Monday, May 18, 2009

Jalan-Jalan Cari Pasal - Lumut

Entry lama nih, ako takde mood nak hapdet blog arituh, malas, panas dan lelain.. kekeke..
18hb aritu, g Manjung untuk memeriahkan sekali Majlis Hari Jadi Nur Lana Darwisya. Pukol 530pg kami dah gerak dari KL. Hati sangat le exited, almaklum ler, keluar dari hiruk piruk kota (acehh kononnya), jaoh dari masalah kerja, itu yang utama.. hahaha. Sepatotnya ako haros standby kat opis, maklum le ade event haritu, Kluang Cub Prix, tapi ako kabo kat Bos ako last Saturday, dia call dia tanya :

Bos : Eh pasal ko keje
Ako : Alaaa.. orang nak coti le next week
Bos : Isk iskh.. orang patot next week le standby nye..
Ako : Alaaa.. tak leh, penting nih, hidop dan mati
Bos : Iskh iskh.. suka ati ko ler..

Bos ako best kan? kekeke.. Tapi hormat tetap hormat beb..

Seronok le ati ako nih nak berjalan, tapi dalam pada tu ako tertido-tido gak ler, yang ako tau sedor-sedor, dengor bising-bising, Cik Lelabah sama Abg Padil, rupenye terlepas senbod ke mende ntah, tau-tau dah sampai Telok Intan.

Nampak sawah padi, tapi padi deme baru tanam kot, berenti le jap. Cik Lelabah kabo, jgn lepas peluang, bile lagi le dapat peluang gini, jakon kami-kami nih sekali sekala balik kampong.. huhuhuh.. sejok mata...

Jalan punya jalan, call Zainul banyak kali gak le, sebab ako yang sengal dah print map tak bawak okeh.. tak tau le apa peel ako, memang terok.. Bang Zainul kabo ade sipot nanti masok kanan ke kiri ntah, tapi jadi bahan lawak le sipot tuh.. sian sipot tu.. punya le mencarik sipot, tak jumpa-jumpa.. kahkahkah.. Lupa le nak amik gambar sipot, i loike sipot.. kekeke

Sampai umah Syerah dalam pukol 1030am camtu, pastu teros ikot deme p tunjok umah homestay. Sampai sana lepak-lepak jap, Syerah tanya ako nak ikot dia ke nak rest, ako kabo nak ikot ler, ikot Syerah p amik makanan-makanan untuk majlis nanti. Pas dah settle semua, Syerah anto ako balik homestay, balik je umah ako sms Kak Tini, tanya kat mana semua, pastu ako kabo ke dia ako nak tido, ngantuk lak tetiba.

Ako bangun tido kol 230pm ke kol bape ntah, teros call Kak Tini, tanya kat mana, deme kabo tengah makan.. ako mandi, sesiap semua, Abg Padil ajak kami p laot.. huhuhu.. Lepak-lepak jap kat laot, deme amik-amik gambar, teros blah p umah Syerah.

Majlis sangatlah meriahnya, yang penting pada ako, makanan sangat superb. Bang Zainol kabo, tak kesah la, kena amik sana sikit sini sikit, maksudnya nasi ayam orang lain, roti jala orang lain, janji sedap dan puas hati.. ako memang puas makan ler, nasik ayam dia memang sedap, disamping kari mama Syerah yang sangat sedap okeh!!

Hahahaha.. mak dia tego ako, kabo ni le Bulan ye, tengok baju tu ha Bulan.. hahaha.. teros ako kabo, makcik, saya peminat setia kari makcik.. kahkahkah.. tapi sumpah oii sedap!!!

Keseluruhan majlis berjalan dengan lancar ler, ade badot, badot buat belon, kekeke best ler, baju sepesen sefamily, kapkek Syerah buat sendiri, biasa le dia kan tokey kapkek, pastu cheese tart pon dia buat sendiri, tahniah ye Syerah, sangat seronok tengok ko layan anak, takde le orang kata mak kemian melawa, anak selekeh ye tak?.. Kira sama rata le ko nih.. huhuhuh...

Di kesempatan nih ako nak ucapkan banyak-banyak terima kasih buat Syerah, Bang Zainul, Mama Syerah, kerana melayan kami dengan baik sekali.. Syerah mekaseh ye siap tolong sponser homestay kami tuh.. haihhh..

*** Gambar-gambar seme asben ai tak ngedit lagi, malas le nak upload.. next time nanti ai upload..






Ghost



Korang tengok tak citer nih?. Citer ni sekarang bertambah best, ako dah 2 minggu start mimpi bebukan.. hahahhaha.. bukan la pasal hantu, tapi pasal apa yang akan terjadi lepas nih.. Tak sabar nak tunggu minggu ke minggu, macam season 1 dulu..

Kalau korang nak tau lebih lanjut citer ni, kene tengok sendirilah.. ako mana reti nak citer-citer balik.. kekeke

Malam tadi mimpi lagi, mimpi watak-watak citer Ghost tu lah.. apa nak jadi ako ni pon tak tau..

Dari season 1 dulu, tertunggu-tunggu jugak kot ade yang sudi bukak thread kat forum yang ako lepak, takde pong... kekekek... mungkin tak ramai yang layan citer cmni ek..

Apa-apa pun, tak sabar nak tunggu next week, nak tau connection Edmund Soo dengan Kasih, haihh, Fariz tu pon mencurigakan...



Friday, May 15, 2009

Kuat Majok?

Ako : saya rimas la kalau orang merajok-rajok nih.. tak suka

Dia : sambil buat muka : (ako tau le ako selalu majok)

Ako : tapi kalo saya majok takpelah, tu pon dengan awak je..

Dia : tak adil lah awak nih

Ako : Lorr.. tanya mak kalau tak percaya, tanya abang jugak kalau tak percaya, sorry la, kita tak main le majok-majok.. dari kecik sampai la skang nih..

Dia : sambil gelak berdekah-dekah, rohana rohana.. kuat majok, manja, tak tetap pendirian, itulah awak..

Ako : awak patot berbangga la, sebab kira awak istimewa lah kan, dengan orang lain saya tak majok, dengan awak sorang je (sambil senyum lebor dan menampakkan keseluruhan gigi ako yang tak rata ittiew) kekekeke...

Dia : (gelak lagi sambil mencubit pipi saya yang agak naik semenjak dua menjak nih)





Kerana Secawan Milo

Pekejadahnya nak marah-marah orangkan?.Gila?. Semalam balik lambat, malas le nak masak, Cik Lelabah pon selalu, kalau balik lambat dia tidak menggalakkan ako masak.. kekeke.. Gile spoil ako nih..
Teringin nak makan Twister ke penama tuh kat KFC, pegi le KFC SRI GOMBAK nuh, lama dah ako tak order makanan kalo p fast food restaurant nih, Cik Lelabah tak kasik, ako cepat naik darah.. Semalam terajin lak ako nak berator, memula masok barisan no 3, ada satu kakak sudah potong queue ako, ako sabar lagi, tapi mulot mengomel jugak, "iskhh akak ni main potong queue ako", tapi akak tu buat derkkkk je.. tak pe lah, ako beralih kat kaunter 2, eiii, nak je ako tulis nama minah ni..

Ako order le kan, pehtu dia dah siap-siapkan seme, ako pon bayo, ttibe dia blah camtu jek, ako punya hot milo mana?. Tercongok le ako kat situ, dalam 5 minit camtu dia datang balik, tanpa berkata maaf ke apa, dia cakap "ala kak, saya tak tekan la akak punya hot milo ni tadi, kat mesin ni takde"... Ako mula la nak naik darah, ako tanya dia "abis ako nak kene berator balik ke?". Dia cakap "tak, kalau akak nak saya punch sekarang". Ako cakap "ako nak la, tadi kan ako order".

Pastu dia amik duit ako, dia blah lagi pegi mana ntah, tanpa ako dapat hot milo ako tuh lagi, Ya rabbi, marahnya ako le, last-last ako cakap kat adik kaunter sebelah tu "dikkkkkk oiii bila akak buleh dapat akak punya hot milo nih? nak akak tunggu berapa lama lagi nih?". Pastu diaorang macam kecoh-kecoh la minah A ni hilang, ako nak je maki hamun lagi, nak je jumpa Manager, tapi ako sabarkan diri ako, ako fikir, kalau ako nak marah pon, ako marah minah A ni ler, buat apa ako nak memekak-memekak macam anjing dok marah orang yang takde salah kan.. Last-last dapat jugak hot milo ako.. kekekeke..

Saya sangat berbangga dengan diri saya kerana saya dapat menahan kemarahan saya walaupon terlepas jua sedikit, tapi ia cukop membanggakan buat saya.. Selalu terlepas banyak.. kekekeke.. Adakah saya juga melalui proses Transformasi? (Transformasi Usia) kahkahkah...




Thursday, May 14, 2009

Dating

Semalam kami berdating, lama jugak berdating berdua, chaihh, lama ke?. Cik Lelabah saya demam, kononnya dulu semalam tu kami berjogging, chewah.. Dia je la yang jogging, ako jalan je, sesak nafas dibuatnya, dengan lutot yang maha sakit lagi.. Balik-balik teros melepek Cik Lelabah, demam.. kekekeke.. kesian jugak, semalam ingat nak cuti juga kerana kasihankan dia, tapi kerja bertimbun kat sini sapa nak tolong buat?. Sudahnya ako janji dengan dia kalau takde apa-apa karang tengahari ako balik, tengok-tengok jam dah pukol 4.45pm.. haihhh.. Call dia, dia kata badan dah ok, dia ajak ako g KLCC tengok wayang.. astaga... sebelum tu kami ke Kg Baru pekena bubur berlauk.. huhuhu.. sedappp..

Teros kami ke KLCC, tapi biasa le, tengok citer-citer kat wayang tu, seme tak menarik minat ako, Cik Lelabah ajak tengok Star Trek, huwaaaaa.. rasa nak hentak-hentak kaki depan panggung wayang, takmoh le ako haih, ako tak pernah minat citer tu, dari ako kecik sampai le beso-beso ni, bior le nak kabo mende pon, ako tak suka.. kekeke.. Pastu dia tengok muka ako yang ala-ala macam ayam berak kapur teros le dia cakap jom la kita tengok Wolverine, alaaaaa.. pon ako tak suka jugak, korang nak gelakkan ako gelak le, ako sunggoh tak pernah pon tengok citer X-Men nih.. kekekek.. pehtu dia tengok muka ako sama gak pesennya cam tadi, dia tanya ako nak tengok citer BOHSIA ke? kahkahkahkah.. teros ako gelak, nak angguk benonya, tapi macam rasa tak terangguk.. tak moh le, nanti tak best, kena kutok sampai mati wooo.. kekekeke.. Last2 ako kuatkan jelah semangat ako, ako tengok Wolverine ler..

Tak sesia ako memaksakan diri ako untuk tengok citer nih, best gak ek.. kekeke.. nak kene korek balik DVD X-Men Cik Lelabah.. huhuhuh.. giler ketinggalan ako nih.. haihh..

Pehtu balik, lepak mamak depan umah sat pekena milo panas, Cik Lelabah kopi o.. Pastu balik.. Lutot saya bertambah terok le, balasan tuhankah? haihhh...

**Entry tiada gambar, saya takde kamera kompak (sesambil buat muka cebik untuk meraih simpati supaya Cik Lelabah akan baca entry ini).. kekeke.. Kalo ade pon buat ngabis boreh yo, amik gambar gaya kat Cameron Highland nuh, kabos jek... Tak tau pebende ko amik.. kekekek