Friday, May 15, 2009

Kerana Secawan Milo

Pekejadahnya nak marah-marah orangkan?.Gila?. Semalam balik lambat, malas le nak masak, Cik Lelabah pon selalu, kalau balik lambat dia tidak menggalakkan ako masak.. kekeke.. Gile spoil ako nih..
Teringin nak makan Twister ke penama tuh kat KFC, pegi le KFC SRI GOMBAK nuh, lama dah ako tak order makanan kalo p fast food restaurant nih, Cik Lelabah tak kasik, ako cepat naik darah.. Semalam terajin lak ako nak berator, memula masok barisan no 3, ada satu kakak sudah potong queue ako, ako sabar lagi, tapi mulot mengomel jugak, "iskhh akak ni main potong queue ako", tapi akak tu buat derkkkk je.. tak pe lah, ako beralih kat kaunter 2, eiii, nak je ako tulis nama minah ni..

Ako order le kan, pehtu dia dah siap-siapkan seme, ako pon bayo, ttibe dia blah camtu jek, ako punya hot milo mana?. Tercongok le ako kat situ, dalam 5 minit camtu dia datang balik, tanpa berkata maaf ke apa, dia cakap "ala kak, saya tak tekan la akak punya hot milo ni tadi, kat mesin ni takde"... Ako mula la nak naik darah, ako tanya dia "abis ako nak kene berator balik ke?". Dia cakap "tak, kalau akak nak saya punch sekarang". Ako cakap "ako nak la, tadi kan ako order".

Pastu dia amik duit ako, dia blah lagi pegi mana ntah, tanpa ako dapat hot milo ako tuh lagi, Ya rabbi, marahnya ako le, last-last ako cakap kat adik kaunter sebelah tu "dikkkkkk oiii bila akak buleh dapat akak punya hot milo nih? nak akak tunggu berapa lama lagi nih?". Pastu diaorang macam kecoh-kecoh la minah A ni hilang, ako nak je maki hamun lagi, nak je jumpa Manager, tapi ako sabarkan diri ako, ako fikir, kalau ako nak marah pon, ako marah minah A ni ler, buat apa ako nak memekak-memekak macam anjing dok marah orang yang takde salah kan.. Last-last dapat jugak hot milo ako.. kekekeke..

Saya sangat berbangga dengan diri saya kerana saya dapat menahan kemarahan saya walaupon terlepas jua sedikit, tapi ia cukop membanggakan buat saya.. Selalu terlepas banyak.. kekekeke.. Adakah saya juga melalui proses Transformasi? (Transformasi Usia) kahkahkah...




No comments: