak tekan la akak punya hot milo ni tadi, kat mesin ni takde"... Ako mula la nak naik darah, ako tanya dia "abis ako nak kene berator balik ke?". Dia cakap "tak, kalau akak nak saya punch sekarang". Ako cakap "ako nak la, tadi kan ako order".

Pastu dia amik duit ako, dia blah lagi pegi mana ntah, tanpa ako dapat hot milo ako tuh lagi, Ya rabbi, marahnya ako le, last-last ako cakap kat adik kaunter sebelah tu "dikkkkkk oiii bila akak buleh dapat akak punya hot milo nih? nak akak tunggu berapa lama lagi nih?". Pastu diaorang macam kecoh-kecoh la minah A ni hilang, ako nak je maki hamun lagi, nak je jumpa Manager, tapi ako sabarkan diri ako, ako fikir, kalau ako nak marah pon, ako marah minah A ni ler, buat apa ako nak memekak-memekak macam anjing dok marah orang yang takde salah kan.. Last-last dapat jugak hot milo ako.. kekekeke..

Saya sangat berbangga dengan diri saya kerana saya dapat menahan kemarahan saya walaupon terlepas jua sedikit, tapi ia cukop membanggakan buat saya.. Selalu terlepas banyak.. kekekeke.. Adakah saya juga melalui proses Transformasi? (Transformasi Usia) kahkahkah...




Thursday, May 14, 2009

Dating

Semalam kami berdating, lama jugak berdating berdua, chaihh, lama ke?. Cik Lelabah saya demam, kononnya dulu semalam tu kami berjogging, chewah.. Dia je la yang jogging, ako jalan je, sesak nafas dibuatnya, dengan lutot yang maha sakit lagi.. Balik-balik teros melepek Cik Lelabah, demam.. kekekeke.. kesian jugak, semalam ingat nak cuti juga kerana kasihankan dia, tapi kerja bertimbun kat sini sapa nak tolong buat?. Sudahnya ako janji dengan dia kalau takde apa-apa karang tengahari ako balik, tengok-tengok jam dah pukol 4.45pm.. haihhh.. Call dia, dia kata badan dah ok, dia ajak ako g KLCC tengok wayang.. astaga... sebelum tu kami ke Kg Baru pekena bubur berlauk.. huhuhu.. sedappp..

Teros kami ke KLCC, tapi biasa le, tengok citer-citer kat wayang tu, seme tak menarik minat ako, Cik Lelabah ajak tengok Star Trek, huwaaaaa.. rasa nak hentak-hentak kaki depan panggung wayang, takmoh le ako haih, ako tak pernah minat citer tu, dari ako kecik sampai le beso-beso ni, bior le nak kabo mende pon, ako tak suka.. kekeke.. Pastu dia tengok muka ako yang ala-ala macam ayam berak kapur teros le dia cakap jom la kita tengok Wolverine, alaaaaa.. pon ako tak suka jugak, korang nak gelakkan ako gelak le, ako sunggoh tak pernah pon tengok citer X-Men nih.. kekekek.. pehtu dia tengok muka ako sama gak pesennya cam tadi, dia tanya ako nak tengok citer BOHSIA ke? kahkahkahkah.. teros ako gelak, nak angguk benonya, tapi macam rasa tak terangguk.. tak moh le, nanti tak best, kena kutok sampai mati wooo.. kekekeke.. Last2 ako kuatkan jelah semangat ako, ako tengok Wolverine ler..

Tak sesia ako memaksakan diri ako untuk tengok citer nih, best gak ek.. kekeke.. nak kene korek balik DVD X-Men Cik Lelabah.. huhuhuh.. giler ketinggalan ako nih.. haihh..

Pehtu balik, lepak mamak depan umah sat pekena milo panas, Cik Lelabah kopi o.. Pastu balik.. Lutot saya bertambah terok le, balasan tuhankah? haihhh...

**Entry tiada gambar, saya takde kamera kompak (sesambil buat muka cebik untuk meraih simpati supaya Cik Lelabah akan baca entry ini).. kekeke.. Kalo ade pon buat ngabis boreh yo, amik gambar gaya kat Cameron Highland nuh, kabos jek... Tak tau pebende ko amik.. kekekek



Monday, April 27, 2009

Award



Pes time dapat award.. kahkahkah.. giler jakon..
Mekaseh bebanyak ye Atie..

Ako nak hapdate stori nih, tapi malas ya amat, tak tau le saka mende dok tenggek atas paler nih haihh...

Pada sesape yang singgah kat blog nih, sudi-sudikanlah amik award nih ye buat diri sendiri..




Wednesday, April 8, 2009

Tengok Wayang

Weehoooo.. last Saturday keluar dengan Yan p tengok wayang citer Telentime. Benonya keroje ako banyak lagi, Yan pon kabo kalo tak buleh takpe, dia paham, lagipon dia ada hal jugak pagi tu. Ako nekad nak pegi jugak, kepala otak ako dah tepu dah, giler ari-ari tengok dinding opis, p keje gelap balik pon gelap, bak kata Nob, "Kak Bangla pon coti ari Ahad".. kekekeke

Kol doblas setengah camgitu ako call boss ako, ako kabo kat dia ako nak balik le, esok le ako datang, serabot dah, tak leh nak pikir, perlukan ketenangan.. kahkahkah.. Ako kabo, bende-bende yang dia nak, seme ako dah siapkan, tunggu dia je nak finalisekan. Dia cakap, oklah kalo camtu, p ler balik "berambos ko". Sumpah Boss ako cakap macam tu.. adeihh.. keras perot gelak.. kekkeke..

Tunggu cab cam haremmmm, semua takmoh p KLCC, nyampah!!. Pastu terpaksa gak benti kat Tren Gombak, amik Putra. Ako ni bukan apa, sama jek kalo naik cab ke Tren ke, dari tempat ako p tren dah 7 hengget, p KLCC dah RM2.10 semuanya RM9.10, baik ako naik cab, takat RM16 RM17.. haihhh..

Sampai je sana tengok Yan dah berator, kami redah jek, ada ada le, takde kami lepak-lepak sambil makan-makan je le.. Alhamdulillah ade tiketnye.. hehehehe

Ako tak reti la nak citerkan camna-camna citer nih, korang kene tengok sendirilah ye, tapi memang tidak mengecewakan, start je dah gelak, penuh dengan gelak ketawa, tangisan, nilai kekeluargaan.. haihh, rugi le sape tak tengok.. ako kalo bab-bab family nih kalo tengok haros le nanges okeh!!

Ni nak ngajak laki lak p tengok.. kekeke..

Seronok kuor haritu, oh ye, kebetulan hari tu kami pakai baju yang sama, kaler je berlainan, kahkahkah.. cumanya Yan beli dengan harga RM39.90 kot ako beli dengan rege RM12.90.. harharharhar...

Mekaseh Yan belanja ai tiket wayang.. Lebiu Muahhhh!!!

Tuesday, April 7, 2009

Orang Bodoh

Apa la nak jadi dengan orang sekarang ni ya, tak reti nak cakap elok-elok ke camna?. Ko ingat ko BESO le sangat ek?

Takde le ako kabo ako pon cakap elok-elok sangat, tapi hey, kita kalo bekerja, molek-molek le bahasa sikit nak cakap dengan orang ye tak?

Tak taulah, dunia... dunia...

Ha Ha Ha.. Kelako le ko buat camtu, buat lagi ako benci kat ko!!
Bagi le anak bini makan duit HARAM.. siler siler.. best best!!!

Ha ha ha ha ha ha dan ha lagi








**AKO EMO**